Pages

Thursday, December 15, 2022

Kemaskan taman blok.

Assalamu'alaikum.

Kemaskan taman blok.

Bermula pada 13. 12. 2022 hinggalah ke hari ini, 15. 12. 2022, aku sibuk dok kemaskan taman blok aku ni tapi masih lagi tak siap-siap. Ye la, yang buat kerja tu cuma aku seorang je. Maka lambat la siapnya. Itupun mujur juga aku minta tolong abang aku untuk gali tiga lubang sebab aku nak tanam pokok bunga loceng. 

Lepas tu, aku juga minta tolong adik ipar aku untuk angkut batu putih yang berat tu dari rumah dan bawa ke taman. Terima kasih untuk mereka berdua. Selebihnya, aku sorang yang buat kerja di taman tu.

Aku kongsikan gambar dan video yang aku ambil pada tiga hari tersebut. Mula-mula sekali gambar pada hari pertama iaitu 13. 12. 2022. Macam biasa, gambar tak ikut turutan la ya. Asal ada, sudah. 😁😁😁

.








Ni pula gambar pada hari kedua, 14. 12. 2022.









Dan ini pula gambar pagi tadi. Kali ni banyak sikit gambarnya. Dah hampir siap dah dekorasi taman blok aku ni. Alhamdulillah. Tapi rasanya mau tiga hari jugak nak siapkan sepenuhnya.






Muka berpeluh-peluh. Letih oii buat kerja sorang-sorang tapi seronok sebab takde yang kacau. 🤭🤭🤭
 
















Jom balik. Penat dah ni. Buah rambutan tu jiran yang bagi masa aku lalu depan rumah dia. Alhamdulillah.


Cat, batu putih dan pokok bunga janda kaya tu dapat sponsor dari pejabat Felda. Dah ada peruntukan untuk setiap Felda, tu yang dapat semua tu. Rasanya ni la kali pertama dapat sponsor macam ni untuk ceriakan taman blok masing-masing. Rezeki juga ni. Alhamdulillah.






Taman tu takde la cantik manapun tapi sekurang-kurangnya ada la perubahan. Tak gitu? 

Pagi esok jika takde aral, aku sambung lagi buat kerja kat taman ni. Moga Allah permudahkan segala urusan aku. Aamiin.

Akrf punya fasal, buat la juga walaupun aku kena kecam. Hampir-hampir aku mengalah tapi aku kuatkan semangat aku untuk terus berjuang hingga siap.




p/s: Pekakkan telinga dan move on. Allah ada bersama kita. 

.

Perkembangan terkini pokok cili bara.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan terkini pokok cili bara.

Alhamdulillah. Pokok cili bara fertigasi ni nampak sihat dan memberangsangkan.

Aku tak sempat nak jenguk pokok cili ni sebab banyak urusan dan halangan. Gambar yang ada ni aku ambil kat grup whatsapp.














Banyak sangat gambar dalam phone aku ni. Tu yang masukkan dalam blog sebelum aku delete semua gambar tu. Ni pun aku dah ter-delete videonya. Nak cari balik dah tak jumpa dah.

p/s: Akrf nanti baru petik cili ni.

.