Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku masak asparagus yang aku tanam ni dengan udang. Mudah je masak lauk ni dan rasanya sudah semestinya sedap hingga menjilat jari. 🤤🤤🤤
Cara masak ada dalam video last tu. Cuba la buat. Sedap sangat dengan rasa manis dari udang tu. Walla!!
p/s: Aku masak lauk takde letak gula ya. Muak la kalau laukpun manis.
Rombongan KEMAS Cameron Highlands ke Kuantan Parade.
Pada hari Ahad lepas iaitu 9.7.2023, aku berpeluang mengikuti rombongan bersama KEMAS Cameron Highlands ke Kuantan Parade bagi memenuhi jemputan ke program WINS - Wanita Inspirasi Dari Desa Ke Global. Kami satu bas datang ke Kuantan.
Macam-macam program diadakan. Antaranya pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan menyolek, pameran dan juga jualan dari usahawan yang terlibat.
Dah, jom la tengok gambar dan video yang sempat aku rakam.
Bas yang kami naiki. Bagus pemandu bas ni.
Berhenti sarapan di R&R Temerloh. Aku bawa bekal dari rumah. Perut aku tak serasi dengan makanan kedai. 😊
Sebelum balik, kami singgah sekejap di benteng. Pertama kali aku ke situ. Tu yang sakan bergambar untuk kenangan tanda aku dah sampai situ. Haha. Lepas tu kami pergi ke tempat orang jual keropok pulak. Berbondong-bondongmasing-masing membeli keropok lekor dan keropok kering.
p/s: Berpuluh tahun aku tak ke Kuantan. Ni kali kedua aku ke sini. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Pada hari Jumaat lepas bersamaan dengan 7.7.2023, aku telah berkesempatan untuk bersama-sama mengikuti rombongan ke Maeps, Serdang sempena berlangsungnya Hari Peneroka Felda kali yang ke 67 tahun.
Seperti biasa, gambar dan video tidak memgikut susunan.
RM22 untuk large size tu kira murah dah. Sebab aku pernah beli pizza masa Hari Peneroka di Putrajaya dulu dengan harga RM40 untuk medium size.
Sedap Pizza D'Rahmat ni. Berbaloi beli dua kotak large size.
Program macam ni pada aku tak sesuai pakai baju kurung. Lencun aku dibuatnya. Dah la baju kurung aku tu jenis kain tak serap peluh. Ada je baju kurung cotton tapi sikitpun takde warna biru kat baju tu. Dorang pulak suruh pakai baju kurung warna biru. Sudahnya, aku tak pergipun melawat booth dan pameran yang ada. Aku keluar dari dewan semata-mata untuk pergi solat dan keluar sarapan. Selebihnya aku duduk je melayan mata yang mengantuk kat dalam dewan tu. 😴😴😴
p/s: Moga apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan dengan segera. Jangan sekadar menabur janji sahaja.