Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 7, 2013

Senyum sampai telinga.. ✿◕ ‿ ◕✿

Assalamualaikum...

Senyum sampai telinga.. ✿◕ ‿ ◕✿


Alhamdulillah, misi nak bagi orang rasa roti ni berjaya.. Bagi rasa tu kira macam buat promosi la.. ehehh.. Bagi rasa bukannya seketul dua tau.. Bagi sampai satu bekas plastik yang besar tu.. Bagi enam ketul.. Dah orang tu ada keluarga, ada anak dan suami, tak kan la nak bagi seketul dua je, kan.. Agak-agak la kalau nak kedekut sekalipun.. Nak buat promosi mana boleh berkira sangat, kan... 


Kali ni aku gunakan loyang baru beli hari tu.. Pecah rekod sebab selalunya loyang tak cukup tapi kali ni loyang berlebihan. Aku dah siap griskan semua loyang empat segi ni, yang kecil dengan yang besar, tapi yang aku guna cuma lima buah loyang je.. Terpaksa la cuci semula loyang lebih yang bersapu marjerin tu.. adehh..










Lepas ni nak cuba buat yang pintal-pintal lak.. Harap-harap jari aku berseni la.. hehh..


p/s: Seperti biasa, resepi asas ada kat sini.. Cuma gula tu kalau tak nak manis, boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan sahaja..

Thursday, June 6, 2013

Perasan muda.. ahahh...

Assalamualaikum...

Perasan muda.. ahahh...


Konon-konon nak jadi budak-budak la kan.. Tu yang dok tukar nama blog tu.. Siap letak mata bulat lagi tu.. Pastu selit pulak bunga kat telinga.. Konon-konon bunga la tu, kan.. kehkehkeh...


Saje je aku ni.. Dah lama dah tak main tukar-tukar header ni.. Tu yang tetiba je gedik tu keluar balik tu.. Jangan muntah hijau dah la ya.. hakhakhak...


Disebabkan entry ni ciput sangat, maka aku tempekkan sekali beberapa buah novel yang sudah aku baca.. Keempat-empat buah novel ni aku suka jalan ceritanya.. Setiap novel ada keistimewaan tersendiri.. So, aku takde la nak buat review beria sangat untuk semua novel ni.. Sikit-sikit dah la.. Secara ringkas je..


Siapa yang rasa nak baca, just beli je la.. Kalau takut nak beli sebab takut tak kena dengan selera masing-masing, swap je dengan member lain.. Tapi kalau tanya aku, aku tak suka nak swap ataupun bagi orang lain pinjam atau baca novel aku.. Beli gadget mahal-mahal ada duit tapi tang novel, nak pinjam orang punya.. Banyak cantik..!




Sedetik Asmara karya Sarnia Yahya tu mengisahkan seorang isteri yang diceraikan suaminya setelah tiga bulan berkahwin. Sebelum berkahwin mereka dah berjanji akan berpisah kerana si suami tidak bersetuju dengan si isteri yang menjadi menantu pilihan ibunya sedangkan si suami tadi sudahpun mempunyai calonnya sendiri.. Mereka berpisah secara baik dan tidak bergaduh sebab mereka dah kenal sejak kecil lagi..

Bagaimana kesudahan ceritanya, beli la.. Lepas beli tu, baca. hahaha...


Maafkan Abang karya Eyla Hime itu pula mengisahkan isteri yang menjadi mangsa dera suami dan mak mertuanya. Disebabkan satu rahsia yang disimpan, si isteri tadi sanggup menjadi mangsa dera dan akhirnya dia dirogol oleh dalang di sebalik rahsia itu.. Kurang ajar punya jantan..!!!


Cerita ni sedih.. huhuhu.. Nak tau kesudahan cerita ni, tak reti-reti nak beli sendiri.. ahakk..




Mr. Sirap Bandung karya Nadra Yasmina dan Yang Manis karya Marissa (Qaseh Qaisara), kedua-duanya sangat menarik minat aku dan rasanya tak perlu aku nak buat review.. ehehh.. Marissa ni merupakan penulis novel Teduhan Kasih yang dijadikan drama yang sedang ditayangkan di TV3 sekarang ni.. Novel Teduhan Kasih tu sangat best.. hehh.. Manakala Nadra Yasmina pula adalah penulis novel Nasi Lemak Buah Bidara (aprilsnow) yang aku suka sangat tu.. 


p/s: Sekarang ni tak sempat nak baca novel sangat.. Asal baca je, mula la teringat kat baju raya kastemer.. huhuhu..

Wednesday, June 5, 2013

Epal Malaysia yang yummy... :D

Assalamualaikum...

Epal Malaysia yang yummy... :D


Jangan tak tau, kat rumah aku ada tanam pokok epal ni.. hahaha.. Sebenarnya bukan ditanam tapi pokok tu tumbuh sendiri.. Ajaib tak.. kehkehkeh...


Takde la, pokok ni memang tumbuh sendiri tapi bukannya pokok epal.. Sebenarnya ni pokok jambu bol atau nama saitifiknya ialah syzygium malaccense. Mungkin biji buah jambu ni dibawa dek burung dan jatuh kat kawasan belakang rumah aku.. Maka, tumbuh la pokok tadi hingga membesar dengan jayanya..


Pokoknya dah tinggi.. Maka buahpun susah nak ambil.. Yang masak ranum tu aku tengok dah berlubang-lubang dikerjakan dek tupai.. Bestnya jadi tupai.. hehh...


Rasa macam petik buah epal je.. kihkihkih...


Tak bawa plastik, so, gunakan kaedah zaman kanak-kanak dulu iaitu letak dalam baju..


Yang ni aku kait gunakan pengait daun pisang.. Mujur malam tadi hujan.. Jadi tanah tu takde la keras bila buah tu jatuh ke bawah..


Sedap dan lemak berkrim.. Lebih-lebih lagi yang merah tu... Ngences dibuatnya... haha...


p/s: Makanlah buah-buahan tempatan.. hehh..

Tuesday, June 4, 2013

Lain kali JANGAN la talipon...!!!

Assalamualaikum...

Lain kali JANGAN la talipon...!!!


Aku baru je dapat miscall dari nombor 03-26016400 ni.. Tengah aku dok menyapu beranda rumah aku ni, enpon aku berbunyi.. Terkejar-kejar la aku berlari.. Terus je aku tekan butang hijau.. Lepas je tekan, terus talian tu putus.. Terus rasa nak menyumpah berlori-lori.. Hampeh betul. Buat penat aku berlari je. Mujur aku tak tersungkur kat tangga..


Disebabkan geram tahap giga, aku cuba google nombor tu.. Hmm, rupa-rupanya ramai yang terkena dengan nombor ni.. Boleh cuba tengok kat link ni ya.. Macam-macam ada.. Menyusahkan betul laa.. ggrrr....!!!


Ada yang kata nombor tu dari telekom.. Nak suruh upgrade streamyx.. Boleh tengok komen-komen tu kat sini..


Kan dah marah dah... Haha, tak tau..!!!


p/s: Sangat tidak berkenan dengan gangguan macam ni.. huhuhu..

Bayar je, jangan banyak mulut.. huhu...

Assalamualaikum...

Bayar je, jangan banyak mulut.. huhu...


Adat orang membeli, mesti nak minta harga diskaun.. haha.. Akupun tak terkecuali jugak.. Maklum la kan, aku bukannya orang kaya yang duit berkepok-kepok.. Jadinya, bila boleh menawar, kitapun mintak la harga tu diturunkan sikit.. Dan sessi tawar-menawar ni bergantung jugak pada jenis barang yang nak dibeli.. Tak kan nak beli KFC pun mintak diskaun kot... ehehh..


So, semalam aku keluar ke bandar.. Tak rancangpun nak beli semua benda ni sebab benda ni memang dah lama nak beli tapi dek kekangan bajet, maka segalanya dibiarkan sepi.. *cehh, ayat macam ayat novel la pulak.. ahakk..


Entah macam mana, masa tunggu kakak ipar beli barang-barang dia, teringat pulak aku nak beli benda alah ni semua.. Dah la aku ni jenis susah nak keluar ke bandar. So, sementara dah teringat tu, apa salahnya beli je benda ni walaupun bajet amatlah terhad... huhuhu...


Dulu mak aku ada acuan bahulu tembaga yang berat tu tapi entah mana entah semua tu menghilang.. huhu..


Acuan bahulu tu sebuah harga dia RM9 dan batang besi tu harga dia RM13++.. Batang besi tu kata tokey tu digunakan untuk buat makanan Jepun tapi aku beli untuk canai roti.. Pencanai jenis kayu kat rumah aku tu panjang sangat.. Berat tau batang besi tu.. Boleh simpan bawah bantal untuk dijadikan sebagai senjata.. Jadi, jangan cuba-cuba buat lawak nak kacau aku masa tidur. Silap haribulan, ada kepala yang berlubang.. ahahh...


Mula-mula aku beli dulang pembakar tu empat buah je dengan harga RM15 untuk sebuah.. Pada aku dah okay dah harga tu sebab dulu aku beli dulang yang kecil sikit dari saiz tu kat Jusco tapi harga dia sebuah RM16++.. Kat pekan sehari kat sinipun sebuah dulang saiz kecil tu harga dia RM16. Ni saiz besar sikit tapi harga RM15 sebuah.. Okay la tu, kan.. hehh..




Lepas tu, tokey tu cakap lain kali kalau datang kedai dia nak beli dulang tu, tak dapat dah harga RM15 sebuah sebab dia kata sepatutnya harga dulang tu ialah RM18 sebuah. Dengar je camtu, terus aku tambah lagi dua buah dan menjadikan kesemua dulang tu enam buah dan menjadikan harga untuk kesemuanya adalah RM90.. sobsobsob..


Dulang kecil sebuah RM16 dan dulang besar tu sebuah RM15.. 


Tokey tu cakap yang dulang kecil tu memang datang dari kilang tapi dulang yang besar tu dia tempah khas dari kawan dia.. Bezanya cuma ada pemegang dengan takde pemegang je. Entah betul atau tak apa yang dia bagitau tu, lantak dia la, kan.. Aku layankan aje apa yang dia cakap. Lagipun tokey ni peramah.. Seronok pulak borak dengan dia.. hehe...


p/s: Aku tak boleh la masuk kedai yang jual peralatan dapur macam ni.. Rasa macam nak angkut balik rumah je kedai tu.. kehkehkeh..

Monday, June 3, 2013

Mendonat..

Assalamualaikum...

Mendonat.. 


Petang tadi aku buat projek mendonat ni.. Dah berkurun sebenarnya tak mendonat ni.. Adik aku dengan family dia ada balik, tu yang aku rajinkan diri masuk dapur tu.. Tambah lagi aku dah penat mengadap mesin jahit.. heeee...


Oh ya, kali ni aku buat donat kentang.. Resepi ni aku ambil kat fesbuk yang kawan-kawan share-kan. Cuma aku tak boleh ikut resepi asal sebab pertamanya, aku buat dua kali ganda dan lepas tu sukatan untuk tepung gandum aku tambah lagi.. Kalau ikut sukatan asal, memang tak jadi apa la.. Jadi bubur kot.. hehh..


Kat sini aku kongsikan gambar yang berkaitan.. Resepinya nanti la aku masukkan kat blog dapur aku tu ya.. Sekarang ni aku keletihan.. Nak melepak jap, pastu nak sambung merempit balik.. huhuhu...


4 biji kentang diperlukan...


Tepung gandum + secubit garam


Yis + susu pekat manis + gula pasir + air suam


Rebus kentang sampai empuk..


Kasi lenyek itu kentang lah...!!!


Semua bahan setelah diadun..


Selepas digentel dan sebelum kembang...

Tak sangka pulak dia nak mengembang... weeeeee....


Kat bawah ni yang sudah digoreng... Warna macam hangus je tapi sebenarnya tak hanguspun.. Dah nak habis dah pun.. Tinggal satu pinggan daun pisang tu je lagi.. ehehh..

Yang ni habis dulu.. 



Tak larat nak menggentel, so, aku bulat-bulatkan aje empat ketul tu.. 



Adunan ni lembut sangat.. Bila dah kembang tu, tak boleh nak angkat sebab dia melekat.. Ada yang boleh angkat dan ada yang melekat.. Tu yang rupa bentuk dia jadi herot-herot tu..


p/s: Apa ada pada rupa.. Yang penting dia punya rasa... Dan yang lagiiiiiiiiiiii penting ialah habis dimakan.. Alhamdulillah.. Cantik-cantikpun tapi takde rasa, masuk tong sampah jugak.. Tak gitu.. heeeeee..


UPDATE...
Resepi dah masuk dah kat blog dapur.. Siapa yang nak cuba mendonat, boleh la jenguk resepi tu ya.. Terima kasih.. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)