Pages

Monday, September 19, 2022

Rombongan Umrah dengan Tiram Travel.

 Assalamu'alaikum.

Rombongan Umrah dengan Tiram Travel.

Hari Sabtu yang lalu iaitu 17 September 2022, seramai sepuluh orang ahli keluarga aku pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah. 

Yang ikut rombongan ini terdiri daripada Abang Ngah aku dan isteri serta anak sulung dia, kakak aku yang kat Rembau tu tiga beranak, adik ipar aku, anak-anak dan menantu kakak aku yang kat Labu tu. Dalam sepuluh orang ahli rombongan tu, dua daripadanya adalah lelaki.

Aku tak ikut sekali atas sebab tertentu. Akupun tak pergi hantar rombongan di KLIA sebab ada orang lain lagi yang tinggal di rumah. 














Moga Allah permudahkan segala urusan mereka sepanjang berada di sana dan moga mereka beroleh umrah yang mabrur. Aamiin.

p/s: Moga satu hari nanti ada rezeki aku untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini. Aamiin.

.

Kailan hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Kailan hidroponik.

Ini merupakan percubaan pertama aku tanam kailan guna cara #hidroponik ni. Aku guna cara ni sebab jimat masa nak siram. 😁😁😁





Aku tak letak baja sangatpun. Saja la nak tengok perkembangan dia macam mana. Lagipun aku ni masih lagi dalam proses belajar guna kaedah hidroponik pakai batang paip pvc ni.



p/s: Hujung paip kat belakang tu leaking la pulak. Adehh...

.

Kemas laman.

Assalamu'alaikum.

Kemas laman.

Semalam, aku clear-kan kawasan laman ni sebab hari tu ada ular hitam kat sini. Aii is seram.. 😫😫😫 Dah la ular tu tak dapat bunuh. Lagi la aii seram berganda.

Aku terpaksa tebang pokok kaktus ni sebab dahan dia dah besar dan anai-anai dah mula memanjat pokok tu. Lepas tu, dahan dia kena pulak dengan kayu alang kat garaj kereta. Risau pulak aku kalau anai-anai tu berjangkit kat kayu tu pulak. 

Sayang tu memang la sayang sebab dah bertahun-tahun aku bela tapi nak buat macam mana. Suka atau tidak, terpaksalah korbankan jugak. Tapi takpe la sebab ada lagi pokok kaktus ni yang aku tanam dalam pasu.













p/s: Seperti biasa, #Peah setia menemani. Macam mana la aku tak sayang dia, kan? 😻😻😻 

.