Pages

Sunday, January 3, 2016

Sungguh..! Aku jeles..!

Assalamu'alaikum...

Sungguh..! Aku jeles..!

Dalam kehidupan seharian ni, jika tiada perasaan cemburu atau jeles, rasa macam tidak lengkap hidup seseorang itu termasuklah aku... hehh...


Sungguh..! Aku tersangatlah jeles dengan orang yang pandai menabung.. Lebih-lebih lagi jika orang tu income dia biasa-biasa je tapi masih boleh membuat tabungan.. Orang yang dah memang kaya tu aku tak hairanlah jika mereka banyak menabung.. Aku hairan jika mereka tak menabung je.. hehh..


Seronok betul tengok tabung botol minyak orang ni.. Agak-agaknya berapalah jumlah semua tu ya.. hehe.. 




Lagi satu, nak menabung ni tak perlupun tabung yang cantik dan mahal.. Apa gunanya beli tabung macam tu tapi isi di dalamnya cuma lima puluh sen..? Lagi haru kalau tabung mahal dan cantik itu dijadikan sebagai hiasan semata-mata.. Kosong tanpa isi.. Tak ke rasa rugi membeli tabung macam tu..?



Ni tabung aku.. Sempoi je, kan.. ahaha.. Aku memang suka simpan bekas macam ni.. Macam-macam aku boleh sumbat kat dalam tu.. hehe.. Nak isi benda untuk menjahitpun boleh jika nak ke mana-mana barang tiga empat hari.. Kot la nak menyembat ke, apa ke, boleh la buat isi benang, jarum, peniti dan gunting kecil.. Masukkan setiap benda tu dalam plastik dan sumbat je masuk dalam bekas ni.. Mudah je.. 





Tabung aku ni yang belah kanan tu aku isikan dengan syiling lama tahun 60an, 70an dan 80an.. Ada syiling 5 sen hingga syiling 50 sen.. Takde la banyak manapun.. Tabung yang tengah tu pula aku campur-campur manakala yang kiri sekali tu masih lagi kosong.. huhuhu..



Apabila tengok orang menabung macam tu, secara tak langsung ia menjadi satu inspirasi dan satu motivasi untuk aku ikut.. Tak perlu kot nak komen negatif kat post tersebut.. 


p/s: Sungguh, untuk kesekian kalinya, aku jeles dengan orang yang pandai menabung ni.. Orang yang dok membazir tak tentu hala tu, langsung aku tak jeles.. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya... Biarkan.. Biarkan.. ahakk..

1 comment:

  1. good idea, tak yah membazir nak beli tabung, guna je bekas apa-apa yang sesuai..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^