Assalamu'alaikum.
Salah ke kalau survey harga?
Tadi, aku up la satu post dalam grup jahit ni untuk survey harga di kawasan masing-masing. Aku takde la berniat buruk ke, apa ke. Aku sekadar nak survey je untuk aku jadikan border. Maknanya, nanti takde la aku ambil upah jahit tu terlalu murah atau terlalu mahal.
Rata-rata yang komen tu bagi jawapan antara RM40-RM55. Jadinya, aku ambil harga di antara kedua-dua harga ni. Kan senang kalau dah ada survey. Kita tinggal pilih je harga yang kita nak mengikut kualiti jahitan yang kita hasilkan. Jangan la pulak jahitan tu kau buat cincai tapi harga upah jahit tu kau letak harga butik. Memang teruk la kau kena kecam dengan geng bawang. 😁😁😁
Ada yang kata, kena tengok kawasan dan kena tanya kawasan setempat. Okay. Meh aku jawab. Kalau nak kena tengok semua tu, maknanya, tak payah la aku buat survey macam tu, kan? Sebab aku memang dah tanya dahpun harga kat tempat aku dan harganya bercampur-campur. Tujuan aku buat survey tu bukan hanya untuk penilaian aku seorang tapi juga untuk tukang jahit lain supaya alert sama harga yang terkini. Sebab ada lagi yang masih ambil upah jahit yang terlalu murah. Jadinya, apabila ada post fasal survey tu, dorang boleh up sikit harga upah jahit dorang tu. Sekarang dah tahun 2020 gaiss... Takkan la harga upah jahit baju kurung masih lagi RM30? Tapi kalau ada yang nak letak harga macam tu, terpulanglah pada diri masing-masing. Cuma nanti janganlah iri hati atau tinggalkan komen yang negatif apabila orang lain letak harga tinggi sikit dari harga awak.
You turned off commenting for this post.
p/s: Apapun, terima kasih pada semua ahli grup yang sudi like dan menjawab survey aku tu. Rasanya kalau aku tak off komen tu, mungkin ramai lagi ahli grup yang berikan jawapan pada soalan aku tu. Maaf ya untuk yang tak boleh nak komen tu. Macam la aku teringin nak komen, kata makcik bawang. 😅😅😅
.