Assalamu'alaikum.
Jahit jubah lagi.
Sejak dah tahu ada cara (formula) mudah untuk buat pola jubah yang simple, aku jadi seronok pulak nak jahit jubah. Kalau dahulu, aku paling tak suka nak buat baju yang kena buat pola dulu. Sekarang ni, alhamdulillah, aku dah mula suka dah. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi ilmu jahitan di page atau grup fb. Moga Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik anda semua.
Ini mesin jahit tepi kesayangan. Aku beli secara ansuran. Bayar dengan gaji semasa aku bekerja di kedai satay dan kantin sekolah. Aku bukannya jenis yang suka merengek meminta itu ini dengan mak bapak. Aku jenis yang suka usaha sendiri. Aku bukannya Melayu yang malas.
Ini cara aku buat lapik leher. Dah banyak kali aku kongsikan cara ni dalam blog. Jika nak belajar, kenalah rajin mencari entri tu. Heh. Tapi kalau jenis yang mudah faham, boleh je tengok gambar yang aku sertakan di bawah. Kalau masih lagi tak faham, boleh tengok di sini. Aku ada sertakan penerangan.
^
Penting! Letak pola lapik leher pada kain lapik mengikut ira memanjang. Tengok pada tepi kain tu.
v
p/s: Hidup ini bukannya untuk berduka sepanjang masa. Carilah jalan yang terbaik untuk mengisi ruang yang senggang supaya tidak terlalu memikirkan jiwa yang lara.
.