Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 7, 2010

KALAU DAH TAK TAU NAK BUAT APA: Jom masak jom...

Assalamualaikum....

Malam tadi aku tidur awal...
Pukul 8 malam aku dah terlelap...
Tanpa makan malam...
Tanpa menunggu untuk masuk waktu Isyak...
Kerana pada waktu siangnya aku sedikit kecewa, kesal dan marah dengan sikap seseorang...
Tapi aku tahan perasaan sakit hati aku tu...
Akhirnya, aku yang kenyang... *makan hati... ;)

Pukul 11.45 malam aku terjaga...
Terus solat Isyak dulu...
Makan..?? Nanti la dulu, padahal lapar jugak ni... *kontrol nafsu...

Mata tak boleh nak lelap balik semula...
Masuk dapur... *bukan makan ehh...
Bukak peti sejuk...
Keluarkan sepeket yis/mauripan

Kat pintu peti ais memang dah sedia tampalkan resepi...
Ada 5 jenis resepi di situ...
3 resepi dah aku cuba dan dah buat beberapa kali...
Hasilnya boleh la dibanggakan sikit-sikit... =D
1 resepi lagi aku baru buat sekali dan hasilnya tidak begitu memberangsangkan...
Sebab bahan tak cukup dan aku main belasah je buat..
Tapi habis jugak budak-budak kat rumah ni telan... kehkehkeh...
Manakala 1 resepi lagi belum aku cuba...
Sebab pisangnya asyik hilang je... *banyak monyet gamaknya kat rumah ni... =))

Jadi, malam tadi aku buat apam lagi sekali...
Terima kasih Kak Erna atas perkongsian resepi tersebut..
Cuma gaya penulisan tu berbeza la...
Sampaikan aku dapat komen dari tuan punya resepi tu...
Tu la, siapa suruh memandai tukar resepi orang... hahahaha...

Kali ni aku cuma letakkan gambar penyediaan bahan aje ya..
Sebab resepi dah ada kat blog yang aku sebutkan tadi...




Sementara tunggu yis/mauripan naik dan tunggu air gula sejuk, aku layan tv jap...
Anak-anak buah ada dua orang yang sama-sama tidur awal dan sama-sama bangun...
Tanya itu, tanya ini, tanya aku nak buat kuih apa...
Sambil hidung dok cium-cium bau yis yang dah kembang tu...
Boleh pulak dorang kata bau yis tu sedap... hehhh...
Tu belum kuih masak lagi tu...
Kalau kuih dah masak, konpem berganda-ganda kesedapannya... huahuahua...

Masa aku tulis cerita ni, kuih apam tu dah masak dah...
Tapi masih berada dalam kukusan lagi...
Tak dapat la nak tayangkan gambar tu dulu sebab kelapa parutpun takde lagi ni...
Siapa pulak yang rajin sangat nak mesin kelapa subuh-subuh ni...
Lain la kalau memang berniaga kuih-muih di pagi hari...
Kalau rajin nanti, aku ambil dan upload la gambar kuih apam tu yaa... *kalau rajin... :p


Aku kata: Salam Ma'al Hijrah semua... :-)

*****************************************

UPDATE:

Ini la rupanya apam yang aku buat tu...
Okay tak..??
Berapa markah nak bagi....?
:-)

Kalau nak tau dah masak ke belum, cucuk je dengan batang tu.. Kalau tak melekat, tu dah kira masak la tu... Teknik yang sama untuk kek...


Nyummmmyyyyyy....... =)))

Friday, December 3, 2010

AYAM CAKAR KOBAU: Gulppp... ;))

Assalamualaikum...


Hahaha...
Ni apo hal lak dok tayang gambar kobau ni...
Nak kata untuk buat korban, raya haji dah lepas dah...
Nak kata untuk buat aqiqah, dah buat dah dulu... =)
Nak kata untuk buat kenduri kawen...??
Oohhh.... TIDAKKKKK.....!!!
Den lari dulu... muahahahahaha...

Huuiisshhh... Menjoling lak dio haaiihhh... Tarik ekor tu kang... =))


Meh nak cerita jap...
ahakkss...

Semalam kan.. Aku cuba la buat kuih cakar ayam. Sebelum tu, aku ada makan kuih tu masa beli kat UB hari tu. Tapi kuih yang aku beli tu tersangatlah kerasnya. Mujur rasa dia agak sedap.. ngehngehngeh..

Aku bagitau kat mak aku yang aku nak cuba buat sendiri cakar ayam tu. Maka, mak akupun beli la keledek. Pastu aku suruh abang aku tolong belikan gula merah. Kiranya semua bahan dah ada la kan.. Aku ada jugak google resepi kuih ni tapi macam pelik je resepi dorang tu. Hehhh...., belum cuba lagi resepi tu dah pandai-pandai buat penilaian... ;))

Sebelum masuk waktu maghrib tu, aku cuba la buat barang 6 ketul cakar ayam ni. Mula-mula aku sagat keledek tu. Semangat ni menyagat, tambahan pulak guna sagat arwah abah aku punya... sagat masa dia dalam askar dulu. Lepas sagat, kualipun dah mula panas, terus je masukkan barang sejemput keledek sagat tu kat dalam kuali. Pastu masukkan pulak barang dua sudu gula merah. Godek-godek, gaul-gaul, kepit-kepit kat dalam kuali tu. Mula-mula api tu slow la sangat. Apa lagi, besarkan sikit. Tup-tup anak sedara gegurl sorang tu masuk dapur...

Dia: Indok masak apa ni..?
Aku: Cakar ayam..
Dia: Apsal bau hangus je..?
Aku: Api besar tadi, hangit la dia... Mehh tolong indok jap...

Dan diapun tolong la bentukkan kuih tu dengan garfu... Aku ajar la camne nak buat... Bila kuih tu dah agak sejuk, aku suruh la dia rasa...

Dia: Wekkk.... wekkkk.... wekkkk....
Aku: Apsal..?
Dia: Wekkk... pahit laa... wekkk...
Aku: Kehkehkeh... Dah itam, memang la pahit... kihkihkih... Cuba makan yang ni lak..

Dia ambil seketul cakar ayam yang sudah mula mengeras. Aku tolong patahkan sebab kuih tu liat. Pastu sama-sama mengunyah...

Dia: emmmm... sedappp...
Aku: Sedap kan... **kembang kempis hidong... =D

Dan...
Tadaaaaaaaaaaa.......!!!!
Ni la hasilnya...
Kuih cakar kobau yang aku buat...
Kehkehkeh....
:
:
:
:
V


Aku ingatkan takde siapa yang nak makan kuih yang keras berdentung ni. Tup-tup bila terjaga tengah malam tadi, tengok kuih tu dah hilang. So, pagi ni (tak sabar nak tau ni), aku tanya la mak aku siapa yang makan kuih tu. Pastu mak aku jawab...

"Omak yang makan..."

Hahahaha... Kalau big boss tak komplen, korang lagi la jangan nak komplen okay... ekekekeke...

Siapa nak resepi cakar ayam ni, boleh tengok kat sini... tapi aku tak buat ikut resepi ni. Aku buat ikut resepi sendiri, main bantai je... hahaha...

Aku kata: UB = Ulu Bendol.... ahakkksss...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UPDATE...!!!

Ni hasilnya yang aku buat pagi tadi...
Dengan bantuan dari anak sedara comel yang semalam tu...
Berjaya jugak membuat cakar ayam...
Konpem kobau nangeh guling-guling kalau tengok ni...
Hahahaha...


Moralnya: Jangan mudah putus asa. Jika percubaan pertama gagal, cuba lagi untuk kali yang kedua dan seterusnya. Insyaallah, pasti berjaya... Bila dah berjaya, konpem ramai yang suka dan melekat... ;))

Wednesday, December 1, 2010

TIN KOSONG: Kuat bunyi sebab takde isi... :-)

Assalamualaikum...

Sekadar tempek gambar je ni...
Testing kamera enpon baru... **jobo ehh lak haiihh... ;))
Malas la pulak nak menaip cerita yang panjang berjela..
Rajin pulak keluar rumah selepas hujan berhenti... =D

Klik sana... klik sini...
Sambil tersipu-sipu malu..
Asal ada je orang lalu, terus sorok enpon kat dalam poket seluar... ngehngehngeh...
Line clear, klik balik semula...
Macam mana la nak join team TERJAH ni...
Haaisshh... Ruginya.... =)

Layan...

Ros kampung. Berbau harum dan tahan lama. Tidak seperti ros kacukan yang takde bau dan mudah layu.. =)


Sebelum mekar...


Selepas mengembang... Cantik tak bunga ni..?


Selepas hujan... Ada orang kata ni gambar pisang keling... Padahal ni adalah tunggul pokok okid liar... hahaha... **Pisang keling tu cmner..?


Kalau tak kenal yang ni, tak tau la apo nak dikato... Bagi penampar boleh..??


Menundukkan wajah tanda bersyukur disirami hujan... Alhamdulillah...


Seksi...!!!


Bunga raya... Cantik sangat spesis ni... Sebelah kiri tu kawasan rumah kampung aku...


Aku kata: Jobo = eksen = berlagak giler.. Dan jobo tu bukannya jubur/dubur yaa... Tak baik tau mencarut.. Apa lagi menjolok... :)

Sunday, November 28, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Episod 1.. :-)

Assalamualaikum.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR: Episod 1.. :-)


Minggu lepas aku balik Nilai. Pastu malamnya pergi JJS2 dengan family abang aku. Kakak ipar nak cari seluar untuk anak dia, aku lak hanya sekadar mengikut je. Tapi sebelum balik Nilai lagi aku dah cakap dah kat mak aku yang aku nak beli enpon baru sebab enpon aku rosak. Lagipun enpon yang rosak tu dah lebih dari 4 tahun aku guna. Kalau orang lain setahun guna/beli sampai 5/6 enpon, aku lak hanya ada satu enpon untuk jangka masa 4 tahun. Kiranya berbaloi la kalau nak beli yang baru.. kan... Mak akupun takde la bising masa aku mintak duit kat dia... Terima kasih mak... =)


Mula-mula aku plan nak beli enpon paling murah je. Selebihnya aku nak beli kamera digital. Tup-tup bila sampai je kat JJ tu, terus nampak kedai jual enpon. Skodeng je dulu. Cari-cari jugak kedai jual kamera tapi tak nampak lak. Lagipun pergi hari malam, semuanya nak cepat. So, lepas akak ipar aku siap membeli, aku singgah balik kat kedai enpon tu. Belek-belek, tanya-tanya, bajet-bajet duit, lekat la kat satu enpon tu. Angkat sebiji enpon yang ada kamera dan batalkan niat nak beli kamera digital. Buat apa banyak-banyak kamera, aku bukannya jurugambar... Aku beli enpon Nokia E5. Ranap jugak hampir seribu sebab enpon jenis ni baru lagi berada di pasaran.


Gambar kitar semula.. Keadaan rumah yang sedang menghitung hari untuk rebah... Ehh... ada busut laa kat bawah rumah tu... ^__^


Hari Selasa pulak, aku balik kampung. Tengok kawasan tapak rumah. Rumah kat kampung tu memang dah dirobohkan. Lagipun rumah tu memang dah uzur sangat dah.. Buat masa ni tak tau lagi nak buat apa kat tanah tu. Nak buat rumah baru, mana nak cekau bajet. Lain la kalau aku boleh buat loan. Orang tak kerja macam aku ni mana boleh buat loan... kann... Nampak gayanya, jadi hutan banat la kawasan rumah kampung tu nanti... :(


Hilang dah rumahnya... Huhuhu... Ni gambar yang aku ambil masa balik kampung hari tu (23/11/2010). Testing kamera enpon sampai mak aku cakap 'montang-montang la dah ado enpon baru'... :P


Sempat lagi memposingkan diri. Saje je budak tu angkat kaki nak tayang kasut yang baru beli kat JJS2.. Aku belikan untuk dia... =D


Dua beradik yang pandai bodek... Kihkihkih...


Kat belakang tu tapak rumah nenek sedara aku yang juga telah dirobohkan... Satu kawasan ada dua rumah...


Selesai je urusan melawat tapak kawasan, kitorang berangkat ke rumah mak cik (sepupu mak aku) kat Bukit Chedang pulak. Mak aku ada hal dengan dia. Pastu pergi pulak ke rumah mak cik (adik ipar mak aku) sorang lagi, kat area situ jugak. So dapat la jumpa balik dengan sepupu yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Kat rumah tu jugak aku jumpa 'pakwe' yang sangat gebu dan ensem... =))


Ensem kannn... ;;)


Berhenti kat sini dulu la. Ingat nak sumbat je semua cerita kat dalam satu post, tapi disebabkan line streamyx sangat menguji ketahanan iman dan keceluparan mulut, maka terpaksalah buat dalam episod yang lain lak... Itupun kalau ada kesinambungan dari cerita ini... =D


p/s: Line sangat teruk. Nak upload gambar je sampai berjam-jam. Pastu hilang terus. Kalau dah line asyik on and off je, camner nak update blog... Dah la blog ni lemau je... ^__*

Monday, November 22, 2010

BE...??

Assalamualaikum...


Wehhh....
Aku dapat BE la...
Kehkehkeh...
BE tu adalah Buffered Earnings...
Dari Nuffnang la ni... kann...
Thank you Nuffnang...
Lebiu laa... =D

Sebenarnya aku bukan tau sangat pasal BE ni...
Eksen je lebih, macam tau je... kehkehkeh...
Baru hari ni aku perasan ada keluar kat page Nuffnang aku tu...
Mungkin dulu dah pernah keluar... Agaknya la kot... =)

Aku nak tanya sikit ni...
Harap ada yang sudi jawab yaa... :-)
Iklan-iklan dari BE ni nak kena klik jugak ke...?
Ke memang otomatik dapat earnings..?

Takde yang nak jawab ehh..?
Okay la, aku jawab sendiri aje la ya... =)))

Jawapan aku...
Ikut la haaiihh...
Kalau dapat tu, kira rezeki la tu kan...
Walaupun tanpa klik... =D
Kalau tak dapat tu maknanya takde rezeki la...
Walaupun ada yang sudi mengklik... =))
Semuanya adalah atas nama rezeki masing-masing....


Buffered Earnings
Buffered earnings are earnings for metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends
CAMPAIGN NAMEBLOGCTR
BONUS
CURRENT EARNINGCTR
CIMB Clicks Pay and Win SSLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...+RM 0.15RM 0.612.02%
BVI Rapunzel LRLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...+RM 0.26RM 1.051.18%



Aku kata: Harap-harap makin bertambah la earnings aku ni. Sedih je bile tengok earnings aku tak naik-naik. Kalau naikpun ciput je... Tak macam orang lain, sekali dapat cek sampai beratus-ratus. Aku nak dapat 50henggetpun berpeluh ketiak... huhuhu...

Sunday, November 21, 2010

BERSABAR BILA SAKIT... HILANG SABAR BILA DISAKITI...

Assalamualaikum...

Penyakit lama aku datang balik...
Tapak tangan kiri aku krem... dan sakit sangat...
Tak boleh nak menggenggam...
Nak pegang gelaspun tak boleh...
Mulalah rasa nak menangis je...
Memang dah nangis dah pun... huhuhu...
Menangis sorang-sorang je la... Tak bagi orang nampak.. =)
Aku rasa mungkin sebab aku tersalah makan...
Takpun terlebih makan.... ahakkk...

Sabar aje laa... =D

Sebenarnya aku dah lama tak makan daging lembu...
Apa lagi organ dalamannya macam hati, perut atau paru...
Tapi raya korban baru-baru ni aku makan la sikit hati tu..
Dagingpun aku makan jugak..
Dah mak aku masak, takkan la aku nak tengok je... kannn...
Tambah pulak semua tu kegemaran aku..
Lebih-lebih lagi kalau daging fresh tu dibuat 'lompap'...
Gulpppp... Sehingga menelan air liur dibuatnya...

Sabar aje la... =D

Sekarang ni nak menjahitpun tak boleh... Stop dulu...
Dengan sakit pinggang tak hilang lagi...
Rasanya dah malas dah nak buat kerja rumah...
Kalau tak buat, siapa pulak yang nak buat?
Bab memasak ni mak aku yang selalunya buat...
Aku tolong mana yang perlu je...
Mujur ipar aku turut menolong... Ringan la sikit beban.. :'p
Dah anak-anak dia nak makan, kena la rajin membantu di dapur... Ya tak..?
Tapi bab-bab mengemas, menyapu, mengemop ni semua aku yang kena setelkan...
Orang lain tolong jugak laa...
Tolong sepahkan... Tolong serabutkan... Tolong tengok...
Tensen giler aku...

Sabar aje laa... =D

Kadang-kadang aku rasa macam nak lari je dari rumah ni...
Dah rasa macam orang gaji je...
Orang lain yang buat sepah...
Aku jadi tukang kemas..
Orang lain yang serabutkan kain baju yang dah siap bersusun rapi...
Aku yang jadi tukang lipat dan susun semula...
Penat dah mulut membebel...
Kadang-kadang bebelan tu bertukar menjadi makian...

Sabar aje laa... =D

Sebab apa..?
Sebab sakit hati laa...
Bila hati dah sakit, aku buat tak tahu je dengan semua benda..
Lantak la rumah nak tunggang terbalikpun..
Lantak la kalau pinggan mangkuk penuh dalam sinki...
Lantak la nak jadi apapun.. Aku tak ambil tahu...

Dalam apa-apa hal, aku yang selalu dipersalahkan...
Kadang-kadang hilang jugak sabar aku ni..
Dulu kadang-kadang je hilang sabar ni...
Tapi sekarang takde nak sabar-sabar lagi dah...
Takde masa dah aku nak kontrol rasa geram aku tu...
Aku tempik je...!!
Peduli la kalau ada yang nak terasa hati ke... kecik hati ke... apa ke...
Hati orang je yang aku nak jaga...
Hati aku camner lak..?
Pigiiidaaahhh...

Sabar aje la... =D


Aku kata: Bila dah sakit, semua isu turut berbangkit... Itupun masih ada lagi orang yang buat-buat tak faham dengan masalah kita. Nak sabar lagi ke dengan orang macam ni..? Entah laa... Sabar aje laa.... =D

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)