Pages

Thursday, November 19, 2020

Resepi kek pisang gebu dan lembut.

 Assalamu'alaikum.

Resepi kek pisang gebu dan lembut.

Alhamdulillah. Pertama kali aku buat kek pisang yang elok kejadiannya iaitu gebu dan lembut sangat. Selalunya kek pisang yang aku buat tu sama ada bantat ataupun kurang gebu. Terima kasih pada yang berkongsi resepi. Aku ambil resepi kek pisang ni dari page Ina Azlina yang viral tu.








Ni resepi kek pisang gebu lembut tu ya. Aku pisahkan kepada tiga bahagian supaya senang nak susun atur.

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
=> Ayak semua bahan ni dan ketepikan sekejap.

Bahan B:
3 biji pisang berangan 
=> Lenyek dan ketepikan sekejap.

Bahan C:
4 biji telur gred A atau B
1 cawan gula castor - Kalau guna gula biasa, kena kurangkan sukatan.
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
=> Masukkan semua bahan ni  ke dalam blender dan blend dalam masa 3-5 minit. Dah siap blend, tuangkan ke dalam bekas besar.

Kemudian, masukkan pisang lenyek tadi ke dalam adunan. Kacau sebati guna spatula atau senduk. Lepas tu, masukkan pula campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil kacau rata.

Lenserkan loyang dengan minyak masak. Lenser bagi rata ya. Kemudian, tuangkan adunan tadi. Boleh la bakar hingga masak. Aku bakar atas dapur gas je. Takde masa yang praktikal. Asal dah masak je, okay la tu. Nak tau dah masak atau belum, cucuk kek tu dengan lidi yang halus. Kalau tak melekat, kira dah masak la tu. Ataupun kalau dah mula berbau wangi tu, kira dah dekat nak masak la.
.








p/s: Alhamdulillah..
.