Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, November 16, 2010

KALAU BERCAKAP: Cakap apa..???

Assalamualaikum...

Titik fokus di sini adalah Kalau Bercakap...


Kalau bercakap...
Asyik nak membanggakan diri je...
Sehingga tak sedar kadang-kadang ianya menampakkan kebangangan sendiri...

Kalau bercakap...
Asyik nak cakap besar je. Buat projek juta-juta...
Padahal auta je lebih...

Kalau bercakap...
Seolah-olah dunia ini dia yang punya...
Sampai tak ingat bahawa dunia hanyalah pinjaman dari Allah...



Kalau bercakap...
Main redah je tanpa menoleh kiri kanan...
Tanpa menghiraukan perasaan orang lain sebab 'ada aku kesah..?'

Kalau bercakap...
Ikut sedap mulut dia je...
Sampai naik berbuih dah mulut tu... macam kena sawan bab*...

Kalau bercakap...
Sambil makanpun bercakap jugak sampai bertekak...
Hingga tersembur lantas terbuang rezeki yang sudah berada di dalam mulut...

Kalau bercakap...
Punya la lembut gigi dari lidah dengan suami/isteri orang...
Sedangkan dengan suami/isteri sendiri asyik nak menengking je...

Kalau bercakap...
Lebih manis dari madu...
Rupa-rupanya penipu... huhuhu...

Kalau bercakap...
Semua orang dikatanya tak betul...
Padahal dia yang gila...



Kalau bercakap...
Lapik la sikit percakapan tu...
Sebab itu Allah beri kita lidah yang sempurna...

Kalau terlebih cakap atau 'bahasa halus'nya membebel...
Kena 'cobey' la jawabnya... =)


Aku kata: Semua manusia tahu bagaimana hendak bercakap tetapi tidak semua orang tahu bila dia patut bercakap... *copy paste... =D

Monday, November 15, 2010

SOAL JAWAB MENGENAI UDHHIYYAH...

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi apa yang aku baca dalam buku Soal jawab Fardhu 'Ain dan Amalan Keluarga Bahagia susunan Ustazah Hjh. Raimah Kamat dan Ustazah Fazilah Ahmad dan disemak oleh Tuan Hj. Morsid Hj. Maarof Al-Qadhi...

-----------------

Apa erti Udhhiyyah (korban) dan apa hukumnya?
Udhhiyyah pada bahasa ertinya "Waktu Dhuha". Pada istilah agama bererti nama bagi sembelihan korban yang diperintahkan menyembelihnya pada waktu dhuha pada hari-hari 10, 11, 12 atau 13 haribulan Dzulhijjah untuk menghampirkan diri pada Allah dengan niat korban. Hukumnya sunat muakaddah iaitu sunat yang amat dituntuti.

Apakah binatang yang boleh dibuat korban?
Binatang yang boleh dibuat korban ialah unta berumur antara 5-6 tahun, kerbau, lembu dan kambing berumur antara 2-3 tahun dan kibasy iaitu biri-biri berumur satu tahun. Binatang seperti unta, lembu dan kerbau boleh dikongsikan seramai 7 orang bagi seekor korban sekalipun masing-masing mempunyai tujuan yang berlainan.

Bilakah waktu menyembelih korban?
Waktunya ialah setelah menunaikan sembahyang 'aidil adha dan dua khutbah.

Apakah syarat binatang yang hendak dibuat korban itu?
Segala binatang yang hendak dibuat korban itu hendaklah binatang yang sihat, gemuk, tidak nyata butanyaa, tidak nyata tempangnya, jangan terpotong telinga atau ekor atau lidahnya atau yang gila, yang baru beranak, yang bunting melainkan jika binatang itu telah dinazarkan. Tidak mengapa jika yang terpatah tanduknya, yang terbelah telinganya, yang rongak giginya atau yang dikemilikan. (kemilikan ni apa ehh...)

Bagaimana niat korban?
Niatnya adalah sebagaimana berikut:
"Ya Allah, terimalah korban dari hamba-Mu, sebagaimana engkau menerimanya dari Ibrahim khalil-Mu dan Muhammad kekasih-Mu".

Bagaimanakah pembahagian daging korban?
Sunat dibahagikan satu pertiga kepada yang membuat korban, satu pertiga disedekahkan kepada sahabat handainya, tetapi yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin kecuali hati dan limpanya sahaja untuk orang yang membuat korban. Melainkan jika korban itu dinazarkan maka semua daging termasuk hati dan limpanya hendaklah disedekahkan sekali. Hendaklah disedekahkan daging korban yang masih mentah dan basah.


Aku kata: Aku tak berapa faham sangat dengan ibadah korban ni. Ada orang cakap, siapa yang nak buat korban, dia kena pegang dan gosok-gosok badan binatang yang nak dikorbankan tu dan kena tengok binatang tu disembelih.. Betul ke..?? Aku takut nak pegang lembu ni... Apa lagi nak tengok dia kena sembelih... Aku tak berani laa.. Camner ni... Kalau tak pergi tengok tak boleh ke ehh...? Ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan tak...?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Update:
Kat sini ada sedikit info mengenai ibadah korban ni...



Juga di sini....


Sunday, November 14, 2010

SURAT SURATAN... ^___^

Assalamualaikum....


Selamat menyambut hari raya aidil adha untuk semua umat Islam walau di mana sahaja anda berada...
Maaf zahir dan batin...

*************************

Rasa MALAS pulak nak tinggalkan komen kat blog orang....
Dah tak tau nak komen apa dah...
Masuk dan baca aje la apa cerita yang disediakan...
Kalau rasa nak komen, aku komen....
Kalau rasa MALAS, malas la jawabnya...

Sekian, terima kasih...

Saturday, November 13, 2010

CUSTOMERS ALWAYS RIGHT..? Banyak yang tak betul ada laa... =))

Assalamualaikum....


Hari tu dia kata nak hantar kain...
Tunggu punya tunggu tak sampai-sampaipun..
Ingatkan dia tak jadi nak hantar...
Ataupun dia hantar kat orang lain...
Tak kisah la kalau camtu...
Tak kecik hatipun..
Rezeki masing-masing.... kannn...
Redha aje la... :-)

Tup-tup dia hantar jugak...
Alhamdulillah laa... rezeki aku la tu kan...
Tapi dia nak cepat..
Sebab nak pakai baju tu untuk jamuan...
Padahal aku baru je siapkan dua pasang baju dia...
Ni baru betul namanya PEREMPUAN...
hahahaha...

Aku cakap aku tak jamin boleh siap atau tak ikut masa yang dia nak tu...
Sebab aku masih ada tiga pasang baju yang masih dalam proses...
Mujur yang dua pasang tu dah hampir siap...
Masih ada tinggal sepasang lagi...
Belum usik langsung lak tu.. adehhh...

Aku ketepikan dulu kain yang sepasang tu...
Padahal kain tu dah dihantar dulu dari kain dia...
Sebab nak jaga hati 'regular kastemer' punya pasal... :P
Sedangkan waktu tu badan aku sangat la tidak sihat...
Bahu aku bengkak, pinggang aku sakit...
Penuh bertampal dengan koyok...
Tapi aku gagahkan jugak potong dan jahit baju dia...
Kerana dia 'regular kastemer'...
Namun aku dah bercadang nak kenakan caj tambahan...
Sebab dia nak cepat... kann...
Walaupun dia 'regular kastemer'...
^___$

Baju dah siap, cuma tinggal 'finishing' je...
Tinggal menyembat mana yang patut....
Tup-tup dia kata tak kisah la kalau tak siapkan baju tu cepat...
Dia kata kesian lak kat aku terkejar-kejar buat baju tu....
Hehh... Senangnya dia cakap...
Aku kata kerana nak siapkan baju dia, aku kena tolak ketepi dulu baju kastemer lain...
Kalau aku kena bebel dengan kastemer tu, macam mana..?

Bebel tu aku masih boleh terima la...
Biasa la orang tua, memang bebel je kerja dorangpun... kannn.... =)
Cuma aku sangat-sangat tak suka bila orang cakap aku jenis lambat buat kerja...
Lepas tu pulak ada yang jadi tukang karut canang kat semua orang...
Kata, tak payah hantar kain kat aku sebab aku lambat buat kerja...
Padahal dorang tak tau apa masalah yang aku hadapi...

Kadang-kadang letrik takde... Selalu sangat takde....
Macam mana nak jahit, sebab aku gunakan mesin letrik...
Kadang-kadang hujan dengan kilat petir lagi...
Macam mana nak jahit, sebab aku gunakan mesin letrik...
Takut terkena renjatan pulak nanti...
Tu belum termasuk dengan rutin kat rumah ni lagi...
Yang remeh temeh semua tu nak kena ambil kira jugak...

Entah laa...
Kalaupun dia 'regular kastemer'...
Tak perlu la perlakukan aku macam ni...
Aku tau la dia dah banyak 'melabur'...
Terima kasih aku ucapkan...
Tapi jangan la sebab itu, aku dipandang sepi...


Aku kata: Teringat zaman kerja kilang dulu.. Cukup bulan dapat gaji, tak payah nak fikir apa dah... Rindunya suasana dulu.... hmmmm.... **Orang lain malu nak mengaku kerja kilang.. Kenapa agaknya ya... Hina sangat ke kerja kilang ni.... :P

Thursday, November 11, 2010

GAMBAR KUCING BERJALAN DALAM AKUARIUM IKAN...???

Assalamualaikum....


Waahhh...
Hebat betul anak kucing aku yang sekor ni...
Kecik-kecik lagi dah pandai berjalan...
Bukan jalan yang biasa tu laa...
Yang tu bebi kucing baru beranakpun boleh buat.... ;p
Tapi yang ni berjalan dalam akuarium ikan...!!!
Tanpa bantuan alat pernafasan lak tu...
Hebat...!! Sangat sangat hebat...!!
Bangga aku jap... ^___^

Kucing korang boleh ke buat camtu..??
Konpem tak boleh punya laa...
Sebab kucing korang kan takut dengan air...
kihkihkih...


Ini ikan laa... Bukan kucing.... hehehe...


Haaaa....
Yang kat bawah ni baru la gambar kucing tengah berjalan kat dalam akuarium ikan tadi...
Rilek je dia ambil angin dan bau kat situ.... hahaha...
Mujur tak kena "sengat"... =D

Korang tengok aje dulu gambar-gambar ni ehh...
Aku nak keluar kejap...
@___@

:
:
:
:
:
:
V

Cantik jugak pemandangan kat dalam "laut" ni...
Ehhh... ada "kapal selam" laaa.... Bestnya.... **kehkehkeh....


Macam ada bau ikan sadin je ni.... **sambil kembang-kempiskan hidung.... ;p


Mana ikannya ni...???
Huwaaa.... dah kena tipu....
Air takde, patut la ikanpun takde jugak....
huhuhu....


Aku kata: Lu kena bebbb....!!! Kakakakakakaka.... laaarrriiiiiiiiii.........!!!
Lu = Korang laa... hahahaha....

Wednesday, November 10, 2010

LAGU TUDUNG PERIUK... :P

Assalamualaikum...


Pernah dengar lagu tudung periuk...??
Alaa.... Lagu tudung periuk yang pandai menari tu...
Issshhh... Tak kan la tak pernah dengar langsung haiihh...

Nak aku nyanyikan ke..??
Boleh je... kehkehkeh...

**Fokus tauu... :p

Kainlah yang buruk...
Kain yang buruk berikan kami..
Buat menyapu...
Buat menyapu si air mata....
huhuhu....

Saya kunci lirik iniiiiiiiiii........!!!




Sebenarnya aku nak cakap pasal kain batik ni je. Gambar kat atas ni adalah merupakan kain sarung batik yang telah ditransformasikan menjadi baju kurung kedah. Baju ni kepunyaan mak kawan aku. Okay jugak buat baju... kan... Pakai baju dari 100% bahan kapas ni memang selesa, lebih-lebih lagi musim hujan macam sekarang ni... Sejuk je kannnn... =D

Ye la, daripada kain batik tu bertimbun-timbun dalam almari, baik buat baju je. Beli kain batik mahal-mahal, ada yang batik Jawa la, batik Ganu la, batik Langkawi la, pastu tak pakai sebab sayang... tup-tup bila tengok balik, dah habis berlubang-lubang kena tebuk dek lipas... Tentu timbul seribu penyesalan lepas tu.... ye tak..??

Lagipun kain batik ni orang pakai masa dalam pantang je. Aku kat rumah ni pun dah jarang pakai kain batik. Aku lebih selesa pakai tracksuit dengan suar cerut yang aku jahit sendiri je... Tapi aku suka pakai baju kurung kedah ni. Soooo selesa... Takde la nak nampak bayangan benjol yang bersepah kat sana sini... ahakkss... =))

Aku kata: Aku dah mula intai-intai kain batik mak aku yang bersusun dalam almari ni. Nampak gayanya ada la kain batik yang bakal 'missing in action' nanti... hehehe...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)