Assalamu'alaikum.
Terpaksa buang.
Atas sebab keselamatan, aku terpaksa buang pokok bayam brazil yang merimbun ni. Sayang tu memang la sayang tapi akan daya, terpaksa buang jugak. Aku minta tolong abang aku untuk buang sebab aku takut nak dekat. Adalah sebabnya kenapa. Kisahnya ada di sini. Sila la klik jika nak tahu kenapa. 😉😉😉
Selagi tak buang pokok bayam brazil ni, selagi itulah aku tak berani nak dekat apatah lagi nak kemaskan pokok asparagus aku tu. Apabila dah buang, barulah aku berani nak dekat. Boleh la aku trim pokok asparagus tu dan tambah tanah. Bata tu pun aku buang sebaris sebab kalau tinggi sangat dan tanahnya kurang, nanti tak nampak ada si panjang yang menumpang. Huhu.
Barulah boleh klik klik ambil gambar. 😁😁😁
^
Seronoknya tengok biji benih dah mula matang. Ada 8 biji semuanya. Harap semuanya benih betina la.
v
Aku juga ada kongsikan gambar ini di sini. Siapa yang minat berkebun, boleh la join grup ni ya. Untuk yang minat berkebun sahaja tau. Yang minat membawang, tidak digalakkan masuk grup tu. Buat semak grup je. 😄😄😄
Apabila sudah dibersihkan, dah buang dah sampah sarap tadi, maka nampak la kelibat geng bulus dok lepak dan berjimba di sini. Pandai korang ehh.. Masa kawasan tu semak, takde pulak korang nak main kat situ. Ni dah bersih, elok je santai satu family. Jangan korang pergi berak kat situ dah la. Kena amuk dengan aku kang. Haha.
p/s: Lega rasanya. Alhamdulillah.
.