Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

Budaya bodek-membodek..

Assalamualaikum....

Budaya bodek-membodek...

Aku paling tak suka dengan budaya bodek-membodek ni...
Entah la, tak reti aku nak membodek segala...
Mungkin sebab itu aku kurang disenangi... 
Orang tak suka aku sebab aku tak pandai nak bodek dorang...
Ohh maiii kambing hitam.... 

Bagi aku, orang yang suka membodek ni pemalas orangnya...
Manakala orang yang suka dibodek tu angkuh sifatnya...
Gara-gara membodek, sanggup menidakkan benda yang betul...
Apa kehey....!

Teringat kisah bodek-membodek masa kerja dulu...
Bila diingat balik, sakit hati jadinya...

Ada orang tu, kerjanya tak seberapa tapi gajinya lebih tinggi... Banyak main, jalan-jalan keliling department, borak-borak sesama staff, macam takde kerja nak buat... Kerjanya main angguk dan mengiakan je apa yang boss cakap... Kalau boss panggil, cepat je datang, nak terkucilpun sanggup tahan.. Tapi bila operator panggil sebab barang kehabisan stok, jalan punya la lembab macam tak makan setahun... Sangat membosankan... Banyak lagi contoh lain tapi tak perlulah nak cerita semua secara terperinci... Sikit-sikit sudah laa.. ehehh...

Aku kalau nak bodekpun dengan budak-budak bawah umur je, yang masih tak boleh nak berfikir... Nak suruh budak-budak ni jadi rajin mengemas dan membaca bukan perkara mudah... Terpaksa digula-gulakan... Terpaksa cakap dorang cantik, lawa, pandai, ensem, apa saja la asalkan dorang teruja dan tersenyum malu.. Banyak kecundang dari berjaya yang menunjukkan bahawa aku memang tidak pandai membodek.. haha...

Pada aku, itu bukannya membodek... Itu lebih kepada permainan psikologi... Cara kita mengajar dorang lebih bersikap bertanggungjawab... Walaupun kadang-kadang terpaksa umpan dengan aiskrim... hehehe... Lagipun, bodek budak-budak bukannya dapat apapun, kan... Buatnya dorang demand yang bukan-bukan, rabak poket woiii... haha...

Orang yang kuat membodek ni hatinya tak akan pernah tenang... Percayalah... Orang yang suka dibodekpun bawak-bawaklah sedar diri.. Tak akan selamanya orang nak bodek awak je.. Masa awak kat atas, memang la ramai yang membodek sebab awak ada segala-galanya.. Namun bila awak dah jatuh, jangan harap la orang nak bodek awak lagi.. Makin ramai yang membidik ada la... Berwaspadalah selalu dengan budaya yang tak sihat ni...


p/s: Henti-hentikanlah membodek.... Tak rasa bersalah ke jika rezeki yang dibelanjakan itu datangnya dari hasil bodek-membodek...? 

Wednesday, December 5, 2012

Synchronize sleeping... :D

Assalamualaikum...

Synchronize sleeping... :D

Dorang berdua ni kan, kalau dapat konker tilam terbang aku ni, memang dorang konker habis... 
Kalau tak dapat konker, habis la jari-jari kaki dan tangan aku kena ketip dek gigi dorang...
Dah la gigi masing-masing macam gigi pirana...
Punya la tajam...!!!
Tak padan dengan badan yang kecil...!
Gggrrrr.......!!!!




Nasib baik la korang ni agak comel...
Kalau tidak, aku yang gigit kaki korang, tau tak...
Hahahaha...

Yang kaler oren tu suka gigit-menggigit...
Pantang aku baring sikit, mula la dia cari jari kaki aku... haha...
Rasanya dia ni jantan... Tapi tak pasti sangat la... Konpius.. :)

Yang kaler hitam putih tu pulak suka panjat-memanjat...
Dia ni pompuan... kihkihkih....
Asal aku baring je, mula la dia panjat badan aku...
Aku bukan apa, takut terhimpit je...
Kang tak pasal-pasal kemek kena hempap tong deram... ehehh...

 Apa yang kau merapu ni labuuuuuuu.....!!! 
Hantam saja la labiiiiiii....!!!
Hahahaha....


p/s: Aku ni letih sebenarnya... Baru lepas berketuntang kat dapur sampai merembes peluh.. Tu yang meraban je tu... kehkehkeh....

Tuesday, December 4, 2012

Bunga Hati dan rangkaian Liza Zahira...

Assalamualaikum...

Bunga Hati dan rangkaian Liza Zahira...


"Aku tak ada anak cacat. Kalau dia mati masa kecil dulu, orang tak akan tahu aku ada anak cacat. Nenek kau yang nak bela dia. Perbuatan nenek kau tu menyebabkan aku malu dan tak ada orang pun yang nak kahwin dengan aku. Mereka takut aku bagi mereka anak cacat lagi..!"

Siapakah yang cacat...? Dengan siapa si ibu ni berlawan cakap...? Persoalan akan terjawab dengan membaca novel Bunga Hati ini... Bunga Hati ni merupakan karya terbaru daripada novelis Liza Zahira.. Novel ni pada aku sangat bagus kerana terdapat banyak scene yang menarik... Novel ni sebanyak 579 mukasurat sahaja.. Takde la tebal manapun, kan... ehehh....



Dapat dua penanda buku free... Yabeda beduuuuu....!!! Hahaha...


"Kau jangan beritahu mak kau. Kalau hal  ni bocor, aku kerjakan kau..!"
Siapakah yang berkata begini..? Kerja apa yang telah dia buat..? Nak tau lebih lanjut, kena la beli novel Bunga Hati ni... hihi...


"Kalau ya pun nak mengenakan saya, janganlah sekejam itu. Ada ke patut saya yang handsome ni jadi bapa tiri awak..?"
Siapakah pula yang perasan handsome ini? Dan kepada siapa ditujukan dialog di atas..? Sebab tu aku kata beli dan baca novel ni.. Bila dah baca, takde la tertanya-tanya lagi, kan.... kehkehkeh...


Ni lagu yang ada kat dalam novel ni.. Si hero menyanyikan lagu ni untuk heroin pujaan hati.. weeeeeeeeee....!!! Kiranya macam lagu background dia la.. Best jugak layan lagu ni sambil ingat dialog dalam cerita tu.. Terbuai-buai je hati ni... ehehh....



Bunga Hati dari kumpulan Naif...


Selepas membaca novel Bunga Hati ni, terus je aku gugel nama Liza Zahira. Sebenarnya aku tak pernahpun kenal dengan nama penulis ni.. Maaf banyak-banyak ya... huhuhu.. Lepas tu, terus aku daftar kat Karangkraf Mall untuk menjadi ahli dan membolehkan aku beli karya Liza Zahira yang terdahulu secara online.. *kopak weiii... huhuhu....

Dan baru sekejap tadi posmen datang dan bawakan apa yang aku order... Aku submit order pada hari Sabtu malam dan hari ni bungkusan novel tu dah sampai.. Cepatnya........!!! Suka aiii..... hehehe...





p/s: Ada satu karya Liza Zahira yang aku tak beli iaitu Seindah Sakura yang telahpun diadaptasikan ke dalam drama yang pernah disiarkan oleh TV3.. Kenapa aku tak beli..?? Sebab salah seorang daripada pelakun Seindah Sakura tu aku tak minat... Drama tu pun aku tak tengok... Tak payah tanya la siapa pelakun tu.. Kang tak pasal-pasal timbul kontroversi lak... ehehhh....

Monday, December 3, 2012

Whoops..! You're out of space...

Assalamualaikum...

Whoops..! You're out of space...

Tak cukup ruang nak masukkan gambar kat dalam entry...?
Pernah tak benda macam ni jadi kat korang..??




Haaa....!!
Aku dulu pernah kena macam ni..
Masa tu punya la gelabah sebab tak boleh nak letak gambar yang berkaitan dengan entry...
Puas dok cuba-cuba namun gambar masih tak lepas nak masuk...
Sudahnya, aku delete beberapa gambar yang ada kat dalam entry lama...
Tujuannya untuk dapatkan balik ruang yang kosong..

Masalah timbul bila gambar yang aku buang tu adalah gambar berkaitan tutorial..
Menggelabah aku nak buat semula gambar tu dan letakkan balik semula kat entry tertentu...
Kalau dah namanya tutorial, mestilah nak kena ada gambar berkaitan HTML, kan...
Kalau takde, apa gunanya buat penerangan panjang berjela...
Sedangkan tutorial bergambarpun ada yang tak boleh nak faham, inikan pulak tutorial tanpa gambar...

Bila dah delete gambar, nanti kat entry tu akan keluar gambar macam ni... ayoyoyo... haha...


Since that day*ecehhh...., akupun mula berfikir macam mana la nak masukkan gambar dalam entry tanpa perlu buang atau delete gambar yang sedia ada... Dah la aku ni jenis suka entry yang ada gambar.. Sambil membaca, sambil cuci mata... ehehh...


Cara pertama yang aku buat ialah:

Aku masukkan gambar yang aku nak post tu kat dalam fesbuk tapi aku setting-kan Option tu kepada Only Me macam gambar kat bawah ni... Sebab apa pilih Only Me..? Sebabmya, kalau boleh tak nak la gambar tu keluar dulu kat fesbuk.. Kalau nak masukkan dalam blog, biarlah gambar tu keluar kat blog dulu, lepas tu kalau rasa nak keluarkan kat fesbuk, tukar balik Only Me tu kepada Friends ataupun Public...

Tapi cara ni agak leceh sikit sebab kita kena selalu main tukar setting.. Buang masa maaa... :D



Manakala cara yang kedua pula ialah:

Aku create satu album kat fesbuk dan album tu aku set-kan sebagai private atau Only Me seperti gambar kat bawah ni.. Lepas tu nanti, aku cuma perlu copy and paste je gambar tadi ke dalam entry kat blog.. Hasilnya, gambar tu lepas masuk kat dalam entry walaupun tiada ruang yang kosong... Setakat ni, rasanya okay lagi cara yang aku buat ni.. Risau jugak kalau tiba-tiba je gambar tu crack..




Dan cara yang ketiga pula ialah:

Upload je semua gambar samada kat Flickr ataupun Photobucket. Set as private then copy and paste it into your entry.. Done.. :)


p/s: Boleh je kalau nak beli ruang yang lebih besar tapi aku ni malas la nak buang-buang duit kat situ... Susah woo nak cari duit.... Sakit pinggang dok gulung popia dan menjahit.. Daripada beli ruang tu, baik aku beli novel.. Berbaloi la jugak, kan... hehe...

Sunday, December 2, 2012

Baby G dan novel... :D

Assalamualaikum...

Baby G dan novel... :D

Baby G kononnnnnn.....!!!!
Wakakakaka....

Baby G tu stand for Baby Gebu dan Gemuk...
Tak tau nak letak nama apa dah...
Kehkehkeh...







Aku masih lagi membaca novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami ni...
Baru je mula...
Banyak kali berhenti...
Bukan sebab jalan cerita tak bagus, tapi sebab keadaan kepala yang sedikit pening...
Gara-gara lambat makan, perut dah penuh dengan angin, tapi nak jugak teruskan membaca..
Lepas tu angin naik ke kepala...
Lepas tu kepala terus jadi tinggggggg.... tongggggg....
Hehehe...

Tu yang biarkan je si Baby G ni dok panjat-panjat novel tu...
Tak larat nak melayan baca... hehe...







Aku dah selesai membaca novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi ni..
Tapi buat masa ni, aku belum lagi bersedia nak buat review untuk novel ni..
Nak kena baca lagi sekali kot sebab masa baca kali pertama ni, aku baca dalam keadaan separa sedar..
Jadinya, bila dah separa sedar tu, takut pulak nanti review yang bukan-bukan pulak yang keluar... hehe...
Secara umumnya, kedua-dua buah novel ni boleh dijadikan koleksi...
Masing-masing ada input yang tersendiri...







p/s: Sedang menanti kehadiran novel baru... Nampak gayanya hari-hari mendatang ni asyik pandang keluar je la nak tengok posmen datang... kihkihkih....

Saturday, December 1, 2012

Takde rezeki...

Assalamualaikum...

Takde rezeki... 

Sepatutnya hari ni (Jumaat), aku dah bergerak ke rumah kakak kat Nilai...
Hari Ahad ni ada dua pupu aku punya resepsi kat Pinggiran Tasik Cyberjaya...
Dah lama dah mak cik aku tu menjemput...
Sejak bulan May lagi...

Sejak hari tu, punya la beria-ia mak aku dok ingatkan tarikh tu...
Ye la, makcik tu cuma ada dua orang anak je...
Seorang perempuan, dah kawen, dah ada anak-anak...
Kali ni anak lelaki, yang bongsu pulak tu...
Tu yang mak aku nak pergi sangat tu...

Akupun nak pergi jugak..
Teringin jugak nak tengok majlis kawen kat tasik...
Aku tak tau la samada majlis tu kat tepi tasik ataupun tasik tu nama tempat tinggal makcik tu... hahaha...
Malas pulak nak menggugel peta... ehehh...

Memandangkan majlis tu hari Ahad, maka akupun mula la buat plan...
Aku ajak abang aku pergi ke jualan gudang Karangkraf kat Seksyen 15, Shah Alam pada hari Sabtu...
Abang aku kata, boleh je...
Maka, akupun mula la buat list novel yang nak dicari nanti...
Teruja sungguh ni sebab aku belum pernah lagi pergi ke jualan gudang ni...

Tup-tup tak jadi la pulak nak ke rumah kakak tu...
Mak aku tiba-tiba je kurang sihat...
Mungkin sebab takde selera nak makan menjadikan badan mak aku lemah...
Mungkin sebab banyak makan durian dan kurang minum air kosong...
Masa balik dari Nilai dua minggu lepas, mak aku dah mula batuk-batuk dah...
Mungkin sebab itu badan dia semakin lemah...

Harap-harap mak aku akan pulih seperti sediakala...
Tak dapat pergi jualan gudang tu pun takpe la, janji mak aku sihat...
Mungkin bukan rezeki aku untuk ke sana...
Kalau ada rezeki, lain kali boleh pergi..., ya tak...


p/s: Aku dah mula order novel secara online... Harap-harap jari aku tidak terbabas dalam meng-klik... huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)