Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 11, 2012

Alasan dia, tak nak duduk asrama... adehh...

Assalamualaikum...

Alasan dia, tak nak duduk asrama... adehh...

Selamat menempuh peperiksaan untuk semua adik-adik dan anak-anak yang menduduki UPSR.. Semoga tenang menghadapi soalan yang terpampang di depan mata.. 

Anak buah aku ada dua orang yang ambil UPSR tahun ni.. Kedua-duanya lelaki dan sangat kamceng antara satu sama lain terutama sekali bila main game... muahahaha...

Kedua-duanya juga sangat penakut sampaikan nak pergi jamban waktu malampun nak berteman.. Budak lelaki zaman sekarang ni memang penakut agaknya.. Budak perempuan agak berani sikit.. hehh...

Aku dah banyak kali ingatkan kat budak dua orang ni pasal UPSR. Dari awal tahun lagi aku dah bagi warning kat dorang dengan harapan supaya dorang bersedia.. Nak tau dorang jawap apa..? Dorang kata lambat lagi la nak periksa tu, bulan sembilan nanti.. Nah, sekarang dah bulan sembilan dahpun.. Hambek kau.. haha...

Betul la tu.. Kalau dari awal tahun kita dah warning dorang, mestilah dorang kata lambat lagi sebab masih lagi syok main game yang entah apa-apa tu. Pastu bila trial UPSR hari tu, masing-masing buat muka kelat bila aku tanya dapat berapa A.. Macam takut-takut je nak jawab.. Haaa, tau pun takut.. Itu baru tanya je tu.. Belum kena piyat perut, piyat telinga lagi..

Budak dua orang ni cerdik sebenarnya.. Tapi malas nak belajar.. Alasan dorang ialah kalau dapat keputusan yang bagus, nanti kena duduk asrama.. Bila dah duduk asrama, mana boleh dorang nak main-main game lagi, kan... Tu yang buat kitorang hangin tu.. Alasan tak masuk dek akal... Mak masing-masing punya la pujuk, kalau tak nak duduk asramapun takpe la.. Belajar je la biar dapat A.. Nanti boleh masuk kelas pandai.. Pastu dorang menjawab lagi.., huhh, budak-budak kelas pandai tu semuanya berlagak.. Dah la perangai macam samseng.., entah apa-apa je... Yang sorang menjawab, yang sorang lagi jadi tukang bekap.. Macam tu la selalunya.. Banyak betul alasan yang dorang bagi.. adehh...

Punca dorang tak nak duduk asrama selain daripada tak dapat main game tu ialah takut kena ragging.. Anak buah aku ni dah la jenis tak suka bergaduh dengan orang luar.. Kalau bergaduh dengan adik-adik dorang tu selalu la.. Gaduh mulut la.. Kalau gaduh bertumbuk bagai tu belum lagi la.. Kalau ada, aku la yang bagi roti panjang kat dorang dulu.. Cuba la kalau berani..

Masa zaman sekolah dulu, aku teringin sangat nak duduk asrama, tapi tak dapat. Budak-budak sekarang dah dapat peluang duduk asrama tapi tak nak pulak.. Teruk sangat ke asrama sekarang ni ehh...??

p/s:  Apapun, aku doakan moga dorang berdua ni boleh menjawab soalan dengan baik.. Walaupun A bukan penentu segala-galanya.., namun itu adalah permulaan untuk terus melangkah menuju Z.. 

Monday, September 10, 2012

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Assalamualaikum...

Jangan cakap je.. Buktikan..!!!

Masa bulan puasa hari tu ramai yang kongsikan info, gambar dan artikel mengenai penderitaan serta kekejaman yang berlaku kepada kaum etnik Rohingya di Myanmar kat fb masing-masing.. Akupun ikut sama berkongsi gambar.. 

Namun begitu, aku tidak ikut sama berkongsi sumbangan ataupun menderma atas sebab kurang percaya dengan segala nombor akaun yang disertakan.. Sekarang ni macam-macam penipuan berlaku dan ramai je orang yang mengambil kesempatan yang ada.. Itu yang buat aku keliru tu.. Berbelah-bagi samada nak menderma ataupun tidak.. Maafkan aku di atas kesangsian ini.. huhuhu..

Namun, baru sekejap tadi, bila aku belek-belek surat khabar, maka akupun ternampak la artikel yang berkaitan.. Kecik je artikel tu... Kalau tak belek bersungguh-sungguh, memang tak akan nampak punya la.. Lepas tu, terus je aku cari artikel tu kat Utusan online.. Alhamdulillah, ada.. Bolehlah aku kongsikan kat sini... Mana la tau kot-kot ada yang ingin menyumbang.. 

Cakap banyakpun tak guna jugak, ya tak.. Apa lagi, marilah kita sama-sama buktikan bahawa kita adalah dari kalangan masyarakat yang prihatin...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dua wakil sukarelawan Malaysian Relief Agency (MRA) selamat tiba di Bandar Sittwe, Myanmar pada pukul 6.30 petang waktu tempatan semalam bagi menyalurkan bantuan hasil kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran pertubuhan itu bersama Kumpulan Utusan.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, wakil MRA itu, Mohd. Shahrulazilan Said dan Johari Kan Abdullah juga berjaya memasuki Arakan iaitu kawasan utama pergolakan dengan kerjasama kerajaan Myanmar.

"Kejayaan kami memasuki Arakan merupakan kejayaan besar kerana berbanding misi bantuan lain, mereka hanya menyalurkan bantuan dari pintu masuk sempadan negara itu sahaja.

"Kami menyasarkan bantuan permulaan meliputi keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan garam bernilai RM80,000 disalur kepada pelarian Rohingya di Arakan pada Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tabung kemanusiaan itu yang dilancarkan pada 14 Ogos lalu kini berjaya mengumpul dana sebanyak RM104,857 yang akan disalurkan bagi meringankan kesengsaraan masyarakat Rohingya di Myanmar.

Dalam pada itu, Mohd. Daud berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil membantu mangsa konflik etnik di Myanmar dengan menghulurkan sumbangan kepada tabung berkenaan.

Katanya, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank di nombor 5640-9820-6365 atas nama MRA - [Sumber]

p/s: Beringat sebelum kena.. Kalau dah terkena, menyesal tak berguna..

Saturday, September 8, 2012

Orang mengandung sila jangan tengok..!!!

Assalamualaikum...

Orang mengandung sila jangan tengok..!!!

Kalau tengok jugak, pastu mengidam, pastu cari tak jumpa, jangan salahkan aku ehh...
Aku dah warning awal-awal dah...

Aku cuma nak kongsikan gambar jeruk ni je..
Inilah dia jeruk hasil buatan mak aku dengan abang aku...
Abang..??
Habis, aku tak tolong ke...??

Jangan nak buat-buat terkujat la haiihh..
Aku memang tak masuk campur dalam projek dorang ni..
Lagipun aku tak berapa nak makan jeruk-jeruk ni..
Risau gastrik aku datang balik..
*alasan je... :P

Makan tu makan la sikit...
Takde la makan beria macam orang mengidam..
Aku makan setakat satu dua keping je..
Kalau masin, main cicip je..
Kalau manis sikit, baru la makan lebih...
Kehkehkeh...




Pokok mangga ni buah dia masih banyak lagi..
Bila buah banyak, saiz dia jadi kecik sikit laa...
Pastu kecik-kecik lagi empulur dia dah keras dah...
Patut la kelentang-kelentung bunyi kat dapur hari tu..
Rupanya abang aku tengah belah buah mangga tu..

Raya hari tu ada la empat lima orang yang mintak buah ni..
Semuanya ibu mengandung yang mengidam...
Bagi aje..
Tak payah nak jual-jual la haiihhhh...




Kuinin kat bawah ni pulak jiran mak aku yang bagi.. Tapi sayang, rupa kat luar cantik.. Isi kat dalam ada sarang-sarang sikit.. Itulah namanya cantik di luar, busuk di dalam.. Sedikit sebanyak mengganggu proses peng-unggihan aku.. Aku suka unggis buah ni.. Tak suka nak hiris-hiris.. Tak puas makan sopan-sopan ni.. Nak kena ada gelojoh sikit baru la thrill.. :D




Novel tu..?? Terbaik...!! Boleh cuba baca... Aku dok ulang baca dua tiga kali dah ni.. Dialog agak kasar sikit.. Tapi memang itu cara dan gaya hidup kita, kan..? Tak perlu nak menafikannya.. Yang kasar akan bertemu yang lembut dan begitulah sebaliknya.. Ibarat api, lawannya mestilah air.. Tak gitu..? Kalau yang lembut bertemu yang lembut, jawabnya auuuwwww....!!

p/s: Nak cari air.. Nak cari air... :-)

Friday, September 7, 2012

Bila si Utih mula bertatih... :)...

Assalamualaikum...

Bila si Utih mula bertatih... :)

Siapakah si Utih ini...?
Siapa lagi kalau bukan anak kucing aku... ehehh...

Kenapa letak nama dia Utih..?
Ehh, suka hati la nak letak nama apapun..., kan....
Kehkehkeh...

Bengkek je...
Ya tak..?
Hahaha...

Dah lama tak post gambar kucing..
Nak post gambar sendiri, malu..
Sedar kekurangan diri.. :)

Pagi tadi saja lepaskan si Utih ni..
Pastu letak dia atas pokok rambutan tu..
Punya la bising mulut dia..
Takut la tu... :D

Pastu letak balik dia kat atas tanah..
Ehh, tak lama lepas tu dia sendiri pergi panjat pokok rambutan tadi..
Biarkan je dia belajar memanjat..

Dan ini sebahagian daripada gambar aksi dia memanjat...
Panjat punya panjat, sampai jatuh dalam pasu okid...
Mujur tak jatuh kebabom..
Hahaha...















Gambar selebihnya kat sini... :)

Thursday, September 6, 2012

Kesinambungan: Trilogi Cinta 2...

Assalamualaikum...

Kesinambungan: Trilogi Cinta 2...

Aku suka drama ni.. Drama terbitan Suhan Movies.. Pelakon dalam drama ni pada aku semuanya hebat-hebat belaka.. Tak perlu nak bermekap tebal untuk menghidupkan watak.. Cukup dengan emosi yang dilahirkan menerusi wajah dan tutur kata menjadikan cerita ini berbeza.. Itu pandangan aku laa.. eheh...

Dulu, masa musim pertama drama ni, aku tak pernah miss tengok.. Kalau blackout je baru aku tak dapat nak tengok.. Tapi masa tu siap la mulut dok bebel-bebel marahkan TNB.. Laju je call dorang bagitau takde letrik.. Bagitau awal tapi letriknya tak jugak ada.. Tak pasal-pasal dah terlepas beberapa episod.. Pespespes, ampes.. 

Kalau tak silap aku, malam ni akan bermula episod pertama untuk musim kedua drama Trilogi Cinta 2 ni.. Bermula pada pukul sepuluh malam setiap hari Khamis dan Jumaat dan disiarkan di TV1.. Harap-harap info ni betul la.. Bukan apa, RTM ni kadang-kadang tak berapa nak betul jadual dorang tu.. Ada masanya lain yang diberitahu, lain pulak yang disiarkan.. Yang kita ni dok tercongok la menunggu tapi tak jugak keluar.. Rupa-rupanya jadual sudah ditukar di saat akhir.. Sangat la lems...

Kat bawah ni ada sedikit promo untuk musim kedua ni.. Tengok promo je dah tak sabar nak tunggu.. Kalau korang peminat drama melayu macam aku, jom la kita sama-sama tengok apa yang bakal berlaku untuk musim kedua ni.. Pastinya lebih gempak dan mendebarkan... Agak-agaknya boleh bekerja dengan Suhan Movies tak aku ni ehh... Muntah Rosyam Nor dengar agaknya... kehkehkeh...




p/s: Hari tu promot novel.. Kali ni promot drama pulak.. Boleh jadi promoter agaknya aku ni.. Tapi aku tak berminat la pulak nak meng-expose-kan diri.. Akukan low profile gitteww... :P

Wednesday, September 5, 2012

Itu king control namanya, bukan sayang...

Assalamualaikum...

Itu king control namanya, bukan sayang... 

Baru-baru ni ada sepupu datang beraya ke sini.. Dia datang dengan isteri dan dua anak yang masih kecil.. Tu la satu-satunya anak buah mak aku yang datang beraya kat sini walaupun anak buah dia punya la ramai.. Hmmm...

Malam tu sepupu aku tu bersembang la dengan abang dan mak aku kat dapur.. Aku memang jarang masuk campur dalam sembang-sembang ni.. Entah la... Macam malas je nak masuk korum.. :)

Perbualan dah tentulah berkisar dalam hal kekeluargaan.. Sepupu aku tu memang rapat dengan keluarga aku.. Mak aku dah anggap dia macam anak sendiri.. Sebab tu dia boleh cerita perihal keluarga dia dengan mak aku..

Disebabkan dorang berbual dengan suara yang agak kuat, maka akupun tak dapat la nak melelapkan mata.. Dok golek ke kiri, tak jugak lelap.. Golek ke kanan, dok macam tu jugak.. Terlentang sampai tutup muka dengan bantal sebab silau cahaya lampu dari dapur tu pun ikut menyumbang kepada ke-tidak-lelapan mata aku ni.. Aduhaii.. Masuk tidur punya la awal, tapi dok pi dok mai, dok tang tu jugak... Terkebil-kebil sudahnya..

Dari apa yang aku dengar, sepupu aku tu bagitau mak aku yang adik perempuan dia tak pernah balik beraya kat kampung selama lima tahun berturut-turut.. Padahal bukannya duduk oversea.. Bukan juga sebab masalah kewangan.. Duduk kat Penang je sebab adik dia tu kawen dengan orang sana. Raya kelima atau keenam baru balik kampung.. Siapa je yang ada kat kampung kalau macam tu..? Cuma mak dia je yang jumpa adik dia tu tapi dia dengan adik beradik yang lain tak dapat la nak jumpa sebab masing-masing dah balik bekerja..




Akhirnya dorang adik beradik bersuara jugak.. Sampai bila suami adik dia tu nak kongkong isteri dia.. Kalau sayang sekalipun, jangan la sampai control macam tu.. Memang la adik dia tu jenis tak banyak suara, ikut je cakap suami dia.. Tapi dalam hati dia dah tentu meronta-ronta nak balik kampung, jumpa dengan anak-anak buah dan keluarga sendiri.. Sepupu aku tu tau adik dia sedih tapi nak buat macam mana kalau dapat suami yang jenis tak bertimbang rasa.. Langsung takde kompromi.. Kalau tak nak bertolak-ansur, kawen je la dengan jiran sebelah rumah.. Tak payah susah-susah kawen dengan orang jauh.. Geram betul bunyi suara sepupu aku tu..

Susah nak cakap, kan.. Aku yang mendengar cerita secara tak langsung ni ikut geram.. Mujurlah kakak-kakak aku dapat suami yang bertimbang-rasa.. Kalau dorang tak dapat nak balik lama, dapat semalam duapun tak mengapa.. Sekurang-kurangnya dapatlah mak aku menghilangkan rindu kat kedua kakak aku tu..

Pernah sekali dulu mak aku cakap kat aku yang kakak aku sorang tu sekejap je duduk kat rumah.. Belum sempat nak borak panjang, dah kena balik dah.. Pastu akupun jawab la, sebab tu orang maleh nak kawen... kehkehkeh.. Diam terus mak aku... huhuhu...

p/s: Bukan semua wanita noghogi queen control.. Kena control lagi ada laa.. Jadi, tolong buang persepsi bongok korang tu.. Ehh, tetiba je.. ;)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)