Pages

Sunday, March 17, 2019

Cara buka plastik ais krim yang nipis dan melekat.

Assalamu'alaikum.

Cara buka plastik ais krim yang nipis dan melekat.


Bulan Februari yang lalu, aku terbeli sebungkus plastik ais krim cap king kong ni. Harga sebungkus tu agak mahal la pada aku iaitu RM2.50. Tapi disebabkan nak cuba, aku beli la jugak.


Masalah timbul apabila plastik ais krim tu jenis nipis dan melekat macam kembar siam. Jenuh aku nak buka plastik tu tapi tak lepas-lepas. Dah la masa tu aku tengah mengisi bancuhan ais krim dalam plastik. Dapat pulak plastik jenis ketegaq macam ni, memang keluar la ayat yang tak elok dari mulut aku. Kita nak cepat tapi lepas tu timbul masalah, hilang la sabar sekejap. Heh.


Mujurlah aku ada stok plastik yang lain walaupun plastik tu saiz dia panjang sikit. Terpaksalah jugak gunakan. Plastik yang ketegaq tadi, aku letak tepi dulu. Ikutkan rasa hati yang marah (masa tu), nak je aku humban plastik tu. Mujurlah hati masih lagi sabar. Istighfar banyak-banyak. Ingat balik niat nak cari sedikit rezeki. Fikir balik harga plastik tu. Terus tak jadi nak buang. 😁


Dan beberapa hari lepas, tergerak hati aku nak cuba balik semula untuk bukak plastik tu. Sebelum ni macam-macam cara aku dah gunakan. Ada yang kata suruh basahkan jari, aku dah buat dah tapi tak mahu jugak dia terbuka. Kalau dapat bukapun, ambil masa lebih dari sepuluh minit. Itu baru sehelai. Kalau sebungkus, tak mereput aku kat situ?


Di sini, aku kongsikan cara yang aku buat untuk bukak plastik ais krim yang nipis dan melekat tu. Alhamdulillah, syukur sangat di atas ilham yang Allah berikan pada aku. Nak kata cara ni senang sangat, tak la jugak tapi cara ini lagi bagus sebab aku dah berjaya bukak semua plastik dalam satu bungkus tu. Yeaa...!


Tengok gambar dan baca penerangan aku kat dalam gambar tu. Penat tau aku reka ayat dan screen shot. Haha. Kalau tak nampak tulisan tu, boleh la klik pada setiap gambar. Zoom in la tu.. 😝















p/s: Ilmu itu adalah pemberian dari Allah. Maka atas sebab itulah aku kongsikan di dalam entri ini. Moga ada sedikit manfaátnya buat orang lain yang menghadapi masalah yang serupa dengan aku.
.

Wednesday, March 13, 2019

Dari kain langsir menjadi seluar palazzo. :)

Assalamu'alaikum.

Dari kain langsir menjadi seluar palazzo. :)


Ini merupakan kain langsir kakak ipar aku. Kain ni dari jenis kain bergetah yang macam kain t-shirt tu. Memang sedap la pakai apabila sudah dijadikan seluar palazzo sebab kainnya lembut.



No photo description available.


No photo description available.


p/s: Daripada membazir tak pakai, baiklah kita transform dia jadi seluar. Boleh juga buat basahan di rumah. 
.

Wednesday, March 6, 2019

Rezeki untuk hari ini.

Assalamu'alaikum.

Rezeki untuk hari ini.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Inilah rezeki aku untuk hari ini. Sayur kangkung tu aku petik dari kebun mini aku yang sekangkang tikus tu. Ada jugak sedikit kacang panjang merah yang aku petik dan dicampurkan dalam hati ayam masak kicap tu.







p/s: Dapat jimat seringgit dua itupun dah seribu rahmat dah bagi orang kampung macam aku ni.
.

Sunday, March 3, 2019

Cara mudah masukkan koko tube dalam plastik ais krim

Assalamu'alaikum.

Cara mudah masukkan koko tube dalam plastik ais krim.




Nak tahu macam mana caranya? Meh sini aku kongsikan cara aku. Ilmu tu wajib dikongsi agar pahala berpanjangan. Heh.


Aku gunakan benang kait dan jarum aku tu hujung dia takde la tajam manapun. Yang ada anak kecil atau ada tukang kacau, hati-hati la guna cara ni. Jika tak yakin, tak perlu guna cara aku ni ya. Takut nanti lain pulak jadinya. Aku dah bagi peringatan ya. Nanti jangan salahkan aku pulak atas kecuaian masing-masing. 

























Alhamdulillah juga sebab aku dah mula buat jualan ais krim Malaysia ni. Doakan agar ramai yang suka dan beli ais krim aku ni. Aku tak buat banyakpun. Aku sekadar mencari sedikit rezeki. Maklum la, kehidupan sekarang ni agak sukar untuk diramal. 






p/s: Jika perkongsian ini ada manfaatnya, boleh la dikongsikan. Jika sebaliknya, abaikan je. 
.