Pages

Tuesday, July 26, 2022

Tuai padi antara masak.

 Assalamu'alaikum.

Tuai padi antara masak.


Tuai padi antara masak.

Esok jangan layu-layuan.

Intai kami antara nampak.

Esok jangan rindu-rinduan..


Ni kali kedua aku tanam pokok padi. Kali pertama dulu, aku tanam dalam botol minyak recycle. Saja je aku cuba tanam. Rindu dengan padi tu.






p/s: Benih padi ni aku dapat dari dalam tanah hitam yang aku beli di nurseri. Tanah tu ada campur sekam padi. Aku tengok dah ada yang cambah. Tu yang aku cuba tanam. Tup-tup berbuah pulak. Alhamdulillah.

.

Sakit tak berdarah.

 Assalamu'alaikum.

Sakit tak berdarah.

Beginilah padanya apabila menebang batang pokok ubi kayu sebesar lengan dengan menggunakan parang tumpul. Habis melecet jari aku. Sakit oii...






p/s: Siapa kat sini yang sama peten macam aku iaitu sejenis yang tak reti asah parang? 🤭🤭🤭

.