Assalamu'alaikum.
Cara buat ayam goreng crispy.
Ini cara kakak aku buat ayam goreng crispy ni. Hari tu, masa dia balik sini sempena raya haji, dia ada buat ayam crispy ni. Aku ada je stok tepung serbaguna bestari untuk goreng ayam tu tapi kakak tak nak guna tepung tu. Dia buat resepi dia sendiri. Saja la aku kongsi kat sini untuk rujukan aku di masa akan datang.
Bahan yang diperlukan untuk buat ayam goreng crispy: Sukatan bahan bergantung pada kuantiti ayam yang kita gunakan.
1 @ 1/2 ekor ayam - potong
4 sudu makan penuh tepung jagung
2 sudu makan penuh tepung beras
1 sudu makan penuh serbuk kari ayam/daging
Sedikit garam halus - sukatan macam kita nak goreng ayam biasa tu
Sedikit daun kari - optional
1 sudu makan penuh cili kering kisar - optional (aku tak letakpun)
Halia - optional. Halia ditumbuk kasar.
Minyak untuk menggoreng
1- Bersihkan ayam. Toskan dan ketepikan sekejap.
2- Campurkan semua bahan lain dan bancuh dengan sedikit air. Bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3- Masukkan ayam tadi dan gaul sebati.
4- Goreng ayam tadi dengan minyak yang agak banyak. Tutup kuali semasa menggoreng untuk bagi ayam tu masak sekata. Api dapur jangan besar sangat.
Nota: Boleh juga masukkan terus ayam ke dalam bancuhan bahan tadi dan lepas tu, baru masukkan sedikit air dan gaul rata.
Aku malas nak tumbuk halia dan ambil daun kari. Jadinya, aku guna bahan asas tu je. Sedap makan panas-panas. Aku makan dengan nasi. Alhamdulillah, kenyang. 😋😋😋
p/s: Selamat mencuba..!
.