Gigih aku call jiran depan rumah, tanya kat dia, ada lagi ke tidak pokok lengkuas kat rumah dia tu. Dia kata ada lagi. Jadi, akupun pergilah rumah dia untuk gali lengkuas tu. Ambil sekali pokok dia dan terus tanam dalam pasu. Nanti kalau nak ambil lengkuas tu, just tarik je dan lepas tu masukkan balik dalam pasu. Itupun kalau pokok tu hidup subur la. Harapnya, hidup la pokok lengkuas yang aku tanam tu. Aamiin.
Kenapa minta lengkuas? Sebab aku nak cuba buat ayam masak #ungkep. Tadi, ada tertengok rancanganAroma Tradisi Ramadan. Dorang buat ayam ungkep tu. Bahan lain semua dah ada tapi lengkuas je yang takde. Tu yang aku minta kat jiran. Asam jawa ada tapi aku nak guna buah belimbing buluh sebab sayang buahnya tak digunakan. Fungsi dia sama je untuk bagi rasa masam-masam.
Sepanjang #PKP ni, banyak juga aktiviti yang aku buat terutama sekali yang melibatkan makanan. Ye la, nak beli makanan siap, kedai makan tak buka. Kalau bukapun, aku pulak tak berani nak keluar. Mana ada aku keluar ke mana-mana sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Memang jenis mendengar kata sungguh..! Haha.
Ni projek yang mula-mula aku buat. Maklum la, sayur takde. Maka, kenalah tanam sayur sendiri di rumah. Ni pokok taugeh yang aku tuai pada 26/3/2020. Kiranya aku mula tanam taugeh ni pada 22/3 laa..
Lepas tu, aku tanam lagi pokok taugeh ni. Kali ni tanam banyak sikit. Yang ini aku tuai pada 2/4/2020.
Dan semalam, aku tuai lagi pokok taugeh yang aku tanam pada 18/4/2020. Cuma kali ini cara tanam tu berbeza dan aku tanam sikit je dalam segenggam lebih je kacang hijau yang aku gunakan.
Rendam kacang hijau semalaman. Basahkan tanah dalam pasu. Lepas tu, taburkan kacang hijau tadi di atas tanah dalam pasu tu. Kemudian, timbus sikit tanah atas kacang hijau tu dan renjis-renjis dengan air sikit.. Lepas tu, tutup rapat-rapat pasu tadi. Jangan sampai ada cahaya masuk.
Buka penutup untuk siram pokok taugeh tadi. Renjis-renjis manja je. Jangan siram kuat sangat. Lepas tu, tutup balik semula dengan tong cat tadi.
Pagi semalam, 20/4/2020, akupun tuai la taugeh yang ini. Dah rasa macam cabut cendawan busut la pulak. Haha.
Dah boleh tuai dah pokok taugeh ni. Tarik/cabut perlahan-lahan.
Bagusnya tanam taugeh guna kaedah macam ni (tanam guna tanah) adalah kerana dia punya topi warna hijau tu banyak yang tanggal. Jadinya, proses mencuci takde la ambil banyak masa berbanding jika ditanam di dalam kukus/kotak/botol dan sebagainya tu.
Tanam taugeh guna tanah ni aku ikut cara yang orang kongsikan dalam grup kebun.Taugeh yang aku tanam ni takde la gemuk sebab kita tak letak baja. Lagipun, ada bahan khas untuk gemukkan taugeh. Itu untuk siapa yang buat bisnes la yang gunakan bahan tu. Kita ni tanam taugeh untuk makan sendiri je. Takpe la kuruspun. Yang penting, dijamin bersih dan takde penggunaan bahan kimia. Yang ini pulak kali kedua aku tanam guna tanah. Lihat la betapa gigihnya aku untuk berjimat cermat. Heh.
p/s: Banyak lagi projek yang aku buat dalam musim PKP ni tapi yang pastinya, bukan projek buat anak ya. Aku buat projek untuk sumbat makanan dalam anak tekak je.. 😁😁😁 .
Tu dia aiihh...! Semua empat pasang kain untuk buat baju kurung moden dan kain duyung, kainnya tidak mencukupi sebab tuan punya baju saiz badannya agak besar. Semua kain ni 4 1/2 meter dan bidang 45 inci tapi ada juga yang kurang dari 45 inci. Tu yang ada yang bahagian sambungannya besar sikit.
Tapi, sebagai tukang jahit walaupun sekadar tukang jahit kampung je, kenalah cuba jugak jadikan kain tu sepasang baju walaupun kepala naik pening dok pusing-pusing kain tu. Haha.
p/s: Jika dapat kain yang tak cukup inci ni, pastikan mood dalam keadaan baik ketika proses memotong kain tu. .