Pages

Wednesday, July 24, 2013

Zila Bakarin dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Zila Bakarin dan Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni tetamu jemputan Sheila Rusly dalam slot Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 ialah si pelakon yang putih melepak dan gebu iaitu Zila Bakarin.. Dah ada dua orang anak rupanya si Zila ni.. Baru tau.. hehh..




Resepi yang Zila Bakarin masak ialah Udang Masak Tomato.. 

Bahan-bahannya:

Udang bersaiz besar 8 ekor
Tomato 2 biji di cincang
Bawang besar 2 labu dicincang atau dipotong dadu
Cili merah 5 tangkai
Cili padi merah 15 biji
Serbuk perasa
Garam
Gula


*Cili merah dan cili padi di kisar sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan goreng udang seketika dan toskan. Ketepikan.
2) Tumiskan pula bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.
3) Masukkan bawang, tomato, serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.
4) Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
5) Gaul sehingga semua bahan masak rata.



Manakala Sheila Rusly pulak masak Ketam Gulai Padang..

Bahan-bahannya:

Ketam Bersaiz Besar 3 ekor
Daun limau purut 4 helai
Daun salam 2 helai
Daun kunyit 1 helai
Santan 500 ml
Serai 1 batang dititik
Lengkuas 3 keping
Asam keping 1 keping
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 5 biji
Ketumbar biji 1 sudu kecil
Jintan manis 1/4 sudu teh
Kunyit hidup 1 inci
Buah keras 3 biji
Cili padi 15 biji

*Cili merah,bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup, buah keras dan, jintan manis ketumbar di tumbuk sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan masukkan serai.
2) Gaul dan tunggu sehingga bahan nampak kering atau pecah minyak.
3) Masukkan santan, air, daun limau purut, lengkuas dan daun kunyit. Kacau rata.
4) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul dan biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan ketam,biarkan sehingga ketam masak..



p/s: Pandai-pandai sendiri la nak faham resepi ni ya.. Aku tak sempat nak edit... hehh...

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^