Pages

Thursday, December 15, 2011

Hitam-hitam si tampuk manggis... Walaupun hitam, kau tetap manis.. :D

Assalamualaikum...

Hitam-hitam si tampuk manggis... Walaupun hitam, kau tetap manis.. :D


Gambar sekadar hiasan je.. ;)


Tengahari semalam aku pergi petik buah manggis kat pokok belakang rumah ni. Pokok ni arwah abah aku yang tanam, dengan bantuan mak aku la.. Dulu ada dekat sepuluh batang pokok ni, tapi sekarang dah tinggal empat pokok je kot.. Yang lain tu dah kena tebang gara-gara nak tambak tanah nak buat rumah.. Tapi rumahnya entah ke mana, pokokpun dah selamat ditebang.. Rugi sungguh.. huhuhu...


Seronoknya tengok banyak yang dah hitam.. Bestt... 


Ranum dah ni... Banyak semut hitam kat tampuk dia... huhuhu...


Sayangnya... Jatuh terbiar macam tu je... Kalau beli, mahal manggis ni... 


Buah manggis ni tak tahan lama. Lebih-lebih lagi kalau buah tu jatuh ke tanah, mesti nak kena cepat makan. Kalau lambat makan je, buah tu akan jadi keras kematu. Lebih keras dari kepala lutut.. hehehe... Kalau yang petik tu, boleh la tahan lama sikit. Mungkin sebab tu buah ni mahal jika nak dibandingkan dengan harga buah yang lain. Mahal sebab susah nak jaga iaitu kena lebihkan perhatian semasa proses memetik.. Tak boleh nak main campak-campak macam tu je. Kalau durian tu takpe la campak. Bila kulit dah terbelah sendiri, boleh terus ambil buat tempoyak.. kehkehkeh..


Dah kira masak dah ni.. Cuma belum ranum je.. Sebab tu warna dia belum hitam lagi...


Hasil yang aku dapat.. Ada yang aku petik, dan ada yang aku gegar dahan sampai jatuh gedebuk buah manggis tu... hihi..


Isi manggis.. Yummmyyyyy....


Lepas kutip manggis ni, aku bagi sikit kat akak jiran sebelah rumah ni.. Lagipun, rumah dia takde pokok manggis.. Rezeki, kena la panjang-panjangkan... heeeeee.....

p/s: Manggis ni banyak juga kegunaan dia rupanya.. Antara kegunaan manggis ada kat sini..

8 comments:

  1. manggis jadi keras kalau x angkat?? sebab apa??

    ReplyDelete
  2. kecur ayo luor tengok....tak sabor nak balik kpg,nak panjat pokok manggis, kt umah mama angah ada 2 pokok

    ReplyDelete
  3. nak..nak..sedapnya manggis..akak memang suko bona manggih ni

    ReplyDelete
  4. umah den buah ni yo bolom masak lae tp dapek la sebiji itu hari hehe

    ReplyDelete
  5. Kyo_9>

    Bukan macam tu.. Maksudnya, kalau manggis tu jatuh ke tanah, dia akan jadi keras.. Bila buah tu dah keras, memang tak boleh nak makan la.. sebab tak boleh nak kopek dah kulit tu guna tangan..

    Kalau kopek dgn pisaupun, buah tu tetap tak boleh makan sebab dah rosak dan lebam..

    Faham tak ni..?? Ke nak kena buat video demontrasi jatuhkan manggis..

    :apa

    ReplyDelete
  6. Angah>

    Hamboii... Beraninya nak panjat pokok manggis.. Kalau akak la, main jolok je.. huhuhu...

    Okay la tu 2 pokok.. At least ada jugak, kann...

    ReplyDelete
  7. Kak Erna>

    Mehh la sini kak.. hehe..

    Makan manggih ni lancar yoo membuang kak... hahaha..

    ReplyDelete
  8. Phat>

    Lambek pulak masak ehh..? Takpo gak lambek masak, kang tak dapek lak nak makan sbb durian ado laie.. hehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^