Pages

Wednesday, November 2, 2022

Mula tanam anak pokok cili bara.

Assalamu'alaikum.

Mula tanam anak pokok cili bara.

Semalam, anak pokok cili bara sampai kepada team kami. Mereka sampai lewat. Dalam pukul 11.30 baru sampai walhal kami dah tunggu sejak pukul 9 pagi lagi. Maka, apabila sampai anak pokok tu, tak dapat la kami nak tanam terus sebab dah masuk waktu tengah hari.

Jadinya, kami buat keputusan untuk tanam pada waktu petang iaitu selepas waktu Asar. Ditakdirkan Allah, cuaca pulak tak mengizinkan sebab guruh dah berdentam-dentum dan hujan dah mula turun. Hanya mampu berdoa je la mudah-mudahan hujan tu berhenti.

Dan dengan kuasa Allah, masa kami sampai di tapak projek, hujanpun berhenti dan langit elok je redup dan berangin. Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami.



























Pagi tadi, kami sambung lagi tanam anak pokok cili bara ni. Dan pagi ni hujan turun la pulak. Mula-mula halus je hujannya dan kami redah je buat kerja. Tapi bila hujan dah semakin kasar, kami berhenti la sekejap. Apabila hujan dah sedikit reda, kami terus sambung buat kerja. Selagi tak selesai, selagi tu hati rasa tak tenang.



















Akhirnya, siap jugak tanam anak pokok cili bara ni. Sambil tunggu hujan betul- betul berhenti, kami masak la oden macam hari tu. Perutpun dah mula keroncong. Maklum la, hujan, kan.. 😁😁😁













https://youtu.be/O9HKiWsSEBo


p/s: Moga segala usaha kami dari setiap team projek cili bara ni mendapat hasil yang melimpah ruah. Aamiin. Tolong doakan juga ya. Terima kasih.

.