Pages

Monday, November 19, 2012

Marathon...

Assalamualaikum...

Marathon...

Aku masih lagi kat rumah kakak di Labu/Nilai.. Dah hampir seminggu aku kat sini.. Hari Jumaat aku pergi pejabat tanah atas urusan menukar nama. Lepas tu balik kampung jenguk makcik-makcik aku yang masih ada di situ.. Sambil-sambil tu, jenguk juga kawasan tapak tanah rumah kampung yang sudah penuh dengan semak samun.. 





Hari Sabtu, aku menghadirkan diri di majlis persandingan anak sepupu kat Lavender Heights, Senawang.. Hujan punya la lebat.. Dapatlah jumpa beberapa orang saudara-mara.. Lepas tu pulak, adik-beradik berkonvoi ke rumah abang yang baru je siap renovate rumah kat Seremban Jaya.. Lepas tu balik semula ke rumah kakak di Labu/Nilai ni.. 

Mujurlah kat sini banyak koleksi novel kepunyaan kakak aku dan anak-anak dia.. Kiranya dapatlah aku baca dulu beberapa buah novel yang ada dalam listing sebelum membelinya.. Penat marathon berjalan, sambung pulak dengan marathon membaca novel.. 

Kalau novel tu tak menarik minat aku, secara automatik ia terkeluar dari senarai.. Dan kalau novel tu best dan menepati citarasa aku, aku akan cari dan beli untuk dijadikan koleksi peribadi walaupun aku dah baca dan tahu jalan ceritanya..

Sebagai penulis novel, haruslah sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima segala kritikan dari pembaca.. Dan sebagai pembaca pula, kalau nak kritikpun, janganlah kaitkan isi cerita dalam novel tu dengan kehidupan peribadi si penulis tadi.. Itu serang hendap namanya... 

Aku lebih suka menghargai hasil karya seseorang itu daripada menyelongkar kisah peribadi mereka. Cukuplah sekadar tahu karya itu tulisan siapa... Sebab itu aku tak rajin nak belek profil penulis kat belakang muka surat sesebuah novel itu.. Aku lebih suka membaca apa yang disampaikan melalui sesebuah karya itu dan bukannya melihat siapa yang menyampaikannya.. 

p/s: You cannot open a book without learning something - Confucius...

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^