Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 29, 2010

APRIL FOOL: DON'T FOOLING AROUND...???

Assalamualaikum....

Sekadar berkongsi forwarded email sahaja.....

imagePerayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.Moga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

(Petikan drpd Risalah Fikrah - Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......rawahu Tirmizi Illal Liqaq.
.

Sunday, March 28, 2010

FAKTA: RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM

Assalamualaikum....

Artikel ni aku copy paste dari Berita Harian dan aku turut paparkannya di dalam blog ke-2 aku. Tak salah rasanya aku letak semula artikel yang sama kerana blog ke-2 aku tu trafiknya terlalu rendah... hahaha... (tutup muka... malu seyyy...!! ).

1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

p/s: Telur ayam kampung banyak kat rumah aku ni. Tapi aku tak suka lak nak makan. Aku lebih suka makan telur ayam biasa. Nampak gayanya lepas ni kenalah beralih selera...
.

Saturday, March 27, 2010

HEPI BESDEI....

Assalamualaikum....

Semalam genaplah sebulan umur anak2 kucing aku ni. Disebabkan aku takde idea nak buat cerita baru, maka aku letak aje la gambar2 dan video dorang ni. Semua ni untuk kenangan aku je. Kalau anda tak suka tak mengapa (sobbsss...). Dan hadiah untuk dorang adalah "frieskies...!!"... hehehe...










p/s: Jangan lupa padamkan lampu malam nanti sebagai tanda menyokong Earth Day. Bukannya lamapun kan... sejam je... Agak2 TNB rugi tak ehh...? Takde maknanya dorang rugi sebab bil makin mencanak naik.... huhuhu...
.

Tuesday, March 23, 2010

SIHIR PENGASIH: ANTARA BERTAUBAT DAN BERUBAT...

Assalamualaikum....

Tengahari tadi aku terlayan rancangan Wanita Hari Ini kat TV3. Ingatkan malas nak tengok, tapi bila terdengar topik yang di udarakan, tergerak la jugak nak menonton walaupun dalam keadaan separuh teruja.... hahaha...

Ianya berkaitan dengan ilmu sihir pengasih. Aku tak dapat la nak tulis setiap apa yang ustaz tu beritahu. Cuma aku dapat jugak la sikit2 ilmu yang disampaikan. Bukannya ilmu sihir tu ya... Yang tu kalau bagi free pun aku tolak. Tak nak la belajar ilmu2 macam ni. Bukan dapat apapun kannn... Bagi aku, jika niat kita ikhlas dan jujur, perasaan kasih itu akan datang dengan sendirinya... Betul ataupun tidak, wallahu'alam....





Menurut ustaz ni, kita boleh berusaha untuk menjauhkan diri dari "terkena" ilmu sihir pengasih ni dengan 2 syarat (mungkin banyak, tapi cuma ini je yang disebut) iaitu:

1) Menjaga hubungan kita dengan Allah (faham2 sendiri la kann...).
2) Mengamalkan membaca surah Al-Falaq yang disusuli pula dengan surah An-Nas.

Biasanya ada 3 cara/kaedah yang selalu digunakan oleh pengamal ilmu sihir pengasih tersebut kepada mangsa2 mereka iaitu:

1) Melalui makanan (harap2 bukannya yang melalui bawah tutttt..!!)

2) Melalui gambar ( Sebab tu ada yang nak tidur mesti nak tengok gambar kottt... Angau la tu..... huhuhu...).

3) Menggunakan minyak (jenis ni paling bahaya kerana mereka mengambil minyak dari orang yang dah mati yang disebut2 sebagai minyak dagu..).

Jemputan untuk rancangan tadi adalah sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Menurut si isteri, selepas sebulan dia kawin, tiba2 je satu pagi tu dia tak boleh nak bangun dan ber- jalan.Keadaan itu berlarutan selama 3 bulan. Dalam masa yang sama, dia tak pernah tidur samada siang ataupun malam selama hampir setahun kerana badannya gatal2 dan kepanasan. Pasangan ini pergi berjumpa doktor pakar kerana bimbang ada jangkitan kanser. Menurut doktor setelah di scan badan si isteri tadi, memang ada ketulan tapi untuk menjadi kanser amatlah jauh sekali. Maknanya ketulan tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan kanser.

Setelah itu, barulah mereka pergi berjumpa dan berubat dengan ustaz tersebut. Dan kini, si isteri sudah mulai boleh berjalan walaupun terpaksa dipimpin. Syukur alhamdulillah.. Kita hanya berusaha, tapi yang menentukan segalanya adalah Allah Yang Maha Kuasa.


Kepada sesiapa yang "terkena" dan ingin berubat, silalah berhubung dengan ustaz tersebut menerusi nombor yang ada kat gambar di atas ataupun masuk je ke blog dorang iaitu:


Dan kepada mereka yang mengamalkan ilmu sihir pengasih ini, bawa2 la bertaubat kerana sesungguhnya hidup anda tidak akan pernah aman dan tenang dengan mengamalkan ilmu2 jahat sebegini...

p/s: Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu oleh perasaan yang tidak seharusnya bermain di fikiran anda.. BERUBAT DAN BERTAUBATLAH..

(Entri ini aku olah mengikut cara aku sendiri... Jika ada info yang tidak selari dengan apa yang dipaparkan di WHI itu, aku minta maaf. Susah nak catch-up apa yang mereka bincangkan dan aku pulak lupa nak rakam.... huhuhu...)
.

Sunday, March 21, 2010

AKSI SI COMEL... COMEL KE...?? Hahahaha....

Assalamualaikum.....

Saje je nak cuba2 post video lak... Baru nak belajar ni... Kalau ada apa2 yang kurang memuaskan tu, harap maaf la yaa.. Abaikan aje suara latar dari tv tu... lupa nak mute daaa.... hahaha....





Ini la "budak2" yang baru dapat kaki... Merayap je kerja dorang ni.. Tapi aku buat tak tau je... Biar je la dorang nak merayap kat celah manapun... Tapi malam tadi dorang punya la bising sebab mak dorang takde... Maka terpaksa la aku pujuk jangan bagi dorang nanges... ekekekeke...

Ada sesiapa yang nak jadikan dorang ni anak angkat tak... hehe... Kalau adapun, aku tak akan bagi punya laa... Kesian pisahkan dorang adik beradik... Nanti tak pasal2 kuar lak lagu ni...

Jangan pisahkan.... aku dan dia.... Tuhan tolonglah... kucinta dia... muahahahaha...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Harap maaf la yaa sebab video tu asek currently not available je.... Akupun tak tau kenapa... Kadang2 elok je dia kuar.. huhuhu... Ada tak sesiapa yang nak bagi info... Mehh la kongsi kat sini...
.

Saturday, March 20, 2010

TIADA TAJUK: Hmmmm........

Assalamualaikum....

Sekadar menempek lagu2 yang mempunyai senikata/lirik yang sedikit sebanyak memberi makna kepada diri aku... Biar aku sorang je yang layan lagu2 ni ehh... Sebab aku tau korang konpem layan Lady Gaga yang gagap dan gagah tu.... muahahahaha...







p/s: Biarkan aku melayan perasaan jap... Cuacapun dah mula nak mendung... hahaha...
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)