Pages

Monday, June 9, 2014

Reunion yang menghancurkan..

Assalamualaikum...

Reunion yang menghancurkan..


Salah satu sebab kenapa aku kurang menggemari aktiviti sebegini.. Bukan tak suka atau tak sudi berjumpa dengan kawan lama tapi sebaliknya takut berlaku perkara macam ni la.. 


"Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.." - [Kisah selanjutnya...]




Aku memang la takde pasang kapel masa zaman sekolah.. Even cinta monyetpun aku tak minat nak layan.. Cuma aku pasti bila berjumpa nanti, pasti akan ada scene kenen-mengenen atau giat-menggiat atas alasan sekadar bergurau.. Dan sememangnya aku cukup tak suka dengan gurauan macam ni.. Orang lain nak buat, itu dorang punya pasal tapi aku memang tak berminat nak menggedik macam ulat beluncas ni.. *buat masa ni la.. Esok lusa aku tak tau la, kan...


p/s: Perbetulkan niat.. Nak jumpa kawan lama ataupun jumpa kekasih lama.. Tepuk dada, tanyalah iman.. Jangan tanya selera sebab selera sentiasa on manjang.. Tak gitu..?? Hehh... 

4 comments:

  1. Akak pun tak ponah join laie azz..kok nak jumpo kengkawan maso sekolah pun..ado yang jomput kenduri kawen anak e mso tu la bolrh jumpo

    ReplyDelete
  2. True...bukan itu saja...ada banyak lagi yang dah tak sama macam dulu. Ramai yang lupa dalam reunion bahawa semuanya dah dewasa dan punya kehidupan masing2. Akak pun tak pergi reunion sebab hubby tak suka. So, putus hubungan dengan kawan2.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya best juga jumpa kawan2 lama especially yg satu kelas atau 'geng'. Tapi mmg x dinafikan, ia blh membawa kpd kehancuran terutama sekali bila perempuan tu x bersuami (bujang/janda) sbb jarang sekali perempuan yg masih bersuami sanggup mengorbankan rumahtangga demi 'ex-boyfriend'.

    ReplyDelete
  4. Lepas tu mulalah ingat kisah lama...siap imbas balik...cakap pun dah lain macam...saya lebih suka reunion dengan kawan perempuan sahaja...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^