Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, August 10, 2014

Kipas.. :p

Assalamu'alaikum...

Kipas.. :p


Jom pakat-pakat beli kipas.. Mana la tau kot-kot ada roadblock, pastu ada pulak yang minta bukti bila lalu kat jalan raya di negeri nan satu itu.. hehh..





p/s: Kipas ni sangat berguna bila letrik takde.. Naik lenguh tangan dok mengipas.. Maklum la, beratttttttttt..... Bukan senang nak buat kerja kipas mengipas ni.. hehh.. hehh.. hehh...

.

Friday, August 8, 2014

Ummaland...

Assalamu'alaikum..

Ummaland...

Boleh rujuk kat sini sebab aku tak reti nak terangkan secara details.. hehh... 

Nak daftar, boleh masuk kat siniBoleh login guna fb, twitter, google dan sebagainya ataupun sign up je.. Mula-mula aku cuba sign up tapi asyik tak lepas je sebab ada soalan (Question) yang kena jawab.. Akupun tak nak login melalui fb.. Sudahnya aku daftar guna ID Yahoo.. Klik kat yang bertanda merah tu.. Lepas tu sign in kat Yahoo dan ikut je arahan selepas tu.. 




Lepas je sign in kat Yahoo, dah terus boleh masuk kat wall Ummaland tu.. Dah boleh la nak setting apa-apa yang patut sebelum invite kawan.. Ataupun, jika tau ID kawan tu, just taip je nama dia kat kotak Search.. Then nanti keluar nama-nama kat situ.. Pilih nama dia dan add sebagai kawan..



Dan kat bawah ni aku punya wall.. Buat masa ni malas lagi nak invite sesiapa.. Biar la dulu.. Saja je daftar.. Mana la tau kot-kot nak boikot fb sekarang ni.. Kot je la... ahakk... Tapi kalau ada yang dah daftar, pastu nak invite aku, boleh la kottt.. Kot lagiiii... ahahaha...





Kat situ, boleh tengok cara nak bayar zakat.. Boleh jugak chat online macam kat fb.. Dan macam-macam la.. Tengok sendiri la nanti ya.. ahahh..




Okay, ni je yang aku nak share untuk entry kali ni... Macam la takde benda lain nak share.. hehh... 

p/s: Terpulang la samada nak join atau tidak.. Tak paksapun.. Just share je.. Tapi rasanya jika masuk Ummaland ni, janganlah letak atau share gambar/benda yang bukan-bukan pulak.. Tak sesuai kottt..

Thursday, August 7, 2014

Lagi satu....

Assalamu'alaikum...

Lagi satu.... 

Macam yang aku bagitau dalam entry yang lepas, aku bagitau lagi dalam entry yang ini.. Aku memang tak berapa mahir jahit manik walaupun aku ada buat tutorial dalam jahitan manik ni.. 


Mungkin ada yang tak percaya atau mungkin ada yang kata yo yo ar je, tapi itulah hakikat sebenarnya.. Sebab apa tak mahir..? Sebab aku jarang memanik.. Sebab aku jahit manik kat baju sendiri je sebagai contoh jika ada yang berkenan nak tempah.. Tapi, takde siapapun kat sini yang nak menempah.. Ambil upah jahit manik dua puluh, tiga puluh ringgitpun dah dicop mahal..?


Dan ni lagi satu peten yang sama macam hari tu yang berjaya aku buat kat baju raya aku.. Baju raya ni aku tak pakaipun lagi.. ahahh...


Tengah-tengok dok nak sambung jahit manik tabur tu, tiba-tiba je si budak nakal ni naik atas bantal yang ada baju tu.. Dan dengan selambanya, dia landing di situ.. Aduhaiii laa.. Mujur baju sendiri.. Mujur dia tak asah kuku kat situ.. Kalau tak, memang haru la jadinya.. haha..








Dan inilah kerja dorang bertiga masa aku keluar pergi kait rambutan.. Sekejap je pun aku keluar.. Masuk je bilik, terus istighfar panjang manakala dorang bertiga rileks je memandang seolah-olah takde buat salah langsung.. Alaaahaiii....




p/s: Bila nak jatuhkan seseorang, habis semua digali.. Seboleh mungkin nak juga cari sisi keburukan orang tersebut.. Hilang segala kredibiliti.. Perkara yang dahulunya susah nak jumpa, kini sudah menjadi satu perkara biasa...

Tuesday, August 5, 2014

Kucing makan buah rambutan..??

Assalamu'alaikum...

Kucing makan buah rambutan..??

Pernah tengok tak kucing makan buah rambutan..? Kalau kucing makan buah durian, itu aku dah pernah tengok dah sebab dulu ada kucing aku yang makan buah durian ni.. Kucing makan jagung kukuspun aku pernah tengok sebab itu kerja si Momok masa dia baru sedar dari koma dulu.. Kali ni sekor lagi kucing aku yang buat perangai bila dia makan sisa buah rambutan yang dah aku makan..


Sebelum tu, aku perkenalkan dulu la ya si pelaku tu.. hehe.. Nama dia Olen.. Salah sekor dari kembar si Combi.. Adik si Momok jugak la kiranya.. ahahh..







Dan ni la dia aksi Olen masa makan sisa rambutan tu.. Terkejut la sekejap aku dibuatnya.. Ye la, tak pernah lagi tengok kucing makan buah rambutan.. Tiba-tiba kejadian tu berlaku di depan mata.. Mau tak terkujat sesaat.. ahaha..





Tapi Olen takde la makan sampai licin sisa buah rambutan tu.. Aku syak mungkin dia bau kemanisan buah rambutan tu kot sebab rambutan ni manih melecaihh.. Tu yang dia teruja nak merasa tu.. hehe..


p/s: Macam-macam pe'el binatang ni, kan..? Pe'el manusia lagi la botingkek-tingkek macam-macam ehh.. haha..

Kawe doh malah nok cagho..

Assalamu'alaikum...

Kawe doh malah nok cagho..

Dulu, sentap jugak bila ada yang cakap macam ni.. Apatah lagi bila kaum kerabat dan saudara mara sendiri yang bagi stetment macam kat bawah ni.. Bila letak harga lebih sikit, mak bising.. Dia kata nanti takde orang nak hantar jahit baju padahal upah yang aku ambil tak sampaipun RM30 untuk sepasang baju kurung.. Dulu la.. Sekarang harga sudah ada naik sikit maaa... hehh..


Kongsi dari satu grup jahitan..


Sekarang ni bila ada lagi yang kata upah jahit tu mahal, mak aku pulak tolong jadi tukang back up.. Dia kata kalau nak murah, jahit la sendiri.. Sebab apa mak aku cakap macam tu..? Sebab bil letrik dah semakin mahal.. Sebab dia sendiri tengok macam mana aku bersengkang mata, bersusah payah nak siapkan baju orang yang kain masing-masing berlainan jenis.. 


Memang sedih bila ada yang kata orang tak pergi sekolah atau sekolah tak tinggipun boleh jadi tukang jahit seolah-olah tukang jahit ni tarafnya rendah sangat.. Akupun pernah kena label macam ni.. Takpe la.. Aku percaya pada rezeki yang Allah beri..


p/s: Suka hati engkau la labu oii nak kata apapun... Kawe doh malah nok cagho.. haiihhh...

Monday, August 4, 2014

Buat macam ni pun dah sakit pinggang.. adehh...

Assalamu'alaikum...

Buat macam ni pun dah sakit pinggang.. adehh...

Ni baju raya aku.. Baru nak jahit manik.. Saja je la pun.. haha.. Raya hari tu dah jahit dah sebaris peten lain.. Itu je yang sempat.. Padahal bukannya bergambar atau beraya sakan.. Tak sampai tengahari, baju dah bertukar kepada uniform bibik.. hahaha..




Hari ni tetiba terajin pulak jahit manik ni.. Bertambah rajin bila buka balik manik yang dah dijahit tu.. Asalnya nak cuba jahit manik crumble jentayu tapi jari keras kematu, tak menjadi pulak dia padahal aku ada buat tutorial pasal crumble jentayu tu.. adehhh.. Lagi satu, manik untuk jahit crumble jentayu tu tak cukup korum.. Tu yang terbantut percubaan nak buat tu..




Sudahnya, ini je yang termampu aku buat.. Itupun dah tiga empat kali buka.. Ada je yang tak kena di mata.. Buat peten macam ni pun pinggang dah rasa nak patah.. Bayangkan kalau buat peten yang lagi vogue... Harus kena pergi berurut... hehe..




Ni baru sebelah tangan siap.. Sebelah lagi belum jahit manik tabur tu lagi.. Jenuh la menahan sengal.... Dah la tengah batuk bertubi-tubi ni... Apapun, mudah-mudahan aku tak patah semangat.. Gigih aku menjahit sebab apa tau..? Sebab masa tu hujan dengan petir.. So, laptop kena off dan cabut semua plug.. Kang kalau tak buat apa-apa, takut aku bantai tidur pulak.. ahaha..


p/s: Kain baju aku tu murah je... Alhamdulillah, ada jugak baju baru.. :)


-----------------------

UPDATE...
Dah siap dah...
Heeee.......


Boleh laa... hahahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)