Pages

Wednesday, October 20, 2010

BUANG, BAKAR DAN SIMPAN....

Assalamualaikum....

Pagi tadi aku kemas laman rumah aku ni. Aku buang semua pokok keladi ni haa.. Sebabnya, hari tu aku dengan tidak sengaja telah terbaca satu artikel mengenai bahayanya getah pokok keladi ni. Menurut artikel tu, getah dari pokok keladi ni dan yang sejenis dengannya adalah sangat merbahaya. Bahaya bukan sahaja kepada kanak-kanak, malahan kepada orang dewasa juga.

Getah pokok keladi ni boleh membutakan mata kita jika terkena percikannya. Manakala jika kanak-kanak yang masih kecil terkunyah daunnya, ia boleh membawa maut. Lihatlah betapa bahayanya pokok keladi ni. Memang tidak dinafikan, pokok keladi ni sangatlah cantik untuk dijadikan perhiasan di pejabat, di sudut laman rumah ataupun di hotel pelancongan. Namun begitu, apa guna semua ini jika ianya boleh mengundang kecelakaan kepada manusia. Lebih baik dihapuskan dengan segera sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Kasi buang sama dia... Cantik tapi berbisa... Kena getah dia sikit je kat tangan dah boleh buat kita seperti beruk kena belacan. Asyik nak menggaru je..


Errr.... Mujur dah beli yang baru.. Kalau tidak, konpem pakai lagi ni walaupun dan senget-benget.. Jangan membazir... =D


Bakar mana yang tak perlu. Tak payah nak simpan-simpan lagi dah...


Ehhh... Yang ni kena jugak simpan walaupun ianya tempat langsuir mengekek... kihkihkih... Mahal harganya ni kalau kat KL.. kann... =)))


Berlagak giler dorang ni. Bukannya nak menolong aku kemas laman.. Nak kena buang jugak ke..?? Jangannnn....!!! Kalau dorang takde, siapa yang aku nak buli nanti.... kehkehkeh...


Aku kata: Seronok jugak main edit-edit gambar ni kan... Thanx kat Hatim yang tak kaya, tapi sedikit ensem atas tutorial yang dia bagi.. Jangan pulak korang pegi edit gambar yang bukan-bukan dah la yaa... hahaha...

6 comments:

  1. salam azz..amboi..rajin mengomeh ni..siap bakar membakar lagi..
    ado pulak kucing nolong tu..
    azz..akak ni kan..satu pokok bungo pun tak do kek rumah ni..he he..

    ReplyDelete
  2. ada ada byk masa edit gambar mmg sonok kan...

    ReplyDelete
  3. Kak Erna~> Wassalam kak... Rajin terpaksa tu kak... hehe...

    Kat rumah saya ni mmg banyak pokok bunga kak.. sampai dah tak terjaga dah, banyak yang dah mati... huhu..

    Kucing tu tolong tengok je kak.. dorang siap main kejar2 lagi... geram je tengok... hehehe...

    ReplyDelete
  4. Sharif J~> Sama-sama... Hati2 bila masuk hutan tu ehh...

    ReplyDelete
  5. eT~> Sonok la kalau menjadi dan line tenet laju.... Yg tak sonoknya bila line macam siput sedut, manjang hang je... langsung tak jadi nak edit... hehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^