Pages

Sunday, November 11, 2018

Tampal selagi boleh.

Assalamu'alaikum.

Tampal selagi boleh.


Ni la kerja aku. Asal ada kain koyak je, tampal. Asal ada seluar rabak je, tampal. Tampal ala kadar je pun. Janji boleh pakai balik semula. Lagipun pakai kat rumah je. 


Ni seluar abang aku. Dia suka pakai seluar ni. Kesian pulak kalau tak tolong tampalkan bahagian yang rabak tu. Selalunya, bahagian kelengkang tu yang mudah rabak sebab kalau beli seluar readymade ni, bahagian depan dan belakang dia, sama je. Tu yang buatkan bahagian cawat tu santak/ketat sikit. 







Siap je menampal, terus dia pakai seluar tu. Nampak tak betapa sukanya dia kat seluar tu. Haha.


Yang koyak cuma bahagian cawat tu je. Tampal aje la. Kenapa nak pi buang seluar tu jika hanya sedikit sahaja kerosakannya? 


p/s: Jangan membazir yaa.. Ingatlah bahawa zaman sekarang adalah zaman M. Siapa yang pernah hidup di zaman M, tahulah macam mana keadaannya. ✌✌✌
.

2 comments:

  1. Memang sayang nak buat kain buruk kalau masih baru. Saya pun tampungbjuga.

    ReplyDelete
  2. selagi boleh pakai.. kenalah pakai.. berjimat..

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^