Pages

Friday, June 8, 2012

Sorry, I'm busy right now... :D

Assalamualaikum..

Sorry, I'm busy right now... :D

Aku dah mula menyibukkan diri.. Bukan sibuk dengan hal orang ya.. Tapi sibuk dengan kerja aku.. Bak kata sesetengah orang tu, kerja menjahit ni pejam matapun boleh buat... Aku tak nak la cakap lebih-lebih.. Kalau betul boleh buat sambil pejam mata, silakan la buat... Untung-untung boleh masuk rekod dunia... Makin naik la nama negara kita nanti... :D





Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku ambil sikit je tempahan.. Ikut kemampuan tenaga yang aku ada ni.. Aku bukannya muda lagi nak rembat semua kerja.. Sekarang ni duduk lama-lamapun dah sakit pinggang.. Itulah kesan dari kerja kilang dulu.. Maklum la, dulu muda lagi, angkat je benda berat-berat.. Sekarang baru keluar semua kesannya.. Tapi aku kat rumah ni tak suka nak bising-bising.. Kalau sakit pinggang tu datang, just baring je la, pastu sapu minyak panas.. Redha je la, kan... :)





Mudah-mudahan aku sempat siapkan semua tempahan yang ada.. Kalau upahnya mahal, nak la jugak aku ambil banyak sikit tempahan tu.. ehehh... Kat sini mana boleh letak upah mahal.. Upah mesti di bawah paras 30 hengget untuk sepasang baju kurung kosong.. Kalau lebih, habis la nama ko naik.. Tipikal orang kita memang nak murah sokmo.. Bukannya nak ambil kira jenis kain yang dihantar tu.. Kalau beli baju branded tu boleh pulak bayar ratus-ratus.. Padahal baju tu berlubang sana-sini... Ni nak bayar upah jahit baju yang boleh dikira sebagai pakaian menutup auratpun berkira... haiihh...


Tengok gambar kalender kat belakang tu.. Tujuan letak gambar tu adalah untuk bagi sedar diri sendiri.. Jangan ingat nak  berpoya-poya je.. Poyo takpe... hahaha....


Maaf la kalau aku tak tinggalkan komen kat entry korang ya.. Tapi aku ada klik iklan korang, kannnnn..... ecehhh.... Tak kan tak faham-faham lagi kotttt.... hahahaha.... *Just kidding... ^__^

p/s: Letih.. Lesu.. Layu... Mujur selera makan tak surut... Alhamdulillah... Mana la badan tak kembang.. hikkk... 

8 comments:

  1. salam..
    wah.. berangan gak nk mnjhiti ;)

    ReplyDelete
  2. Maiyah>

    Waalaikumussalam Maiyah.. Lama dia tak masuk sini.. :)

    Jangan berangan je, cuba la buat.. Pasti seronok, dua ronok, tiga ronok.. hehe...

    ReplyDelete
  3. Nieda>

    Tak jugak.. Ikut kemampuan tenaga dan masa.. Kesihatan nak kena jaga jugak.. :)

    Maceh ya sudi singgah sini... :)

    ReplyDelete
  4. Salam. akk, tak faham la kak, yg 'klik iklan korang' tu?hahahahaha.

    Bawah rm30? perghhh, murah tu kak.. yela, mmg pun, lau mahal skit, mula la org kita bising. Lana pun anta kat makcik je, dia pun dah stat nak naik rega, thn depn nak mula katanya.

    #bnyknya akk jahit,huhu.

    ReplyDelete
  5. kalau jahit jala atau pukat sambil pejam mata boleh caya lagi...aku pun penah tengok depan mata...mustahil kot kalau nak pejam mata jahit baju....entah sape la yg kata cam tu...

    ReplyDelete
  6. Tinta Lana>

    Waalaikumussalam Lana..

    Iklan nuffnang tu la.. klik la, apa lagi.. hakk3..

    Kan.. Ingat senang ke nak dapatkan satu baju ni.. Mentaliti orang kita cakap, modal untuk jahit baju tu murah je iaitu benang.. Sebab tu upah tak boleh nak letak mahal2..

    Bangang punya pemikiran... hambekk... hahaha...

    ReplyDelete
  7. APAN>

    Kalau jahit yang tu akakpun pernah tengok walaupun cuma tengok kat tv je..

    Ada la orang yang cakap camtu.. Sebab dia marah upah mahal.. Tapi bukan cakap kat akak la.. Dia marah kat tukang jahit yang lain.. Cekik darah, katanya..

    Kalau dah tau upah mahal, belajar la menjahit.. Lepas tu baru tau macam mana siksanya nak menyiapkan sepasang baju.. ya tak..?

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^