Pages

Friday, January 4, 2019

Sambungan kisah semalam. [Sila Klik].

Assalamu'alaikum.



Hari ni, dari pagi sampai petang, aku sambung buat kerja kat kebun mini aku tu. Sebab tu aku tulis Sila Klik kat tajuk kat atas tu untuk seseiapa yang nak tahu ceritanya. Kalau tak nak tahu, tak apa. tak paksapun. Haha.


Okay la. Jom layan gambar. Mula-mula, memerun sampah la dulu sebab nak bagi nyamuk lari. Haha.




Lepas tu, barulah mula angkat pasu dan susun balik semula. Semalam kan dah alihkan pasu besar yang aku tanam asparagus tu. Jadinya, pagi tadi aku gantikan tempat asparagus tu dengan pokok lemon dan pokok kunyit. Sebelum tu, sapu dahulu kawasan situ dan buang lumut yang ada. Buang juga mana-mana pokok yang macam hidup segan, mati tak mahu. 




Macam biasa la. Kalau aku kat kawasan sini, geng bulus kat rumah ni pun sibuk jugak melepak kat sana sini. Tapi takpe. Sekurang-kurangnya dorang boleh tolong tengokkan kawasan sekitar. Mana la tau kot ada pula binatang berbisa. Aku dah la sibuk buat kerja. Memang tak pantau dah kawasan tu.













Aku baharu je pindahkan rak berkaki tu kat tepi pagar tu. Lepas tu, akupun susun la bekas yang aku tanam pokok kucai kat atas rak tu. Nampak la kemas sikit pada pandangan mata aku. Geng buluspun macam seronok je lepak situ.





Tak sampai beberapa minit, geng bulus yang buat-buat tidur tadi dah mula memanjat rak tu. 😱😱😱 Dorang siap main nyorok-nyorok lagi. Pandai betul dorang. Aku baru je pusing sekejap ke belakang, dorang terus je jalankan misi. Masa aku nampak aksi dorang ni, terus aku istighfar panjang. Dalam pada tu, sempat pula tu ambil gambar. Bukti kena ada maaa.. Nanti senang nak viralkan. Ehh..! Hahahaha. Tett.......! 


Nasib baik aku cepat perasan. Kalau tak, memang dah lunyai dah agaknya pokok kucai aku tu. Dah la anak kucai tu baru je nak kenal dunia. Harap kucai tu selamat la dari kena lanyak. Risau pulak aku menengoknya. Ada anak pokok kucai dan anak pokok sawi kat situ.




Dah penat mengemas kebun mini, moh la kita lepaskan lelah dengan makan buah duku kulit keras ni. Masam-masam manis rasanya. Abang aku yang panjat pokok tu guna tangga. Nak harapkan aku, memang tak merasa la jawabnya. Aku mana berani nak panjat-panjat semua ni. Heh.





p/s: Alhamdulillah. Selesai sudah kemas kebun mini. Lepas ni, nak buat apa pula? Nak semai benih sayur la. Apa lagi. Sayur dah makin mahal, kan?
.