Pages

Saturday, May 18, 2019

Tadarus al-Qur'an Gabungan GPW Felda Wilayah Mempaga.

Assalamu'alaikum.

Tadarus al-Qur'an Gabungan GPW Felda Wilayah Mempaga.


Pada 15 Mei 2019 iaitu bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, aku berkesempatan untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis tadarus al-Qur'an gabungan dari Felda yang berada di bawah jajahan Wilayah Mempaga. Sebanyak 36 dari 39 Felda yang ambil bahagian. Mana Felda yang jauh tu, ada la wakil 3-4 orang. Mana Felda yang dekat tu, hantar la wakil lebih sikit. 


Ini merupakan kali pertama aku menghadirkan diri. Sebelum ini, aku tak tau la ke mana aku pergi. Heh.


Abang aku rajin nak hantar dan ambil aku di masjid. Tu yang aku teruja nak pergi tu. Aku tak berani nak merempit ikut jalan besar untuk ke masjid tu. Dengan keadaan banyak kenderaan, lagi la menggigil kelapa lutut aku ni.


Cenderahati sebagai tanda kenangan. Dapat juga setangkai bunga telur yang telurnya adalah sebiji telur masin. Boleh buat berbuka. Alhamdulillah.




Kumpulan tadarus ini dibahagikan kepada 30 kumpulan. Satu kumpulan tu dalam 4-6 orang. Satu kumpulan kena baca satu juzuk. Ramai yang hadir tidak kira usia dan pegangan politik masing-masing. Untuk majlis sebegini, ketepikan hal duniawi untuk seketika. Kita fokus pada agenda yang sepatutnya.









Grup aku nombor 5. Jadi, kami kena baca Juzuk 5 secara bergilir-gilir. Mujur aku ada bawa Qur'an dari rumah sebab ingatkan sekadar jadi pemerhati dan jadi tukang sibuk je. Maklum la, kali pertama join. ðŸ¤­ðŸ¤­ðŸ¤­









Semua gambar dan video adalah dari handphone Nokia E5 aku yang rare tu kecuali gambar di bawah ni yang aku 'cilok' dari wall kawan aku. Haha.




p/s: Jika ada rezeki, nak join lagi. InsyaAllah.
.