Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

BIAR LA...!!! BIAR LA DIA...!!!

Assalamualaikum...

Ada orang yang suka sangat bercerita pasal pakwe atau makwe dia..
BIAR LA DIA..!!!

Ada orang yang suka meleser sampai subuh...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang hobinya suka main kayu tiga...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang suka menipu dengan pelbagai cara...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang kerja dia asyik nak mengumpat je...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang nak jadi penyanyi walaupun ada degree...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang suka pakai baju tak cukup kain...
BIAR LA DIA...!!!


Ada orang yang suka sangat bergaduh tanpa sebab...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang suka cantas-mencantas...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang begitu taksub dengan judi...
BIAR LA DIA...!!!

Itu antara beberapa contoh yang selalu kita dengar dan kadang-kadang kita buat. Persoalannya adalah wajarkah kita menjawab begitu..? Atau menerima jawapan sebegitu..? Walaupun jawapan tu pendek je, BIAR LA atau BIAR LA DIA, namun ianya seolah-olah menggambarkan bahawa kita mempunyai sikap tidak suka ditegur atau tidak suka menegur...

Kita mungkin berkata BIAR LA DIA atas beberapa faktor seperti orang tu bukan kita kenalpun, orang tu bukan adik beradik kita, orang tu bukannya kawan kita, ataupun lantak dia la, buat apa kita nak masuk campur urusan orang.. kan... BIAR LA...


Namun begitu, jika sesuatu perkara itu diajukan kepada kita, atau ahli keluarga kita, atau kawan-kawan rapat kita, kita juga mungkin akan memberikan jawapan yang sama... BIAR LA ataupun BIAR LA DIA, yang ko menyibuk tu apsal..??

Bagaimana jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada kita? Contohnya bila anak kita kena dera sehingga mengalami kecacatan kekal, adakah kita akan menjawab BIAR LA DIA untuk anak kita tu, ataupun untuk orang yang mendera anak kita tu? Tentu sekali tidak..

Aku kata: Kadang-kadang sakit hati jugak bila kita menegur orang atas beberapa sebab, orang tu pulak menjawab BIAR LA..!!! Jawapan yang sangat pendek namun cukup memberikan kesan mendalam di hati...!

Wednesday, February 16, 2011

JOM PERGI MELAKA, NAK TAK....??

Assalamualaikum....

Jom pergi Melaka, nak tak....??

Ada apa kat Melaka tu...??
Ada cencalok maaa....
Katanya cencalok Melaka tu best of the world...
Tak tau la pulak sebab aku tak makan cencalok ni...

Tapi yang paling best sebab ada ni haa....

Tadaaaaaaaa.....

V
V
V
V
V
Shah Rukh Khan Jalani Penggambaran 'Don 2' di Melaka

Datuk Shah Rukh Khan di sungai Udang, Melaka untuk penggambaran filem Don 2, Selasa. - Foto The Star oleh A. MALEX YAHYA

MELAKA: "Sebelum ini saya telah berjanji untuk kembali ke sini dan jalani penggambaran filem dan sekarang saya di sini," kata artis sensasi Bollywood Shah Rukh Khan.

Dianugerahi gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka selepas kunjungan terakhir pada Disember 2008, Datuk Shah kini berada di Melaka untuk menjalani penggambaran filem barunya Don 2, susulan filem Don: The Chase Begins yang dihasilkan pada 2006.

"Kami memulakan penggambaran beberapa hari yang lepas dan akan berada di sini antara dua dan tiga hari untuk penggambaran bahagian awal filem ini," katanya kepada pemberita di Sungai Udang di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, isterinya Datin Seri Asmah Abdul Rahman dan dua orang produser filem itu, Ritesh Sidhwani dan Farhan Akhtar.

Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi dipilih sebagai lokasi untuk penggambaran filem ini yang turut disertai 140 kru filem dan akan berakhir di Berlin, Jerman.

Filem arahan Farhan Aktar itu dijangka dipasarkan di 32 negara pada Disember depan. - BERNAMA


Aku kata: Kabhie Kushi Kabhie Ghammmmmmmm....

FRINGGG...!!! TUKAR SUDAAAA....!

Assalamualaikum...


Friiinnngggggggggg.....!!!

Tukar sudaaaaaaa....!!!




Sekarang tiada lagi Lemak Cili Padi...

Kini ianya sudah bertukar menjadi CCA iaitu Corat-coret Cik Azz...

Ingat CCA, ingat Cik Azz tau.... kehkehkeh...


Ehh...

Kak Azz juga sudah bertukar menjadi Cik Azz...

Kenapa pulak tukar ehh..??

Takde apa-apa... Saje je..




Ehh...

Ada sebabnya...

Tapi biarlah rahsia...


Mana-mana yang dah biasa panggil aku Kak Azz tu, teruskan aje...

Tak apa, aku tak marah haaiihhh...


Aku kata: Peace no war...
CCCA tukar kepada CCA.... Macam-macam pulak yang keluar bila google CCCA ni... haaiiihh....

TERINGIN NAK TUKAR, TAPI....??

Assalamualaikum...

Aku teringin nak tukar nama blog aku ni..
Tapi tak tau nak letak nama apa..
Rasanya macam dah tak sesuai je gunakan nama masakan padahal takdepun resepi kat sini. Kalau ada tu cuma seketul dua je...

Sebenarnya aku tak rajin google nama blog sendiri ni. Aku tak taupun blog aku ni duduk kat page yang keberapa. Pada aku, aku berblogging hanyalah untuk suka-suka je. Melepaskan tekanan. Mencari kekuatan melalui pengalaman sesama bloggers. Mungkin sebab itu aku lebih suka masuk kat blog yang banyak bercerita tentang kehidupan mereka sehari-hari atau blog yang mempunyai info serta gambar yang menarik. Kadang-kadang aku tinggalkan komen walaupun pertama kali aku kenal blog tu. Tapi selalunya aku baca je, tiada komen sebab takut terlebih komen jadi tak elok pulak nanti. Selalunya aku komen pada blog yang aku dah biasa je...

Dua tiga hari ni aku cubalah google nama blog aku ni. Hasilnya, blog aku ni tersenarai kat first page bersama-sama dengan himpunan blog resepi. Duduk kat nombor enam pulak tu. Rasa macam tak adil pulak bila tengok situasi macam ni. Rasa seperti aku menipu pulak. Ye la, orang dok google resepi, tapi yang keluarnya tah apa-apa. Maaf la kepada sesiapa yang mencari resepi lemak cili padi, tapi yang dijumpai adalah blog picisan ni haa... Maaf sangat-sangat....

Jadi, aku rasa sudah sampai masanya untuk aku tukar nama blog ni kepada nama yang lebih ke arah diri aku sendiri. Lagipun dah dua tahun dah aku gunakan nama ni. Aku cuba-cuba jugak google beberapa nama yang aku berkenan, tapi semunya macam dah ada yang guna. Kalau boleh aku tak nak la nama baru blog aku nanti bertindih dengan nama blog orang lain. Nanti tak pasal-pasal dapat jolokan suka copycat pulak sampai nama blogpun nak copy orang lain punya... Haiiihhh, susah jugak nak cari idea ni rupanya... Pening 5 jam... haha...

Teringin nak tukar, tapi....??

Huwaarrgghhhhhh....!!!
Berhenti dulu la.. Makin difikir semakin pening...


Aku kata: Ada idea tak..?? Takde ehh..?? Kalau tak dapat jugak nama yang sesuai, maka terpaksalah aku kekalkan nama ni. Makin berganda-ganda kepeningan ini...

Tuesday, February 15, 2011

INSIDEN YANG TIDAK KITA JANGKA DAN SANGKA

Assalamualaikum...

Macam mana dengan hari cuti korang hari ni..?
Ada pergi kemana-mana tak?
Ke duduk kat rumah je macam aku..?
Ke pergi dating dengan buah hati tak rasmi?

Aku dari pagi tengok perarakan sambutan Maulidur Rasul kat TV1. Nak kata tengok dari mula tu nampak sangat la menipunya kan... Tapi masa dorang berarak ramai-ramai tu aku tengok la. Teringat zaman kecik dulu berarak macam tu jugak la menuju masjid.

Siapa yang tengok siaran langsung kat TV1 tu mesti perasan satu insiden yang berlaku tu kan.. Perasan tak? Ke tak tengok? Kalau tak tengok, mana nak perasan sebab dah tak tau apa-apa, ya tak..?

Bukannya apa, aku kesian sangat kat tetamu jemputan yang diundang untuk memperdengarkan bacaan kepada hadirin yang datang tu. Entah di mana silapnya, dia boleh tergolek masa nak duduk kat atas pentas tu. Mula-mula tu dah okay dah, tukang pimpin tangan diapun dah nak patah balik la. Tup-tup aku dengar bunyi mikrofon tu semacam je, macam terkena langgar sesuatu. Masa tu aku tengah menggosok baju kastemer, betul-betul mengadap skrin tv.

Astaghfirullaahal'azim...
Astaghfirullaahal'azim....
Astaghfirullaahal'azim....

Tiga kali berturut-turut aku beristighfar... Terkejut sungguh aku bila tengok orang tu dah terbaring sambil terkial-kial nak bangun untuk duduk kembali. Mujurlah petugas kat situ cepat-cepat datang membantu. Lepas tu aku tengok nafas dia turun naik dengan lajunya. Mungkin dia juga terkejut dan tidak menyangka akan insiden yang baru berlaku. Namun begitu, sebagai tetamu jemputan, dia teruskan juga pembacaannya walaupun pada permulaan bacaan tersebut, dia kelihatan sedikit gugup. Akhirnya, setelah beberapa minit (mungkin dalam 2/3 minit lepas tu), barulah dia nampak tenang je membaca surah yang menggunakan Braille.. Dan aku sangat-sangat terpana serta terpukul kerana dia yang buta penglihatan itu lebih bagus dan lancar bacaannya daripada aku yang celik ni..

Kepada pihak pengurusan atau sesiapa sahaja yang berdekatan dengan budak tu, tolonglah jangan marah dia. Ye la kan, majlis tu secara langsung dan disaksikan oleh orang kenamaan serta seluruh rakyat jelata. Selalunya begitulah, jika berlaku kecacatan atau kekurangan dalam sesuatu majlis tu, pasti akan ada pihak yang jadi mangsa, yang akan dipersalahkan. Tapi dalam kes ini, aku mohon sangat, janganlah marah atau kritik budak tu. Sememangnya dia tidak nampak wajah-wajah yang menyaksikan insiden tersebut, tapi kita yang menyaksikan insiden tu nampak perubahan wajah budak tersebut... Dan diapun tidak mahu perkara sebegitu berlaku.. Ampunkan dia. Maafkan dia...

Aku kata: Tersentuh hati ini...

DOA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT DAN MUDAH BERSALIN

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul 1432H untuk semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam peliharaan Allah.s.w.t..


  • Riwayat Ad-Dailami

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "

*************************
Tercipta satu lembaran sejarah,
Di Tanah Suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh syahadah,
Bermulalah sebuah kisah...

Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiul'awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah,
Lahirlah zuriat dan sa'adah..

Abdullah nama bapanya,
Siti Aminah ibunya,
Riang gembira menyambutnya,
Lahirlah putra yang utama...

Muhammad nama diberi,
Gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri,
Terima putra yang berbakti...

Keadaan yatim anak mulia,
Lahirnya bawa cahaya,
Alam derita jadi gembira,
Terima junjungan mulia...


================================

Bersama-sama ini aku sertakan doa untuk memudahkan bersalin (selusuh) bagi wanita/ibu yang hampir melahirkan anak. Doa ini adalah dari Surah Al-Hasyr ayat 21-24...

Untuk selusuh, boleh dibacakan doa ini pada minyak kelapa sekali atau tiga kali. Kemudian, disapukan minyak tersebut ke perut perempuan/ibu yang hampir bersalin. Insyaallah, mudahlah dia melahirkan anak nanti.


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢) هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣) هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤)


Maksud ayat:

(21)
Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu kyusuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah) misal-misal perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

(22)
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata. Dialah yang amat pemurah lagi amat mengasihani.

(23)
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang menguasai (sekalian alam) yang maha suci. Yang maha selamat sejahtera (dari segala kekurangan) yang melimpahkan keamanan. Yang maha pengawal serta pengawas.Yang maha kuasa. Yang maha kuat. Yang melengkapi segala kebesarannya. Maha suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

(24)
Dialah Allah, yang menciptakan sekalian makhluk. Yang mengadakan (dari tiada kepada ada), yang membentuk rupa (makhluk-makhluknya menurut yang dikehendakinya), bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang tidak ada tolok bandingannya, lagi amat bijaksana.

FATIHAH untuk mendapatkan zuriat:

Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapatkan zuriat, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fatihah sebagaimana peraturan seperti di bawah ini:

Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang pula bilangannya (1 hari = 41 kali bacaan). Masanya adalah di antara subuh dan fardhu Subuh. Insyaallah akan mendapat zuriat yang soleh dan baik.

Sumber rujukan adalah dari buku Soal Jawab Fardhu 'Ain dan Amalan Keluarga Bahagia susunan Ustazah Hjh. Raimah Kamat dan Ustazah Fazilah Ahmad yang disemak oleh Tuan Hj. Morsid Hj, Maarof Al-Qadhi. (Aku hanya berkongsikan artikel ni sahaja ya. Jangan tanya aku apa-apa sebab aku tak tau nak jawab. Tanyalah pada Ustazah/Ustaz yang bertauliah. Terima kasih)

Aku kata: Ramai betul orang Islam yang kena cekup berkhalwat malam tadi. Masa buat "kerja", takde pulak nak cover-cover badan/muka masing-masing. Bila dah kena cekup, pandai pulak cover muka tu.

**Jauhilah perkara maksiat ini daripada kaum keluargaku Ya Allah, dan kepada diriku juga...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)