Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 14, 2014

Handmade product...

Assalamu'alaikum...

Handmade product...


Ni handmade product yang terbaru hasil kerja tangan aku.. Nak kata hasilnya kebabom tu takde la.. Jauh panggang dari api.. Tapi daripada tangan tak buat apa-apa, boleh jugak la hasilkan product sendiri.. Alhamdulillah, bersyukur di atas sedikit kelebihan yang Allah beri..




Aku tak tau nak letak nama apa kat product ni.. Ikutkan aku, senang je iaitu beg duit.. hehehe.. Benda alah ni boleh buat isi macam-macam.. Boleh sumbat enpon, surah yasin, alat tulis, segala mak nenek buku bank dan pelbagai lagi mengikut kesesuaian.. Macam aku, aku khaskan setiap satu jenis corak untuk isi setiap benda yang aku sumbat dalam handbag.. Saiznya adalah dalam anggaran 7.5 inci lebar X 5 inci tinggi.. 




Contoh yang aku buat adalah; satu corak beg ni aku isikan dengan semua buku bank, satu corak lagi aku isikan dengan segala jenis kunci, satu corak lagi aku isikan dengan segala jenis alat tulis termasuk ketip kuku, pisau kecil dan gunting kecil dan satu beg lagi aku isikan dengan segala jenis minyak angin ataupun balm.. Jadinya, takde la nanti aku teraba-raba nak cari semua benda alah tu dalam handbag.. Tarik je beg yang berkenaan bila diperlukan.. Nak buat isi pisau kecil untuk pergi merewang kenduri kawenpun boleh maa.. hehh...


Setiap satu beg ni murah je... Cuma RM15 tak masuk postage.. Jika ambil lebih, aku boleh kawtim sikit la.. Nak bagi diskaun banyak-banyakpun aku tak mampu.. Diskaun setakat seringgit dua tu boleh la aku bagi tapi kena la beli sekurang-kurangnya tiga pieces.. Seringgit dua tu pun duit jugak tau.. Jangan pandang sebelah mata, okay..!




Yang kat bawah ni buat masa ni cuma ada dua ni je.. Harga setiap satu sama macam kat atas iaitu RM15.. Saiz lebih kurang je.. Bezanya yang ni ada tapak.. Tu yang saiz nampak macam kecil sikit dari yang kat atas.. 


Jika ada permintaan, boleh order dan inbox aku kat fanpage fb aku.. Harga readymade dengan harga tempah tak sama ya.. Harap faham konsep readymade dan tempah tu..





Yang kat bawah ni pula merupakan beg kecil untuk duit syiling.. Saiz dia dalam anggaran 4.5 inci lebar X 4 inci tinggi.. Setakat ni aku cuma buat enam pieces ni je.. Harga setiap satu adalah RM7 tak masuk caj pos.. 








Bahagian dalam setiap beg ada lining dan ada pelapik.. Tapi bukan span ataupun batting.. Jadinya beg takde la lembik sangat.. Kainnya pula adalah dari jenis cotton.. 


Aku juga ada buat handmade product yang lain seperti shawl dan book/novel cover.. Boleh jenguk kat fanpage fb aku tu jugak.. Klik kat bahagian photo then klik album.. 


p/s: Modal kecil, produkpun kecil.. Bertambah kecil bila takde nama yang besar.. Takpe la, yang penting usaha dan yakin serta percaya pada rezeki Allah.. InsyaAllah.. :)

Isi ruang yang kosong..

Assalamualaikum...

Isi ruang yang kosong..


I kept always two books in my pocket, one to read, one to write in - Robert Louis Stevenson


Dulu, kalau aku ke mana-mana, dalam beg sandang aku takde barang lain selain daripada segala jenis kunci, satu kipas kertas, dua tiga batang pen, sebotol dua minyak angin, enpon, dua keping sanitary pad, dua tiga bungkus tisu, berus gigi dan segala mak nenek buku bank.. Semua ni mesti ada dalam beg.. Beratnya jangan cakap la.. ahahh... Barang mekap takde sebab aku jenis yang tak pakai mekap.. Rimas.. hehh..


Sekarang, aku selitkan pula sebuah buku nota kecil dan juga sebuah novel.. Bila boring dalam perjalanan atau semasa menunggu, boleh baca novel.. Bila takde benda nak buat, boleh tulis-tulis atau conteng-conteng buku nota ataupun buat senarai nak beli apa.. Jadinya, takde masa sangat nak perhatikan gelagat orang di sekeliling melainkan bila mata mula rasa pedih ataupun mengantuk.. 


Dulu, sebelah bantal mesti ada sebuah novel untuk dibaca sebelum tidur... Jika nasib baik, novel habis dibaca sampai tak tidur.. Jika nasib tak baik, baru baca sikit dah lolap.. hehe..


Sekarang, ada lebih dari tiga novel kat sebelah.. Jika yang pertama tak ngam, ambil yang kedua dan begitulah seterusnya.. 


p/s: Laju baca novel tapi bila baca buku ilmiah, lesu terus.. hehhh... Macam budak main game la.. Bila ngadap game, tak tidur, tak makanpun takpe.. Tapi bila ngadap buku sekolah, tak sampai lima minit mulut dah mula terkuap-kuap, mata dah mula terkebil-kebil.. ahahaa...

Thursday, November 13, 2014

Dipersilakan tarik diri...

Assalamu'alaikum...

Dipersilakan tarik diri...


'Aku add dia bukan sebab aku suka kat diapun.. Aku follow dia sebab aku nak tau aktiviti dia.. Aku tunggu dia buat silap je.. Lepas tu senang la aku nak sembur dia..'


Pernah tak nampak orang buat post ataupun status macam ni..? Apa perasaan korang bila terbaca status tu..? Suka..? Pelik..? Ataupun hati berkata; entah apa-apa la dia ni..?


Aku pernah terbaca status sebegini tapi aku tak ingat siapa yang buat status tu.. Status tu bukan untuk aku sebab aku bukan termasuk dalam list friend dia.. Tapi sebab status tu dibuat secara 'public', maka adalah yang rajin 'share'.. Bila dah ada yang 'share', secara tak langsung aku dapat la baca walaupun aku bukan 'kawan' dia.. Public la pula, kan..?


Cuma satu je yang aku nak katakan di sini.. Andaikata ada di antara 'kawan' dalam list friend aku yang punya niat seperti di atas, aku berharap sangat agar korang tarik diri dari jadi 'kawan' aku.. Pada aku niat korang dah tak betul dah.. Dan aku tak nak la sepusat sepusing dengan niat tak betul tu..


Kita selalu dengar orang berkata bahawa laman sosial ni tak elok, tak bagus dan macam-macam lagi.. Pada aku, sebenarnya diri kita sendiri yang tak bagus tapi kita tidak mahu mengakui semua itu.. Masing-masing berlagak 'suci' gitu.. hehh...


Yang peliknya, yang kata tak bagus tu la yang punya banyak akaun laman sosial.. mana dengan instagram-nya, dengan twitter-nya (mujur aku dah delete akaun aku.. ahakk...), mana dengan keek-nya, mana dengan youtube-nya (kena kat diri sendiri.. haha), mana dengan wasapnya, mana dengan blog, website, wordpress dan macam-macam lagi la.. Fesbuk jangan cakap la.. Sorang sampai ada lima enam akaun.. Perghhh...!!!


p/s: Sekali lagi, dipersilakan tarik diri.. Senang aku nak 'bawa' masuk 'kawan' baru.. Niat add dan follow tu pun dah tak betul.. Apa kehey-nya nak teruskan berkawan.. 

Wednesday, November 12, 2014

Kawal sikit nafsu tu...

Assalamu'alaikum...

Kawal sikit nafsu tu...


Kadang-kadang, bila tengok orang makan macam-macam, rasa teringin jugak nak buat perkara yang sama iaitu makan ikut suka, makan ikut selera, makan ikut hati, makan tanpa peduli apa-apa... Yang penting hepi dapat makan macam-macam dan sedap pulak tu.. Burp..! Kenyang..! Alhamdulillah...


Namun,  apabila teringatkan deretan ubat yang mak aku kena telan setiap hari, rasa teringin nak makan macam-macam tadi tu sedikit demi sedikit beransur pergi.. Hilang terus selera nak melantak yang macam-macam tu.. ahahh.. *mak aku ada diabetes dan darah tinggi tapi dia punya ubat berderet-deret, bukan setakat ubat untuk dua jenis penyakit tu je..



Aku bukan jenis penakut makan ubat.. Aku takut jika sepanjang hidup terpaksa bergantung pada ubat-ubatan.. Rasa macam tak mampu nak disiplinkan diri untuk menelan ubat setiap hari.. Jadinya, untuk apa aku menyiksa diri.. Lebih baik aku cuba kawal nafsu makan itu..


Dan apabila tengok orang yang saiz badan dia terlalu besar tapi makan tanpa mengira had, aku pulak yang jadi takut.. Aku bukan takut gemuk.. Tak kisah la gemukpun.. Aku takut gemuk yang berpenyakit dan penyakit itu berangkai-rangkai.. 



Moga dijauhkan dari sebarang penyakit berbahaya lagi kritikal.. Tapi jika penyakit itu tetap datang, nak buat macam mana.. Redha dalam terpaksa je la... Itu namanya kun faya kun..



p/s: Apa-apapun, cegah sebelum parah; beringat sebelum kena; kawal selagi mampu.. 

ISU DENGKI..

Assalamu'alaikum...

ISU DENGKI..


Dengki ni ada dua kategori... Satu positif dan satu lagi negatif.. Ini menurut persepsi aku la ya..


Dengki yang positif ni ialah apabila kita tengok orang lain berjaya, bahagia dan sebagainya iaitu yang baik-baik sahaja, maka kita akan turut berazam serta berusaha untuk menjadi seperti dia.. Walaupun level antara dia dan kita mungkin tak sama, tapi tujuan ke arah menuju kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan itu yang penting.. Bersainglah secara sihat bukannya bersaing sambil mengumpat.. *wink


La Tahzan..


Dengki yang negatif pulak macam biasa la, dok buruk-burukkan nama kita dan sebagainya.. Alaa, macam yang selalu keluar dalam drama dan novel Melayu tu laa.. hehehe... *padahal banyak lagi yang positif boleh diikut namun yang negatif jugak yang dipilih.. 


Moga dijauhkan segala yang negatif dari jiwa dan minda serta kehidupan kita.. Amiinn... Jika ada rasa negatif tu, tukar kepada positif.. 


*Entri ini ditulis bila baca entri kat blog Ju dan inilah yang aku tulis kat ruangan komen entri tersebut.. *Cuma kat sini ada yang aku tambah sikit laa.. hehh..


p/s: Jauhkan diri dari menjadi pendengki yang negatif kerana dari dengki sebegitulah datangnya dendam.. *Peringatan untuk diri sendiri.. 

Eh tak nak la.. Aku tak minat...

Assalamu'alaikum...

Eh tak nak la.. Aku tak minat...


Ada satu pagi tu, aku terjumpa seorang kawan lama kat pejabat pos.. Aku nak pos novel dan kawan tu nak bayar bil.. Biarpun kami duduk dalam satu kawasan tapi kami memang jarang jumpa sampaikan kawan aku tu cakap; bukan senang nak jumpa kau ni.. ahahh... 


Sambil beratur menunggu giliran, kawan tu pun tanya aku.. 


Dia kata; "aku masukkan nama ko dalam geng whats app nak tak..? Bak sini nombor enpon ko.." 


Dan akupun jawab la; "ehh, tak nak laa.. Aku tak minat benda ni semua.."


Kawan tu pun sambung lagi; "alaaa, ni semua geng kelas kita dulu.. Semuanya perempuan.. Dua orang je geng dari kelas lain.."


Dan jawapan aku tetap sama; "tak nak la.. Malas aku nak join benda macam ni.. Rimas aku tengok orang berwasap-wasap ni.. Bising bunyi wasap tu.. Lagipun enpon aku cokia je.. Tak macam enpon orang lain yang serba canggih.."


Senyum-senyum kawan tu bila aku cakap macam tu seolah-olah tak percaya yang aku guna enpon cokia.. Betul apa, enpon aku Nokia E5 je.. Harap-harap panjang lagi la umur enpon cokia aku tu.. Tak rajin aku nak beli baru.. hehh..


Lepas tu, kawan tadipun cerita serba sikit pasal grup wasap dia.. Dia bagitau la siapa yang buat grup tu.. Dia kata dia pernah leave grup tu sebab boring bila ada geng yang mula 'menganjing'.. 


Akupun tanya la; "menganjing pasal apa.." 


Dia kata; "macam-macam la.. Pasal kecantikan la, pasal barang-barang branded la.. Boring aku.."


Dan akupun cakap la; "tu yang aku tak suka tu.. Kang tak pasal-pasal bergaduh.. Baik tak payah ada wasap semua ni.. Aku ada fb je.. Tu pun malas nak layan..." 


Entah, buat masa ni aku rasa macam takde faedah je untuk aku berwasap-wasap ni.. Mungkin belum tiba masanya untuk aku menceceh kat situ... 


p/s: Aku ada dua fb.. Satu untuk geng siber dan satu lagi untuk geng familiar... Dan aku memang susah nak approve orang yang aku tak kenal.. :p

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)