Assalamu'alaikum.
Projek semasa #PKP: Projek tanam taugeh.
Sepanjang #PKP ni, banyak juga aktiviti yang aku buat terutama sekali yang melibatkan makanan. Ye la, nak beli makanan siap, kedai makan tak buka. Kalau bukapun, aku pulak tak berani nak keluar. Mana ada aku keluar ke mana-mana sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Memang jenis mendengar kata sungguh..! Haha.
Ni projek yang mula-mula aku buat. Maklum la, sayur takde. Maka, kenalah tanam sayur sendiri di rumah. Ni pokok taugeh yang aku tuai pada 26/3/2020. Kiranya aku mula tanam taugeh ni pada 22/3 laa..
Lepas tu, aku tanam lagi pokok taugeh ni. Kali ni tanam banyak sikit. Yang ini aku tuai pada 2/4/2020.
Dan semalam, aku tuai lagi pokok taugeh yang aku tanam pada 18/4/2020. Cuma kali ini cara tanam tu berbeza dan aku tanam sikit je dalam segenggam lebih je kacang hijau yang aku gunakan.
Rendam kacang hijau semalaman. Basahkan tanah dalam pasu. Lepas tu, taburkan kacang hijau tadi di atas tanah dalam pasu tu. Kemudian, timbus sikit tanah atas kacang hijau tu dan renjis-renjis dengan air sikit.. Lepas tu, tutup rapat-rapat pasu tadi. Jangan sampai ada cahaya masuk.
Buka penutup untuk siram pokok taugeh tadi. Renjis-renjis manja je. Jangan siram kuat sangat. Lepas tu, tutup balik semula dengan tong cat tadi.
Pagi semalam, 20/4/2020, akupun tuai la taugeh yang ini. Dah rasa macam cabut cendawan busut la pulak. Haha.
Dah boleh tuai dah pokok taugeh ni. Tarik/cabut perlahan-lahan.
Bagusnya tanam taugeh guna kaedah macam ni (tanam guna tanah) adalah kerana dia punya topi warna hijau tu banyak yang tanggal. Jadinya, proses mencuci takde la ambil banyak masa berbanding jika ditanam di dalam kukus/kotak/botol dan sebagainya tu.
Tanam taugeh guna tanah ni aku ikut cara yang orang kongsikan dalam grup kebun. Taugeh yang aku tanam ni takde la gemuk sebab kita tak letak baja. Lagipun, ada bahan khas untuk gemukkan taugeh. Itu untuk siapa yang buat bisnes la yang gunakan bahan tu. Kita ni tanam taugeh untuk makan sendiri je. Takpe la kuruspun. Yang penting, dijamin bersih dan takde penggunaan bahan kimia.
Yang ini pulak kali kedua aku tanam guna tanah. Lihat la betapa gigihnya aku untuk berjimat cermat. Heh.
.