Kadang, kalau kita tegur, dimarahnya kita balik. Ada aje alasan yang diberi untuk memenangkan diri sendiri. Katanya, gajet ni keperluan masa terkini. Jadi, kenalah ikut supaya tidak ketinggalan.
Anak masing-masing, ikut suka mak ayah dorang la nak ajar macam mana. Kalau ditegur, nanti kena kecam balik semula. Lagipun mak ayah dorangpun sama jadi hamba gadget.
p/s: Sebab tu aku takde handphone yang canggih-canggih ni. Whatsapp pun aku takde sebab handphone aku jenis cokia. Gadget aku cuma laptop aku ni je. .
Ini pokok mulberry aku. Pokoknya kecil sahaja. Jarang sangat berbuah apatah lagi berbuah lebat. Tapi kali ini, aku tengok buah dia banyak la jugak. Mungkin kesan dari letak baja.
p/s: Kadang, tak sempat nak makan buah mulberry ni sebab tupai dah makan dulu. Kalau bukan tupai, mungkin burung. Takpe la. Rezeki dorang. Makan aje la. .
Projek buat kuih tiram atau kuih lidah buaya ni dah lama. Aku buat masa awal #PKP hari tu. Tapi disebabkan malas ya amat, maka gambarnya tersimpanlah dalam folder di laptop. Hari ni baru aku rajin nak masukkan dalam blog sebab dah banyak sangat gambar dalam laptop aku tu. 😁😁😁 Semua gambar ni aku ambil pada 15/4/2020 hari tu. Sekarang dah 16/7/2020 dah. Dah tiga bulan dah gambar ni aku peram. Haha.
Ini merupakan kali pertama aku cuba buat kuih tiram ni. Dah banyak tahun tertangguh nak buat tapi tak buat-buat jugak sebab rasa tak yakin tu kuat sangat. Lagipun, kuih ni agak leceh nak buat sebab banyak langkah yang perlu diikuti. Akhirnya, tahun 2020 barulah jadi buat. Itupun sebab ada pembantu cilik dua orang tu. Kalau dorang takde, memang tak buat jugak jawabnya. Tapi dia punya excited nak tengok hasilnya tu sangatlah tinggi. Haha.
^
Gulung biar padat dan ketat. Lepas tu, baru potong anggaran seinci.
v
Kena tegakkan macam ni. Lepas tu, baru gelek.
^
Mula-mula, anak buah aku sorang je yang dok gelek tapi lepas tu, sepupu dia nak jugak buat. Terpaksalah aku cari penggelek extra.
v
^
Bersungguh-sungguh betul dorang tekan penggelek tu. Aku cakap, tekan sikit je. Nanti kalau tekan beria, tangan jadi cepat lenguh.
v
^
Ini yang aku gelek. Gemuk pendek macam tuan dia jugak. Kah..
v
^
Ini yang budak dua orang tu punya kerja. Dah macam bukit apa dah jadinya. Dah la panjang lepas tu nipis pulak. Jenuh nak tarik. Haha.
Kalau dulu, aku main cucuk je batang keledak tu ke dalam tanah tapi sekarang, aku rendam dulu batang keledek tu. Apabila dah keluar akar yang agak banyak, barulah aku tanam dalam pasu.
Kalau dulu, batang keledek tu aku tanam je panjang-panjang dengan harapan setiap ruas akar tu akan keluarkan ubi. Tapi selalunya, aku punya keledek, ubi tu keluar hanya pada batang yang dicucuk sahaja. Tapi sekarang, aku tanam batang keledek tu pendek-pendek je.
Alhamdulillah, pokok keledek ungu isi oren aku ni dah mula subur dah. Ada dua pasu besar yang aku tanam dengan keledek ni. Setiap pasu tu aku cucukkan dengan empat keratan batang keledek. Harapnya, banyaklah nanti ubi dia.
Aku tak pasti keledek ungu isi oren ni ambil masa berapa lama untuk keluarkan isi dia. Ada yang kata tiga hingga empat bulan dan ada pulak yang kata empat hingga lima enam bulan. Katanya, bergantung pada jenis keledek jugak.
p/s: Takpe. Tunggu dan lihat aje la nanti. Semoga Allah panjangkan umur aku dan juga umur pokok keledek aku ni untuk aku lihat dan nikmati hasilnya. Aamiin. .
Aku saja je cuba-cuba buat hobo bag ni. Sebetulnya, masa ni mood nak mencuba buat sesuatu yang baharu tu sedang datang. Maka, lepas satu, satu aku buat. Malahan, apabila salah buatpun, gigih aku baiki balik semula sebab nak jugak tengok hasilnya macam mana.
Gambar kat bawah ni, sebenarnya aku salah letak pola. Pola tu aku salah tanda pada bahagian lipatan. Apabila dah salah tanda, maka salah jugalah apabila letakkan pola tu atas kain. Masa ni aku tak tahu lagi pola tu salah. Tu yang aku terus je sambung buat kerja tanpa ada rasa bersalah. Haha.
Dah siap potong semua kain, masa nak cantum kain tu baru aku perasan yang aku dah tersalah potong kain tu. Allahu..! Apa lagi, terduduk la sekejap sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Haha. Tapi, macam yang aku bagitahu tadi yang aku nak jugak tengok hasilnya, maka aku kuatkan semangat aku. Jadi, aku ambil keputusan untuk potong di tengah-tengah kain tu. Kalau nak potong kain yang baharu, rasa sayang pulak dengan kain yang dah tersalah potong tu. Takpe, kita buat dia, kan?
Dan, beginilah hasilnya hobo bag aku yang tersalah potong tu. Akhirnya, jadi jugak dia beg. Cuma dia punya ukuran tu aku tak sangka pulak besar jadinya. Haha.
Lepas tu, aku buat pulak hobo bag guna peten yang lain pulak. Aku follow video kat bawah ni. Tapi apabila beg tu siap, pun besar gedoboh beg-nya. Haha. Hentam aje la labu...