Pages

Friday, October 14, 2022

Cerita fasal mengait pulak. 😊

Assalamu'alaikum.

Cerita fasal mengait pulak. 😊

Aku dah lama tak mengait ni. Tiba-tiba teringin pulak nak mengait semula. Tiba-tiba je rasa nak belajar kait bunga ros ni. Tiba-tiba ada pulak orang berkenan dan minta aku kaitkan bunga kecil untuk dia. Dapat la aku job walaupun dalam skala kecil ya amat. 

Tak mengapa. Aku tetap bersyukur dengan rezeki Allah yang tidak aku sangka-sangka ini. Alhamdulillah.





 



Bunga yang warna oren dan biru tu customer punya. Dia bagi aku empat warna benang. Aku baru siapkan yang warna oren tu. Yang warna biru tu tinggal sikit je lagi benang dia. Rasa tak sabar pulak nak siapkan kait semua benang tu. Moga Allah permudahkan setiap urusan aku dalam mencari rezeki yang halal lagi berkat. Allahumma Aameen.

















p/s: Nampak je kecil bunganya tapi sakit jugak jari mengaitnya. 😊😊😊

.

Lagi-lagi gotong-royong.

Assalamu'alaikum.

Lagi-lagi gotong-royong.

Alhamdulillah, semalam, 13.10.2022, kami dahpun selesai pindahkan kesemua lebihan polybag dari tapak projek fertigasi cili bara dan bawa ke GPW. Lepas ni, boleh la kami fokus kat aktiviti lain pulak. InsyaAllah.
















p/s: Sibukkan diri kita dengan hal yang berfaedah dari menyibukkan diri jaga tepi kain orang.

.