Assalamu'alaikum.
Gotong-royong tanam pokok bunga loceng.
Pada 2/11 yang lalu, ada gotong-royong tanam pokok bunga loceng di kawasan aku. Jadinya, AJK bagi GPW kenalah turun padang. Ini merupakan kali kedua tanam pokok loceng ni sebab kali yang pertama hari tu, banyak pokok yang mati. Kiranya kali ni kena sulam balik la dan gantikan pokok yang mati tu.
Dah, tak payah nak bebel panjang sangat. Tengok gambar aje dah laa.. 😁😁😁 Susunan gambar adalah tidak mengikut turutan. Hentam aje la labuuu...
Kitorang panggil bunga ni dengan nama bunga loceng je. Sesuka hati je letak nama, kan.. Haha. Tapi nama saintifiknya ialah allamanda cathartica. Benda boleh google, google aje la.. 😂😂😂
p/s: Lepas ni, ada lagi gotong-royong yang bakal menyusul. Aku okay je. Sesekali berjumpa, rasa seronok pula. Oh ya, kawasan aku masih lagi zon hijau. Alhamdulillah.
.