Pages

Friday, October 4, 2013

Cara nak menjahit manik simpulan tocang..

Assalamualaikum...

Cara nak menjahit manik simpulan tocang..


Apa khabar semua.. Ecehhh.. Harap-harap semua sihat sejahtera, aman bahagia la hendaknya ya.. Alhamdulillah...


Kali ni aku nak kongsikan cara nak menjahit manik simpulan tocang.. Jahitan manik simpulan tocang ni tak guna banyak jenis manik.. Manik yang diperlukan adalah manik beras dan juga manik silinder.. 


-1-
Mula-mula, buatkan garisan lurus sebagai panduan. Kemudian, masukkan dua biji manik silinder, diikuti dengan sebiji manik beras dan diakhiri dengan dua biji manik silinder ke dalam jarum. Rapatkan manik dan cucukkan jarum betul-betul di depan manik terakhir pada bahagian garisan A..


 -2-
Lepas tu, keluarkan jarum pada garisan B, iaitu garisan bersebelahan, sama paras dengan manik akhir kat bahagian A tadi..


 -3-
Kemudian, masukkan kembali jumlah manik yang sama seperti tadi iaitu dua biji manik silinder, diikuti sebiji manik beras dan diakhiri dengan dua biji manik silinder.. Cucukkan jarum pada titik point yang mula-mula tadi.. Rujuk pada gambar..


 -4-
Lepas tu, keluarkan jarum kat tengah-tengah antara kedua barisan manik yang berkapit tu iaitu bahagian D pada gambarajah.. Jarum biarlah berada pada garisan A.. 


 -5-
Kamudian, masukkan dua biji manik silinder, diikuti dengan tiga biji manik silinder berlainan warna dan diakhiri dengan dua biji manik silinder seperti yang mula-mula tadi.. Di sini, terpulang nak guna manik silinder sama warna atau berlainan warna tapi jangan masukkan manik beras.. (Tapi kalau nak guna/masukkan manik beras tu pun boleh aje.. hehe..)


 -6- 
Ulangi proses yang sama seperti gambar nombor 1, 2, 3 dan 4.. Boleh juga rujuk pada gambarajah kat bawah tu...


 -7-
Ulangi proses seperti gambar nombor 4.. Selang-selikan antara semua manik silinder dan manik beras sehingga habis satu garisan..


 -8-
Inilah rupa jahitan manik simpulan tocang yang sudah siap.. 


Seperti biasa, tolong klik pada gambar kalau nak nampak lebih jelas walaupun pada hakikatnya takde la nak jelas sangatpun.. Maklum la, guna enpon cap ayam serama je.. huhuhu...




p/s: Seronok bila ada orang yang cuba belajar menjahit manik ni.. Walaupun aku sebenarnya bukan beaders, tapi aku nak jugak tengok orang lain dapat belajar sesuatu.. Nak ajar jahit baju, agak susah sikit sebab banyak kerja dan formula nak kena buat.. Ajar jahit manik je la, senang sikit.. hehe..

1 comment:

  1. sungguh complicated saya rasa. kagum dengan akak sebab pandai buat!

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^