Pages

Monday, May 16, 2011

Kurang ajar punya komen..!!

Assalamualaikum...

Kurang ajar punya komen..!!

Kalau tak ikhlas nak komen, tak payah la komen...

Kadang-kadang memang seronok berbalas-balas komen kat fesbuk ni. Namun ada ketikanya menimbulkan kejelekan bila tengok komen yang berbau sumpah seranah ataupun menjatuhkan maruah sesama insan. 

Ada orang yang memang ikhlas datang mengomen untuk bertegur-sapa. Ada juga yang mengomen dengan niat-niat tertentu yang hanya dia sahaja yang tahu kenapa komen sebegitu yang ditinggalkan. Terpulanglah pada nawaitu masing-masing..

Baru-baru ni aku ternampak komen seorang mamat (mungkin dia kawan anak sedara aku), yang aku rasakan sangat kurang ajar serta biadap..! Kalau nak diikutkan rasa hati aku yang tiba-tiba je panas, mahu aje aku balas balik komen mamat tu. Namun bila memikirkan bahawa banyak mata yang akan memandang, aku diamkan sahaja. Namun dalam hati aku menyumpah-nyumpah mamat tu. Tak pasal-pasal je aku dapat saham.. 

Anak sedara aku cuma letakkan status yang berbunyi begini:

Esok nak gerak dah. Kalau ada salah silap, aku minta maaf banyak-banyak. Jika panjang umur, kita jumpa lagi.

Entah kenapa, mamat tu tinggalkan komen macam ni kat status tu:

Ko nak pergi mati ke..?

Berderau darah aku..! Tambahan keesokannya anak sedara aku tu nak balik ke sini. Lagilah dupdapdupdap jantung aku takut jadi apa-apa kat dia. Selagi dia tak sampai ke rumah, selagi itulah jantung aku berdebar-debar. Aku bayangkan perjalanan jauh antara BP ke sini yang terpaksa dia lalui. Macam-macam boleh terjadi. Hanya kerana komen sebegitu menyebabkan aku tak tentu arah. Namun, bila terdengar je suara dia dah sampai kat depan pintu, terus aku lega dan meraup wajah tanda kesyukuran.

Persoalan aku, perlukah kita tinggalkan komen berbentuk biadap sebegitu? Andaikata berlaku sesuatu yang tidak diingini, tidakkah timbul rasa menyesal kerana memberikan komen buruk tu? Itu bukan bergurau. Itu kurang ajar..! Bapak segala kurang ajar...! Fikirlah sikit perasaan ibu bapa serta keluarga yang melihat komen negatif sebegitu. Nak kata budak kecik, dah boleh jadi bapak ayam dah. Nak kata tak sekolah, dah graduate dah. 

Nasihat aku, kalau tak nak komen, tak payah komen. Tak perlulah terhegeh-hegeh masuk wall orang dan tinggalkan komen kurang ajar macam tu. Orang berfesbuk untuk release tension dengan gelak ketawa serta mencari info/ilmu jika ada. Awak berfesbuk untuk apa?

p/s: Kadang-kadang naik loya pulak bila tengok status berserta komen pelat-pelat ni. Rasa macam nak gunting je lidah dorang.. 
Puker 

10 comments:

  1. errkk slalu gak terbaca komen camtu.. paling tak suka bila orang like kat status yg cakap pasal ada seseorang dah meninggal dunia.

    akan lebih berhati2 lepas ni.. =)

    ReplyDelete
  2. nak penampo budak tuh meh chill kak chill

    :p

    ReplyDelete
  3. Azz kenapa ko tak sound je. dah tak de keja lain tu, nak menyemak.budak-budak sekarang kalau cakap memang tak tahu nak berlapik.

    ReplyDelete
  4. ada orang letak otak kat kepala lutut. sobab tu bocakap tak buleh pikir. tu namo e bongap hehe..

    ReplyDelete
  5. bergurau tak kena tempat..ni la perangai bebudak zaman sekarang..tak sensitif

    ReplyDelete
  6. Siti Safiyyah>

    Kann... Kadang2 tak faham dgn komen macam tu... huhu..

    ReplyDelete
  7. si macho>

    Wahahaha... Garang jugak si Feeza ni rupanya...

    kihh3..

    ReplyDelete
  8. Cik Ina>

    Malas la nak sound.. Kang takut makin melarat2 lak.. Ye la, budak2 muda skang ni kalau kita sound direct mesti dorang rasa tercabar je...

    Baik diam aje la... huhu...

    ReplyDelete
  9. Kak Pah>

    Huhuhu... Tu yang payah ehh tu.. Sobab dio ghaso dio dah ado degree, semuo bondo yg dio buek atau cakap tu botol momanjang...

    ReplyDelete
  10. Angah>

    Kann.... Semua benda nak dibuat main.. Cuba kita buat benda yang sama kat dia, camner agaknya ehh..? Kalau tak menggelabah tu, tak tau la nak kata apa.. Memang pekak dan buta la tu... huhu...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^