Assalamu'alaikum.
Buah kemunting.
Alhamdulillah, selepas berpuluh tahun, hari ini aku dapat merasa kembali makan buah kemunting yang aku tanam dalam pasu di kebun mini aku tu.
Kali pertama dan terakhir aku makan buah kemunting ni ialah ketika aku berumur sekitar enam tahun. Masa ni aku tinggal di Kem Terendak, Melaka sebab abah akukan askar. 🥰🥰🥰
Pokok kemunting ni kakak aku yang tolong beli secara online dan seller terus pos ke rumah aku. Harga sepokok ni RM30 sekali dengan harga pos. Masa beli tu pokok ni dah mula nak keluar bunga. Ni harga masa tu la. Sekarang mungkin dah harga lain sebab aku beli pokok ni dah lama.
Bila dah berputik, lambat betul nak tunggu buah tu masak sampai aku dah givap nak belek pokok tu. Haha. Mujurlah pagi tadi tergerak hati nak belek pokok ni. Tu yang ternampak buah yang dah masak tu. Rezeki aku la tu, kan. Alhamdulillah.
p/s: Siapa berminat nak beli anak pokok kemunting ni, boleh la cari owner #ExoticMatahari di facebook.
.