Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 1, 2011

Terapi minda dengan membuat header blog...

Assalamualaikum...

Terapi minda dengan membuat header blog...

Maaf, aku takde mood nak membuat entri baru. Lagipun, buat masa ni aku takde cerita untuk dikongsi bersama. Tambah-tambah lagi hari ni merupakan hari pertama berpuasa. Konon-kononnya otak jammed la nak cari idea.. kehkehkeh.. Esok lusa tu tak tau lagi la.. Kalau ada idea, aku mulalah merapu macam biasa.. Kalau takde idea tu, aku dok senyap je la.. :P

Sekarang ni, aku sedang cuba membuat header sendiri. Biarlah isi blog tak best asalkan header cun... hakhakhak. Perasan je. Header blog aku ni dah macam header blog kanak-kanak ribena je ni.. Apa salahnya, ya tak? Sekali-sekala nak jugak jadi macam budak-budak.. :D










Okay la, aku nak sambung menjahit.. Kalau boring menjahit, aku sambung buat header lagi.. hahaha.. Jangan sampai tak siap baju kastemer aku dah la.. hikkk...

p/s: Sakit ponggong duduk lama-lama ni. Macam mana la gamaknya orang yang kerja dia memang duduk je sepanjang hari.. Mau berasap ponggong tu agaknya... kihkihkih...

Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN al-MUBARAK...

Assalamualaikum...

SALAM RAMADHAN al-MUBARAK...

Di kesempatan ini, ingin saya memohon ampun dan maaf seandainya ada kesilapan atau kesalahan terutamanya melalui penulisan di kesemua blog saya, mahupun komen-komen yang saya jawab dan tinggalkan.. 


Sesungguhnya, semua kesilapan tersebut adalah datangnya dari diri saya sendiri dan tidaklah saya berniat untuk menyalahkan sesiapa..


Sama-samalah kita hafal balik niat untuk berpuasa dan berbuka puasa ni. Mana la tau kalau-kalau dah terlupa pulak... hehehe..




Kurangkan berborak benda-benda yang tak berfaedah masa berpuasa nanti ya.. Lepas berbuka tu, ikut sukahati masing-masing la nak buat apa.. huhuhu.. 


p/s: Sekadar berkongsi mana yang aku tau je.. Aku bukannya ustazah yang pandai dalam bab-bab sebegini..

Saturday, July 30, 2011

Maaf, saya sibuk..

Assalamualaikum...

Maaf, saya sibuk..

Aku dah mula menjahit baju-baju raya. Sebenarnya dah jahit dah beberapa pasang. Cuma sekarang ni nak lebih fokus pada kerja... :P 

Apa selama ni ko tak fokus ke..?
Fokus tu fokus la, tapi lebih fokus mengadap benda lain...
Kehkehkeh...
Tapi sekarang ni, stop sekejap mengadap benda tu.. :)

Menunggu giliran untuk dijahit dan jahit tepi...

Antara baju yang dah siap dijahit.. Tinggal finishing je...

Kain batik sutera ni menyeramkan untuk aku memotongnya. Tengok harga kat kain tu je dah buat aku gigil. Mujurlah dah selamat dijahit dah...

Ada kastemer baru datang nak suruh jahitkan baju raya dia. Bila aku tanya berapa pasang dia nak hantar, dia kata dia nak cepat dalam dua tiga hari. Maaf la ya, aku dahulukan baju-baju regular customer aku.. 

p/s: Hehehe... Takde apa-apa la.. Saja je nak buat senaman mulut... ♫♪♪♫♫♪♪♫

Friday, July 29, 2011

Tengok demo kawen, kawe pong ghaso nok kawen jugok... =))

Assalamualaikum...

Tengok demo kawen, kawe pong ghaso nok kawen jugok... =))

Kawe nok bini...
Demo nok bini...
Kawe nok bini...
Demo nok bini...

Ni lagu yang sesuai untuk orang lelaki yang teruja sangat nak kawen. Ada sesetengah daripada dorang tu, asal tengok je kawan dia kawen, mulalah diapun teringin nak kawen jugak. Ingat teringin nak kawen tu macam teringin nak makan nasi lemak ke..? Malas nak cakap banyak la.. Nanti tak pasal-pasal ada pulak yang melenting kat aku, kannnn... Lepas tu ada pulak yang buat entry balas yang berselindung di sebalik keyboard.. huhuhu...

Akibat selalu sangat dengar Gegar Capsule, bermacam-macam lagu etnik yang tak pernah aku dengar, dapat aku dengar. Lepas tu, tersuka pulak dengan satu lagu ni... Boleh layan gak lagu ni walaupun aku tak berapa nok pehe demo kecek gapo.. 

Sedap jugak suara penyanyi yang ada janggut sejemput tu.. Lemak merdu lagi berkrim.. :-)
**Tak tau nama dia.. 

Kawe dok pehe...
Kawe dok pehe...
Kawe dok pehe...
Kawe dok pehe... huhuhu..
Ehh, aku meme dok Pehe lo ni... hahaha...

** Kawe dok pehe = Aku tak faham..
** Meme dok Pehe lo ni = Memang duduk Pahang sekarang ni..

p/s: Payah jugak kalau tak faham loghat negeri lain ni... Beruntung la pada mereka yang ada loghat tersendiri, lebih-lebih lagi mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak juga Brunei..

**Lirik penuh lagu ni ada kat sini untuk memudahkan kefahaman. Thanx to Novelis Sharina Elisa sebab tolong carikan link.. :-)

Thursday, July 28, 2011

Yang remeh-temeh...

Assalamualaikum...

Yang remeh-temeh...

Semua benda nak dijadikan isu...
Semua benda nak dibahaskan..

Kadang-kadang dah naik rimas dengan pelbagai benda yang remeh-temeh ni. Tapi tu la, selalunya benda yang kita anggap remeh-temeh ni la yang menjadi punca kepada sesuatu perkara. Malahan, adakalanya meleret-leret sehingga mencetuskan satu musibah la pulak.. 

Ada mata, pandang..
Ada telinga, dengar..
Ada mulut, diam..
Ada tangan, garu... Ada kaki, goyang..

Ada otak, pakai..
Ada akal, pakai..
Ada bijak, gadai..
Ada mata, pejam.. Ada mulut, diam...



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Pasal minum air berapa gelas seharipun boleh dijadikan isu...
Ehh, suka hati dia la nak minum berapa banyak air pun, kann....
Hahahaha....

SELAMA ini doktor atau pakar diet menasihatkan orang ramai meminum sekurang-kurangnya 1.2 liter atau enam hingga lapan gelas air sehari bagi memastikan kesihatan badan terus berkekalan.
Malah, bahan kimia yang digunakan untuk menyah jangkitan kuman dalam air botol juga tidak elok untuk kesihatan.
Namun baru-baru ini, seorang doktor dari Glasgow, Margaret McCartney menafikan perkara tersebut sebaliknya menganggap ia sebagai tidak masuk akal.
Setakat mana rasional pandangan McCartney dan bagaimanapun pakar-pakar lain memberi respons terhadap 
pandangannya itu.
Beliau menjelaskan, wujud kajian yang menunjukkan meminum air ketika tidak dahaga, boleh mengganggu daya penumpuan seseorang.



p/s: Yang remeh dan yang temeh, berlegar di sekelilingmu... Buatlah... Buatlah... Buatlah tak tahu.. Tepuklah.. Tepuklah... Tepuklah tanganmu.. :)

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5: Cian kat dia...

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #5: Cian kat dia... 

:
:
:
:
:
:
:
V


Akupun peminat MU gak.. 
Tapi takde la aku nak melenting bila ada yang buat provokasi macam ni..
Kreatif sungguh dorang ni... hehe...

p/s: Sempena menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak ni, aku mohon ampun dan maaf kepada semua umat manusia di dunia ini.. Jika ada tersalah bahasa, terlanjur bicara, terlampau berani memberi komen atau pendapat atau apa sahaja yang berkaitan, harap dapat dimaafkan... Aku juga memaafkan anda semua kerana aku inginkan ketenangan dijiwa.. :-)


Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)