Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 7, 2018

Jalan terus!

Assalamu'alaikum.

Jalan terus!

Perlukah kita saratkan pemikiran kita dengan perkara yang remeh temeh, yang sepatutnya kita abaikan sahaja?


Jawapannya, perlu. Tak perlu kot kita nak fikirkan sangat perkara yang remeh temeh ni. Apatah lagi jika ia tidak mendatangkan manfa'at kepada diri kita.




p/s: Hidup kita ni amat singkat untuk kita habiskan dengan berfikir tentang perkara yang tidak perlu. Move on!
.

Tuesday, February 6, 2018

Bersama meraikan majlis pelancaran aspirasi Felda 2.0.

Assalamu'alaikum.

Bersama meraikan majlis pelancaran aspirasi Felda 2.0.


Hari Ahad lepas, bersamaan dengan 4/2/2018, aku ikut sama menyertai rombongan makcik Kiah ke Felda Lurah Bilut untuk sama-sama memeriahkan dan meraikan majlis pelancaran aspirasi FELDA 2.0.


Kami bergerak dari sini pada pukul 8 pagi dan sampai dalam pukul 9.40 pagi. Akupun sebenarnya tak pasti sampai pukul berapa. Alih-alih tengok dah sampai je. Leka sangat berborak dengan kawan sebelah tempat duduk. Haha.


Sampai je kat simpang masuk ke Felda Lurah Bilut tu, kami terpaksa menapak untuk ke tempat pelancaran. Huwaaa...! Jauh ya amat weii! Terpaksa jalan kaki pulak tu. Adoyaii...! Syukurlah Allah permudahkan segala urusan. Yang kalutnya, jenuh dok mencari tandas. Sudahnya, pergi je ke tandas Petronas kat situ. Itupun tandasnya campur lelaki dan perempuan. Hentam aje la haiihh..! Dah tak tahan sangat terkucil. Dah la ramai yang menunggu giliran. 


Dan seperti biasa, aku ni main ambil je gambar dari tempat duduk. Malas nak bergerak. Letih jalan kaki punya fasal. Lebih dari satu kilometer dok jalan kaki oiii.. Itu baru jalan sehala. Letih duduk lama-lama atas kerusipun ya jugak. Habis sakit-sakit badan. Rasa macam nak bersila je atas karpet merah tu tapi takut kena halau pulak. Heh.







Dah takde kerja sangat dah ni sampai inipun nak ambil gambar jugak. Haha.





Pertama kali tengok Perdana Menteri dari dekat. Laju benor PM berjalan. Terkial-kial aku nak ambil gambar. Sudahnya, ini aje la yang aku sempat ambil. Jadi la. Haha.



Pinjam gambar dari page Felda sebab ada terselit muka aku kat situ. Nampak sipi-sipipun jadi la. Haha.


Makanan semuanya sedap belaka. Alhamdulillah. Ini bukan bodek ke, apa ke. Dah memang sedap, takkan la nak kata tak sedap pulak, kan? Itu dah kira fitnah dah tu. Banyak makanan disediakan. Maklumlah, ramai yang datang dari serata Felda. Kuih karipap dia sedap ya amat! Inti penuh lagi. Takde la inti angin je. 


p/s: Terima kasih pada semua yang terlibat dalam melancarkan perjalanan majlis.
.

Wednesday, January 31, 2018

Eksperimen: Cubaan menanam pokok jambu bol.

Assalamu'alaikum.

Eksperimen: Cubaan menanam pokok jambu bol.


Aku cuba tanam pokok jambu bol ini mengikut cara yang diajarkan oleh Cik Man dalam grup kebun. Cara yang potong akar tunjang dan buang daun tu. Cik Man kata, cara ni boleh juga digunakan pada pokok lain selain dari pokok yang beliau tunjukkan. Nampaknya, anak pokok jambu bol aku sudah mula keluarkan pucuk baru. Alhamdulillah. Harapnya, pokok jambu bol aku ni tidak terbantut la pertumbuhannya.




Aku ambil anak pokok yang tumbuh di bawah pokok induk. Jika diikutkan, banyak jugak anak pokok yang tumbuh hasil dari buah yang gugur dan bijinya cambah tapi tidaklah aku rajin untuk tanam semua. Lagipun kat belakang rumah aku ni banyak nyamuk sebab banyak pokok besar. Yang dua pokok ni pun cepat-cepat aku tarik. Lepas tu, cepat-cepat aku blah. Haha.



Menurut Cik Man lagi, cara ni adalah untuk mengelakkan pokok menjadi tinggi dan untuk mempercepatkan pokok tu keluar buah.


p/s: Aku cuba je. Mana la tau kot ada rezeki aku, berjaya pulak eksperimen aku ni.
.

Tuesday, January 30, 2018

Angkara siapakah ini?

Assalamu'alaikum.

Angkara siapakah ini?


Dalam minggu lepas, aku dok tertanya-tanya sendiri; kenapa daun pokok bunga kobis aku ni jadi macam ni? Mulanya ingatkan kena gigit dek siput babi ataupun belalang sebab ada jumpa dorang kat pokok sawi berdekatan.





Pagi tadi, aku tengok makin banyak daun bunga kobis ni yang rongak. Ish, tak boleh jadi ni. Daun ni dah la sedap buat goreng. Rasa ralat jugak apabila daun dia dah rosak macam tu. Maka, belek-belek la daun tu tapi masih tak jugak jumpa suspek.


Geram punya fasal, akupun potong la satu pokok bunga kobis tu. Masa pegang bahagian yang kena potong tu la baru nampak ulat hijau tu sebab pegang terbalik. Ooo.. Rupanya dorang sembunyi di bawah daun. Patut la tak jumpa. Memang selamat jalan romeo la jawabnya. 






Daun yang elok tu, kita ambil la buat goreng. Jangan pulak dibuang. Tak baik membazir.




Dua gambar yang kat bawah ini merupakan pokok bunga kobis yang masih ada. Lepas ni, kena semai yang baru pulak.





Daun pokok bunga kobis ni sedap dibuat goreng. Kadang-kadang nak tunggu dia keluar bunga tu makan bulan jugak. Lepas tu, bunga dia alahai, sebesar penumbuk je. Baiklah buat goreng ketika pokoknya masih muda. Dapat jugak jimat duit dapur, dah tak payah dah beli sayur hijau.



p/s: Hidup kita ni, kena bijak merancang lebih-lebih lagi yang melibatkan soal kewangan. Dapat jimat dua tiga ringgit sehari untuk duit sayur, pun dah memadai dah. Sebab itulah kita kena rajinkan diri untuk tanam sendiri di rumah.
.

Sunday, January 28, 2018

Eksperimen: Tanam kobis bulat dari anak pokok.

Assalamu'alaikum.

Eksperimen: Tanam kobis bulat dari anak pokok.


Alhamdulillah. Ini merupakan eksperimen aku untuk cuba tanam kobis bulat dengan menggunakan anak pokok yang tumbuh setelah buah kobis tu diambil.




Lebih kurang dua minggu jugak untuk anak pokok kobis ni membesar seperti di dalam gambar.




Ada yang suruh aku ambil dan buat masak je sebab katanya, inilah baby kailan. Tapi aku menolak sebab aku memang nak buat eksperimen.




 Tu, nampak macam dah keluar akar,kan?


Aku tanam anak pokok kobis ni dalam pasu besar. Aku letak tanah tu suku pasu je dulu. Kemudian, aku padat-padatkan tanah tu pada bahagian pangkal anak pokok. Lepas tu, aku siram perlahan-lahan.



Setakat ini, aku baru tanam anak pokok kobis tu dalam empat pasu. Masih ada lagi anak kobis tu yang belum aku ambil. Nanti aku akan ubah jugak anak kobis tu ke dalam pasu. Tunggu masa je ni.


Dan ini pula pokok kobis yang aku tanam dari batang kobis yang dah patah. Aku buang sedikit daun pada bahagian bawah tu dan aku tanam semula dalam pasu. Rapatkan tanah dengan daun yang bawah sekali supaya batang kobis tu terlindung dari cahaya. Aku letak dahulu pasu kobis tu kat tempat redup yang terlindung dari limpahan air hujan. 




Alhamdulillah, sekarang dah nampak stabil dah pokok kobis tu. Dah boleh letak kat tempat yang terbuka.




p/s: Tak cuba, tak tau. Lebih baik kita cari pengalaman sendiri daripada kita berkata yang bukan-bukan seolah-olah kita telah melalui pengalaman tersebut.✌️
.

Saturday, January 27, 2018

Rabak RM230!

Assalamu'alaikum.

Rabak RM230!


Laptop aku meragam lagi! Sabar je la. Tapi apabila diingatkan yang usia laptop aku ni dah mencecah ke angka 9 tahun, maka akupun pasrah je la. 


Yup. Aku beli laptop Dell ni pada tahun 2009 dan laptop ni produced pada tahun 2007. Alhamdulillah, sampai sekarang masih lagi bertahan. Memang aku jaga sungguh laptop aku ni. 


Namun, disebabkan sejak kebelakangan ini laptop tu kerap buat hal, maka adik aku suruh aku beli hard disk yang baru. Dan ranap la duit aku sebanyak RM230 itu. Tapi tak mengapa. Yang penting, aku tak perlu beli laptop baru. Sayang weii dengan laptop aku ni. Dia ada sentimental value yang aku je yang tau. Heh.


Dan inilah dia hard disk yang dah 'tua' tu. Yang baru aku tak sempat nak ambil gambar sebab adik aku dah pasang dah. Cepat je dia pasang sebab aku dah pot pet pot pet. Haha. Aku ambil gambar bungkusan dia je la. :D






Urusan pembelian dan urusan pemasangan, semuanya adik aku yang uruskan. Aku just bagi duit je. Terima kasih la kat dia. Aku memang tak pandai jika berkaitan dengan IT ni sebab bukan bidang aku. Rupanya senang je nak gantikan hard disk ni. Buka je satu skru kat belakang laptop tu, lepas tu tarik je hard disk tu keluar. Lepas tu, masukkan yang baru pada connector. Siap! Dah boleh mula setup. Setup pun adik aku yang buat. Pokoknya, semua la dia yang uruskan. Aku cuma tau pot pet pot pet je. Haha.





Aku punya laptop Dell model lain. Cuma buka satu skru je dan tarik hard drive tu keluar. Tak sama macam laptop dalam video ni yang kena buka banyak skru. Tapi boleh je tengok video ni untuk dijadikan rujukan.




p/s: Hard disk yang baru ni lebih ringan. Ringan tapi berat sebab mahal. Heh.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)