Pages

Tuesday, May 23, 2023

Sessi membersihkan kawasan projek cili bara.

Assalamu'alaikum.

Sessi membersihkan kawasan projek cili bara.

Projek fertigasi cili bara yang team kami usahakan kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka, bermulalah proses untuk membersihkan kawasan tersebut. 

Banyak hari juga kami ulang-alik ke situ. Tambahan pulak cuaca yang panas terik, maka kami buat kerja di sebelah pagi je. Awal pagi dah mula dah. Pukul 9 30 dah kena berhenti sebab tak tahan panas sangat.

Aku letak semua gambar berkaitan dalam satu entri. Tak larat la pulak nak buat entri episod demi episod. Sususan gambar dan video pun caca marba. Takpe la aihh.. Janji ada kenangan untuk dikenang. Juga ada pengalaman pahit manis sepanjang hampir setahun di situ.








Hari ni, Rabu,  17 May 2023, kami ada buat masak-masak sikit. Masak sardin, ayam bakar dan goreng telur dadar je. Selebihnya kami potluck.

































Yang bawah ni aktiviti hari terakhir kami kat tapak projek cili tu. Sedihnya Allah je yang tau. Tapi tu la, reda je la. 22 May 2023 dalam kenangan.




































Sebelum bersurai, kami makan dulu di kedai makan. Ada orang berbesar besar hati nak belanja kami. Kamipun on je la. Ni la pertama kali aku makan kat kedai makan area sini. Bukan sebab ada orang belanja tapi sebab ni last kami berkumpul kat area tapak projek cili tu.




 


p/s: Moga Allah melindungi kami dari segala fitnah dan hasad dengki manusia.

.

.

Petik cili.

Assalamu'alaikum.

Petik cili.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pokok cili ni aku bawa balik dari tapak projek fertigasi cili bara. Pokok dah kurang cantik. Maka, bawalah balik. 


 






p/s: Moga ada rezeki team kami untuk buat projek lain pulak.
.