Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 10, 2010

DI MANA BUMI DIPIJAK... DI SITU LANGIT DIJUNJUNG...

Assalamualaikum....

Tiada cerita menarik selain dari menerima kekalahan MU seadanya... Tak kisah la kalah ke menang, yang penting aku tidak tergolong di antara mereka yang terlalu fanatik dan taksub serta tidak boleh untuk menerima kekalahan... Apatah lagi berbalas makian, carutan dan yang seumpamanya... Dan yang penting, aku kurang gemar kepada pembakaran terbuka, lebih-lebih lagi pembakaran stadium... kuikuikui.... I'm COOL bebbb.... muahahahaha...

Malam ni aku dapat la blogwalking ke beberapa buah blog yang biasa aku kunjungi. Ada blog yang aku baca dan tinggalkan komen. Ada juga blog yang aku baca tapi aku tak tinggalkan komen tapi hanya tinggalkan mesej kat kotak mesej je... Komen dan mesej kat blog aku sendiripun aku tak balas lagi ni, dah sibuk merempit kat blog orang... hahahaha... Entah la, dah macam malas dah nak balas mesej kat kotak chat tu.. Tak tau la kenapa... Tapi jika internet aku mengizinkan, aku akan cuba berkunjung balas kepada blogger yang tinggalkan jejak kat situ... Semuanya bergantung pada kelajuan streamyx aku... Dan terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada semua follower blog aku ni.... Samada follower baru atau lama, kehadiran anda sangat-sangat aku hargai...

Dalam berjalan-jalan tu, sempat jugak aku jenguk FB aku. Pastu aku cari kawan-kawan sekolah dulu tapi malas nak add dorang, takut nanti habis dorang selongkar cerita aku.... hahakkk.. Tup-tup aku terjumpa satu page ni... Pastu kat dalam page ni ada lak satu post yang aku suka... hahaha... Nak tau tak post tu pasal apa...?? CUBA KLIK KAT SINI... Hahaha...

Rasa bangga la juga sebab anak FELDA dah ada stesen radio sendiri. Jadi, kepada anak-anak dan warga FELDA, berilah sokongan kepada RADIO KITA... Pertama kali dengar macam best la juga.. sebab ada lagu hindustan... ekekekekeke.... Harap-harap stesen radio ni tak mainkan lagu yang sama berulang-ulang kali dalam sehari macam sesetengah stesen radio yang perasan top tu.... ahakkkk...



Ini je la yang aku nak bebelkan kali ni. Jangan lupa dengar radio FELDA ni ya... Kalau bukan kita warga FELDA yang menyokong, siapa lagi... Warga Indon yang kerja kat FELDApun kena dengar radio ni tau. Siapa yang tak nak dengar stesen radio ni akan dihantar pulang dengan segera.. kehkehkeh... (Jangan marah yaa ibu-ibu, bapak-bapak.... gurau sajooo...)

Nota bernas campur sengal: Walaupun aku bukan dilahirkan di FELDA, namun aku tetap berbangga menjadi sebahagian daripada komuniti ini.... Sebab apa tau...?? Sebab kat FELDA aku ada Chef Wan.... muahahahaha...

Wednesday, May 5, 2010

INFO: AMBIL JIKA IANYA BAIK DAN BERSESUAIAN....

Assalamualaikum....

Copy paste aje... Ingat nak upload gambar-gambar masa balik kampung hari tu, tapi terpaksa dibatalkan sebab streamyx sangat menyesakkan.... Penat nak membebel dah... huhuhu... Baca je la ya info yang aku amek dari Utusan Malaysia ni..
.

Apa itu halia?

Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2,500 tahun lalu.

Khasiat halia:

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Bagaimana menggunakan halia:

~> Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.

~> Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.

~> Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.

~> Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.

~> 4 gelas air + 2 inci halia segar + hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa

Maklumat tambahan mengenai halia:

Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Lain-lain khasiat halia:

Mengubati selesema dan asma: Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol: Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat batuk: Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

Menghilangkan bau mulut: Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

Thursday, April 22, 2010

CERITA KOSONG AJE.... sekadar update... huhuhu...

Assalamualaikum.....

Semalam mak aku upah orang tebang dua batang pokok kelapa. Siapa yang nak kelapa muda buat inti tu, meh la datang sini ambil... hehehe... Sebenarnya mak aku sayang nak tebang pokok kelapa ni. Tapi memandangkan kedudukan kedua-dua pokok yang semakin condong ke arah tandas, maka terpaksalah dikorbankan juga.

Pernah sekali dulu, masa tu aku ada kat dalam tandas tu, tetiba je terdengar angin kuat bertiup. Mula-mula aku okay je sebab tak teringat pasal pokok kelapa ni. Tapi bila angin semakin kuat, terus berdetik hati aku...."ehh... buatnya tumbang pokok kelapa ni, habis aku kena hempap...." Apa lagi, tanpa berfikir panjang aku terus je keluar dari tandas tu sambil cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah. Semenjak hari tu, aku tak akan ke masuk tandas kalau angin kuat sedang melanda. Aku sanggup menahan kesakitan sambil mulut membebel suruh emak tebang pokok kelapa tu. Dan akhirnya pokok tu tertebang juga. Aman sikit nak memerut lepas ni kan... muahahahaha...


Banyak ni.... Ada lagi selonggok kat bawah sana....



Ni la namanya umbut kelapa. Yang sebelah kiri tu sebelum dibuang kulit dan sebelah kanan tu sesudah dibuang kulit...(Tu tangan mak aku tengah bergaya memegang pisau... hahaha...)



Air kelapa muda... Slurrppppp...... hehehe...


Nota sengal: Streamyx aku semakin teruk kesengalannya... :p

Nota bernas: Sekali air bah, sekali pantai berubah..!! Ada kena mengena ke dengan cerita ni... :)

Saturday, April 17, 2010

KONPEM SEDAP PUNYA LAA... hahaha...

Assalamualaikum.....

Ini adalah resepi ciptaan aku sendiri. Siapa yang nak mencuba bolehlah ambil resepi ni kat blog dapo aku ehh... Kat sini aku cuma tempek gambar je... muahahahaha.... Kalau malas nak pergi kat blog dapo tu, korang tengok je la gambar-gambar ni... Takkan tak terliur kot.... ekekekeke...



Masa agar-agar ni mendidih...



Menunggu untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais...



Inilah hasilnya setelah dikeluarkan dari peti ais.. Nyummm3... haha...

Nota sengal: Pandai tak aku masak...?? Muahahahaha.... :p

Nota bernas: Jangan selalu sangat makan kat luar. Tak bagus untuk kesihatan minda...

Thursday, April 15, 2010

BERSEKEDUDUKAN TREND BARU MUDA MUDI..???

Assalamualaikum....


Tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah mengundang pelbagai gejala sosial lain. - Gambar hiasan


HANYA kerana ingin menikmati kebebasan dan mengejar kesenangan, ada pasangan kekasih sanggup tinggal serumah dan hidup bagaikan suami isteri walaupun tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah. Malah bersekedudukkan seolah-olah menjadi aliran baru di kalangan muda-mudi terutama di ibu kota tanpa ada rasa bersalah atau berdosa dalam diri.

Edda (bukan nama sebenar) mengakui tinggal serumah dengan teman lelakinya, Eddy (juga bukan nama sebenar) sejak enam tahun lalu ketika sedang menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang.

''Waktu itu umur saya baru 19 tahun dan sedang menuntut di kolej. Teman lelaki pula sudah bekerja.

''Disebabkan kos hidup sebagai pelajar yang tinggi, saya memberanikan diri menumpang tidur di rumah teman lelaki. Dengan cara itu saya dapat berjimat dan tidak perlu menyewa bilik.

"Apabila sudah serumah dan selalu bersama akhirnya kami terlanjur dan mula seronok hidup bebas umpama suami isteri,'' ujarnya dalam pertemuan selepas berminggu-minggu dipujuk oleh penulis.

Mengakui seronok dengan kehidupan baru itu membuatkan dia terleka dan mula mengabaikan pelajaran.

Begitu pun jauh di hati kecilnya terasa bersalah terhadap ibu dan adik beradik lain.

''Pada ketika itu, kami sungguh bebas dan seronok. Kami boleh mengadakan hubungan seks sesuka hati tanpa perlu membuang duit untuk membayar sewa bilik hotel,'' akuinya.

Sekian lama Edda dan Eddy hidup seperti suami isteri, malah segala keperluan 'suaminya' itu Edda yang uruskan manakala keperluan rumah ditanggung oleh lelaki tersebut.

Pada awalnya pasangan tersebut berkongsi rumah dengan beberapa pasangan lain, namun disebabkan tidak mahu diketahui jiran-jiran sekeliling Edda dan teman lelakinya berpindah menyewa rumah lain.

''Kehidupan kami memang tidak ubah seperti suami isteri, cuma yang membezakan kami ialah tiada akad nikah,'' ujarnya.

Katanya lagi, setelah hampir dua tahun bersama mereka berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat kerja baru.

''Masa mula berpindah semuanya masih berjalan lancar namun selepas hampir enam bulan saya mula rasa terbeban kerana Eddy masih tidak bekerja.

"Malah saya pernah membuat pinjaman bank semata-mata untuk diberi pada Eddy bagi memulakan perniagaan.

''Tetapi semua hancur kerana dia tidak pandai berniaga. Akhirnya saya yang merana kerana terpaksa menanggung hutang,'' katanya.

Namun mengenangkan jasa Eddy menolongnya dulu, Edda tidak keberatan untuk terus berada di sisi teman lelakinya itu.

Ditanya mengapa tidak berkahwin secara sah, Edda memberitahu teman lelakinya kerap mengelak daripada berbicara tentang itu.

''Sudah berbuih saya mengajaknya berkahwin tetapi dia hanya memberi alasan tidak cukup wang.

''Bukannya ibu bapa kami tidak tahu hubungan kami, malah kedua-dua belah pihak merestui dan mengetahui hubungan kami.

"Tetapi dia sering memberikan alasan tiada kerja tetap untuk menanggung saya,'' ujarnya.

Biarpun kedua-dua belah keluarga mengetahui hubungan tersebut mereka masih tidak mengetahui Edda dan Eddy tinggal bersama.

''Kini saya sering dihantui rasa bersalah. Malah setiap kali bersembahyang, pasti doa utama saya ialah untuk menyatukan hubungan kami,'' ujarnya yang mula berasa insaf dengan perbuatan tersebut.

Malah akuinya, dia terfikir juga untuk bernikah di sempadan bagi 'menyelesaikan masalah' tetapi dihalang oleh pasangannya.

''Entahlah sampai bila dia nak simpan saya ini, mungkin sampai ke tua agaknya, ''ujarnya dengan suara yang terketar-ketar.

Edda mengakui mengetahui batas dan hukum-hakam agama, tetapi kerana desakan hidup, dia merelakan dirinya diperbuat sedemikian.

''Saya bukan dari keluarga yang senang, lagipun adik beradik masih bersekolah, ibu pula sekadar pekerja biasa, setiap bulan perlu hantar duit ke kampung.

''Kadang-kadang rasa menyesal juga tetapi apakan daya perkara telah berlaku terpaksa teruskan sahaja,'' ujarnya yang mengakui ibu dan ayahnya bercerai ketika usianya 10 tahun.

Ditanya tidak takut jika hamil luar nikah, Edda mengakui setiap kali membuat hubungan kelamin mereka menggunakan alat pencegah kehamilan.

''Terfikir juga jika 'termengandung' tetapi setakat ini masih 'selamat','' ujarnya lagi.

Sementara itu, Eddy pula memberitahu, bukan niatnya untuk berterusan bersekedudukkan bersama Edda tetapi baginya masa masih belum sesuai untuk mereka berkahwin.

''Saya sayangkan dia sepenuh hati tetapi belum mampu untuk mengambilnya sebagai isteri," ujarnya bersahaja.

Katanya lagi, dia berhasrat untuk mengahwini buah hatinya itu secara sah pada suatu hari nanti.

Malah berhasrat untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna suatu hari nanti.

Banyak lagi artikel yang bersangkut-paut yang anda boleh baca di SINI

Wednesday, April 14, 2010

CANTIK RUPA TAPI BURUK PERANGAI: Siapa nak jawab..??

Assalamualaikum...

Tajuk entri macam sengal je kan... hahaha.. Takde la, macam biasa tadi aku tengok program Wanita Hari Ini @TV3 tu. Bagi aku topik perbincangan kali ni agak menarik jugak la walaupun tetamu jemputan selain dari pakar motivasi tu agak kurang me- muaskan. Bukan apa, macam la takde manusia yang lagi berjaya dan cun melecun daripada artis jemputan tu kan... Ehh... ni dah kira termasuk dalam kategori buruk perangai jugak ni... muahahahahaha... tetttttttt....

Kadang-kadang memang sukar untuk kita menilai sikap seseorang berdasarkan dari paras rupa masing-masing. Kebiasaannya, kalau seseorang tu dah cantik, segala- gala yang berkaitan dengan dirinya tetap dipandang cantik. Manakala yang buruk tu kekal sebegitu. Kenapa agaknya fenomena ni berlaku? Adakah kita ni jenis manusia yang mudah terpedaya dengan kecantikan luaran? Ohh... itu sudah semestinya. Kalau tidak masakan kasut yang berharga sehingga beribu-ribu ringgit itupun masih ada orang yang sanggup membelinya. Padahal nak letak kat kaki je pun... (bukan letak kat kaki orang Jepun okay.... )

Menurut pakar motivasi tersebut, orang yang cantik ni selalunya tidak sayangkan duit untuk membeli barang-barang luaran tetapi amat kedekut untuk membeli buku-buku ilmiah. Bukankah itu tandanya mereka hanya ingin menunjuk-nunjuk? Cantik seseorang itu bukan terletak hanya pada paras rupa, tetapi lebih kepada ilmu yang ada dalam dirinya. Hmmm... kedua-dua kategori ni takde kat aku. Adakah ini ber- makna aku ni buruk rupa dan buruk perangai..? Huhuhu.... kena muhasabah diri sendiri...

Ya... Aku tak nafikan yang aku mempunyai perangai buruk terutama sekali jika aku marah. Dah banyak kali aku cakap: You won't like me when I'm angry...!! Jadinya, jangan cari pasal dengan aku JIKA aku tak cari pasal dengan kamu..!! Boleh..?? Namun begitu, orang yang paling cantik kat dunia ni pun akan kelihatan buruk jika dia berada di dalam keadaan marah. Tak percaya? Percaya je laa... hahaha...

Ada seorang pendengar yang memberi pandangan tentang teman wanitanya yang sememangnya tergolong dalam manusia cantik tapi buruk perangai ni. Bila dah putus hubungan, mulalah keluar semua cerita buruk, ya tak? Biasa la tu kan... Menurut lelaki tersebut, bekas teman wanitanya amat payah jika disuruh solat, menolak jika diajak ke majlis ilmu serta tidak mahu memakai tudung untuk majlis-majlis tertentu.
Aku tak nak komen la pasal ni. Biar je la manusia-manusia cantik ni berfikir sendiri. Yang burukpun kena fikir sama (akukah ituuu...?)

Bagi aku, perangai buruk seseorang itu akan terkeluar dengan sendirinya jika dia berada di dalam keadaan terdesak ataupun marah. Tak kiralah samada rupa orang tu cantik ataupun buruk kerana manusia boleh hilang pertimbangan dengan situasi sebegini. Dan biasanya tindak-tanduk ketika terdesak inilah yang akan selalu diperkatakan orang walaupun kadang-kadang hanya sekali sahaja kita bertindak di luar jangkaan. Cubalah elakkan diri dari menjadi manusia talam dua muka, di depan nampak baik tetapi di belakang punya la kuat mengata. Mudah-mudahan dijauhkan la sifat sebegini dari hidup aku...

Nota sengal:
Cantik rupa dan cantik perangai itu dikira sebagai bonus. Buruk rupa dan buruk perangai pula dikira sebagai apa..?

Nota bernas: Jangan mudah terpedaya dengan kecantikan yang dipamerkan. Itu semua adalah godaan syaitan....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)