Pages

Monday, October 31, 2022

Sessi latihan lagu Yasir Lana.

Assalamu'alaikum.

Sessi latihan lagu Yasir Lana.

Hari tu, selepas selesai gotong-royong cat bangunan GPW, team kami sambung buat latihan menyanyi lagu Yasir Lana. Latihan tu sempena #akrf nanti. Itupun tengok keadaan jugak.





Selebihnya boleh tengok kat link youtube ni sebab video panjang tak lepas nak upload masuk dalam blog ni.   


p/s: Moga semuanya berjalan lancar.

.

Saturday, October 29, 2022

Sambung mengecat bangunan GPW.

Assalamu'alaikum.

Sambung mengecat bangunan GPW.

Alhamdulillah, pagi tadi, sekali lagi kami mengecat bangunan #GPW ni.  Kami sambung kerja semalam yang masih belum selesai. 

Pukul 8.15 pagi aku dah sampai tapi geng yang lain takde lagi. Layan la duduk kat situ sorang-sorang walaupun seriau. Hehe.














Dah naik seri dah bangunan GPW kami ni. Seronoknya tengok. Alhamdulillah.




Gigih tak? Haha.






Ni tolong touch up.


Jamban yang aku cat. Pinky you.. Haha.










Kalau semalam aku cat tiang. Hari ini aku cat jamban. Merah jambu oii jamban kami. Hahaha.









p/s: Alhamdulillah, selesai satu bahagian tapi banyak lagi kerja yang kami nak buat. Moga Allah memberi keizinan dan dipermudahkan segala urusan kami.

.

Friday, October 28, 2022

Mengecat bangunan GPW.

Assalamu'alaikum.

Mengecat bangunan GPW.

Alhamdulillah, pagi ini kami mengecat bangunan #GPW. Cat lama dah pudar sangat dah. Tu yang tukar cat lain. Barulah nampak meriah dan ceria sikit bangunan tu. 🥰🥰🥰

Gambar dan video banyak kali ni. Saja aku ambil banyak untuk kenangan di masa akan datang. Ada juga gambar yang aku ambil dari grup whatsapp. Susunan gambar secara random je la ya. Jenuh la kalau aku nak ikut susunan. Haha.



Cat lama.












































Pengurus dan pembantu beliaupun turun padang untuk sama-sama mengecat. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan.





p/s: Esok pagi sambung lagi mengecat. InsyaAllah.

.