Assalamu'alaikum.
Part 3: Bersihkan kawasan GPW.
Hari Isnin kelmarin, 10.10.2022, sekali lagi aku dan kawan-kawan sambung bersihkan kawasan di GPW ini. Kerja banyak nak kena buat tapi orang yang buat kerja tu tak ramai. Lepas tu, yang buat kerja ni semuanya perempuan yang dah berumur. Maka, lambat la siap kerjanya. Tu yang sampai ada part 1, 2 dan 3 tu. Rasanya akan ada lagi part seterusnya. Hahaha.
Serai tu dua ikat RM5. Jual serai yang ditanam di kawasan GPW dan tanam jugak serai baharu.
Aku suka simpan aktiviti aku kat dalam blog ni. Walaupun takde yang baca, aku tak kisahpun. Sebab tujuan utama aku buat blog dulu adalah untuk mengisi masa lapang dan berkongsi cerita.
p/s: Jom la kita jaga kebersihan di persekitaran kita.
.