Assalamu'alaikum.
Jahit baju untuk akad nikah.
Alhamdulillah. Setelah berkurun lamanya aku tak jahit baju untuk orang kawen, kali ni aku jahit semula baju tu. Kalau ikutkan, aku tak berani nak terima tapi dah orang paksa, maka aku terima la jugak. Aku anggap ini cabaran untuk diri aku jugak. Lagipun, rezeki dah datang. Kenapa nak tolak rezeki, kan?
Cabaran pertama adalah buat pola untuk kain seperti yang dikehendaki. Berpeluh-peluh ketiak dibuatnya. Haha. Selalunya aku buat kain duyung yang biasa tu je tapi kali ni kain duyung tu nak ada ekor la pulak. Nak berenang ke laut mana agaknya duyung tu nanti ehh.. 😁😁😁
Disebabkan rasa tak sabar nak tengok hasil kain duyung berekor tu, maka akupun pakaikanlah kain tu pada patung aku tu walaupun kain tu tak siap lagi. 😂😂😂
Cabaran kedua adalah untuk jahitkan lace ni pada badan baju dan hujung tangan baju. Jenuh la jugak menelek dan membelek. Aku jahit sembat/jelujur biasa je untuk tampal lace ni. Aku tak jahit guna mesin sebab aku takut baju tu berkedut.
Okay la kot.. Takde la nampak berkedut sangat.
^
Lace pada hujung lengan baju.
v
Cabaran seterusnya adalah jahit zip sorok pada bahagian belakang baju. Ini adalah kali pertama aku jahit zip sorok pada baju. Sebelum ni aku tak pernahpun jahit zip sorok ni. Terkial-kial la jugak aku belajar. Gigih la aku google dan search di facebook. Akhirnya aku jumpa satu cara yang aku rasakan paling senang di antara banyak cara yang lain sebab cara yang ini hanya gunakan tapak mesin biasa dan tapak zip biasa. Kiranya tak perlulah bersusah-payah gunakan tapak khas untuk zip sorok tu.
Mula-mula tu aku guna tapak zip sorok. Habis berkedut dibuatnya. Lepas tu, aku cari pula cara yang lain. Alhamdulillah, jumpa dan okay.
Aku belajar cara jahit zip sorok di sini. Sila klik. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Alhamdulillah.
Cabaran terakhir adalah jahit lapik leher pada bahagian yang ada zip tu. Selama ini aku buat leher baju kurung biasa je yang takde zip. Kiranya senang la buat lapik leher macam tu. Ni dah ada zip kat belakang baju tu, macam susah jugak la aku nak buat. Tapi nak tak nak, kena buat jugak. Jadinya, sudah pasti ada kerja tetas-menetas. Haha.
Akhirnya, alhamdulillah, siap sudah baju ni. Mudah-mudahan customer selesa memakainya dan tidak ada alteration.
p/s: Patung (mannequin) aku tu tak stabil. Maklum la, patung DIY je. Jadinya, kedudukan baju yang dipakai tu nampak tak berapa kemas.
.
UPDATE:
Hari ini, 19/7/2020, tuan punya baju datang untuk fitting. Alhamdulillah, tiada alteration apa-apa. Syukur sangat.
^
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menempah. 💗💗💗 Upah tu termasuk bayaran untuk jahit enam helai sarung bantal. 😁😁😁
v
Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan.
.