Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, October 31, 2018

Cara rajah pola untuk baju kurung Kedah.

Assalamu'alaikum.

Cara rajah pola untuk baju kurung Kedah.


Aku simpan gambar ni dalam entri ini untuk rujukan di masa akan datang. Sama je dengan apa yang ada dalam nota masa aku belajar menjahit dahulu. 






p/s: Terima kasih pada yang kongsi gambar ni ruangan komen dalam satu grup jahitan. Maaf la sebab tak ingat siapa yang kongsikan.
.

Buah leletup tumbuh sendiri.

Assalamu'alaikum.

Buah leletup tumbuh sendiri.


Buah leletup ni dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita.  <== Sila tekan link dan pilihlah mana satu untuk dibaca. 🤭🤭🤭







Dahulu, pokok yang tumbuh menjalar di atas pagar ni, aku buang sebab takut ada binatang berbisa bersembunyi di situ. Tapi sekarang, aku biarkan sahaja pokok tu tumbuh. Orang lain sibuk mencari pokok ni malahan ada yang sanggup beli. Takkanlah aku senang-senang nak buang begitu sahaja, kan? Rezeki jugak ni sebab dia tumbuh sendiri. Alhamdulillah.




p/s: Zaman budak-budak dahulu, cukup suka makan buah leletup ni. Pantang jumpa, terus petik dan terus je masuk ke mulut. Alhamdulillah, jarang dapat sakit. Tapi sekarang ni, kalau jumpapun, macam takut-takut je nak makan. Patutlah badan dah kurang cergas. Nampaknya, kenalah makan balik semula buah leletup ni. Heh.
.

Tuesday, October 30, 2018

Sebelum dan selepas.

Assalamu'alaikum.

Sebelum dan selepas.

Sebelum.. 
Penuh lagi isinya. 




Selepas..
Licin selicin-licinnya. 
🤭🤭🤭
Jangan membazir, okay!




p/s: Nasi ayampun dah naik harga dah. Kalau dulu, harganya RM5 untuk satu bungkus tapi sekarang dah jadi RM6. 😭😭😭
.

Friday, October 26, 2018

Kemas kebun mini lagi. 😍

Assalamu'alaikum.

Kemas kebun mini lagi. 😍


Aku suka tengok kebun mini aku ni sentiasa dalam keadaan sedap mata memandang. Sebab tu, aku kena rajin kemaskan kawasan sekitarnya. Sapu daun yang gugur dan trim ranting atau daun yang dah rosak.








 Bekas dan tanah dah get ready dah. Tengah dok pikiaq nak tanam sayur apa dalam bekas tu.


 Sedap betul dia tidur kat situ. Rasa macam nak join sekali. Haha.





p/s: Aku tak suka tengok keadaan yang berserabut. Takut nanti bertambah stress. 
.

Thursday, October 25, 2018

Mudahnya mendapat pahala jika...

Assalamu'alaikum.

Mudahnya mendapat pahala jika...


Nak dapat pahala ni, mudah je. Salah satu daripadanya adalah dengan menanam pokok. Tapi jangan tanam pokok ganja dan yang seangkatan dengannya dah la. Tak memasal pulak dapat gelang tangan kaki semua tu. Heh.



Image may contain: fruit and food

Image may contain: plant, outdoor, food and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor, nature and food


p/s: Sebab tu aku suka tanam pokok di sekeliling rumah aku. Selain daripada mengumpul pahala, aku jugak dapat udara yang segar dan bersih serta minda yang sihat. Terapi sebenarnya tanam pokok ni.
.

Friday, October 19, 2018

Jom la kita mencicah..!

Assalamu'alaikum.

Jom la kita mencicah..!


Ceritanya ada di sini. Malas pulak nak ulang cerita yang sama. Cukuplah stesen tv berbayar tu je yang ulang cerita sama. ✌✌✌ Kalau dok ulang cerita yang sama, kang tak jadi pulak mencicah. Takut dia jadi menceceh la pulak. Hahaha.


Letak gambar je la ya. 👀👀👀


Image may contain: outdoor and nature

Image may contain: tree, plant, sky, outdoor and nature

Image may contain: fruit and food

Image may contain: drink, fruit, coffee cup, food and indoor

Image may contain: food and indoor


p/s: Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)