Assalamu'alaikum.
Cara terkini buat lapik leher baju kurung moden.
Lain orang, lain caranya. Lain tukang jahit, lain juga buatannya. Begitulah.
Aku pernah kongsikan cara aku buat lapik leher untuk baju kurung moden dan jubah. Tapi itu cara lain. Kali ni aku nak kongsikan cara lagi satu. Kalau dulu, cara lama itulah yang aku selesa tapi setelah buat cara yang terkini, aku rasa cara ini lagi memudahkan kerja. Apapun, semua itu bergantung pada jenis kain dan mood seseorang tukang jahit itu. Jika mood tengah baik, buat la cara apapun, semuanya jadi senang. Tapi jika mood tunggang-langgang, cara yang paling senang itupun jadi huru-hara. πππ
Jom la tengok gambar. Lepas tu, buatlah andaian sendiri. Orang kita ni kan memang jenis yang pandai dalam membuat andaian. Aaagittchuu...! πππ
Perkara pertama yang penting adalah kena pastikan basi jahitan pada lapik leher dan pada lubang leher tu sama. Jika sama, barulah senang nak buat kerja seterusnya.
Temukan bahagian luar badan baju dengan luar lapik leher. Ni untuk bahagian belakang. Jarakkan anggaran satu inci dari garisan bahu tu pada kedua bahu kiri dan kanan. Lepas tu, baru jahit.
^
Buat proses yang sama pada bahagian badan hadapan baju serta lapik lehernya. Dah buat macam ni, penitikan dan mulakan jahit. Jarakkan anggaran satu inci dari bahu kiri dan kanan. Jangan jahit sampai habis.
v
Mula-mula, jahit pada garisan tengah tu dulu. Jahit macam biasa yang kita buat untuk jahit lubang leher baju kurung biasa tu. Maaf, aku terlupa nak ambil gambar bahagian itu. Dah jahit untuk tengah tu, barulah jahit untuk keliling leher tu depan dan belakang.
^
Bahagian yang tidak dijahit tadi.
v
^
Kemudian, barulah penitikan ikut garisan basi dan mulakan cantum satu persatu. Nak cantum bahu untuk badan dulupun boleh. Lepas tu, baru cantum pulak lapik leher depan dan belakang tu.
v
^
Gosok pada bahagian yang djahit tadi. Boleh tandakan dengan pen atau kapur untuk elakkan jahitan terbabas.
v
^
Sebelum snip/racik/gunting, kena gosok dulu. Tujuannya supaya lepas gunting bahagian tengah tu, benang kain tidak terburas keluar.
v
Lepas snip/racik, tarik sikit bahagian keliling leher tu supaya tidak terlalu tegang.
^
Selepas snip/racik basi keliling leher tadi, Tindih lapik leher tu. Pastikan basi kain berada di bawah lapik leher.
v
^
Dah siap tindih keliling leher, gosok. Lepas tu, baru jahit tindih untuk bahagian belahan leher tu pulak. Aku jahit untuk elakkan benang kain terburai di kemudian hari.
v
^
Jika ada label, boleh jahit dulu label tu. Lepas tu, jelujurkan keliling leher tadi supaya senang nak menyembat atau jahit silang pangkah.
v
^
Okay, dah siap jelujur dah. Sampai mengantuk si Debot tu tunggu. πΉπΉπΉ Dia nak ajak main tapi malas nak melayan.
v
Sibuk sangat mengacau. Kan dah mendapat. πΊπΊπΊ Acah je letak pembaris kat situ.
^
Okay. Dah siap dah dua pasang baju kurung moden dan kain lipat batik. Alhamdulillah.
v
Nak lagi mudah faham, boleh tengok kat video yang dikongsikan oleh Cikgu Jeffrey Ibrahim ni. Bezanya, beliau tak potong lubang leher tu. Kan awal-awal lagi aku dah tulis, lain orang, lain caranya. Lain tukang jahit, lain juga buatannya. πππ Apapun, terima kasih atas perkongsian video ini. Alhamdulillah. Dapat la aku buat rujukan.
p/s: Okay, siap dah satu entri. πππ
.