Pages

Tuesday, August 16, 2022

Racun tiktok.

Assalamu'alaikum.

Racun tiktok.


Korang dah pernah kena racun dengan tiktok atau belum? Bahaya oii racun tiktok ni. Aku dah terjebak dah. Haha. Padahal shopee dan lazada sikitpun aku tak teracun. 🤭🤭🤭

Ni antara barang yang aku beli dari tiktok. 



Puas hati beli food processor ni. Dah banyak kali aku guna. Buat tauhu berlauk macam kat bawah ni pun dah tiga kali dah. 







Tudung Sebawang ni aku tak puas hati sebab lain yang aku order tapi lain yang aku dapat. Dah dua kali terkena. Satu kena kat facebook dan satu lagi di tiktok. Aku rasa la, seller Sebawang ni dok kejar target jualan je sebab tu dorang main hantar je stok yang ada kat dorang.

Mungkin dorang tau ada sesetengah customer yang malas nak refund macam aku. Tu yang main pos je apa yang ada. Maka, akupun malas dah nak beli tudung brand ni. Kecewa tau tak? Ingat murah ke tudung ni? Sehelai RM45. Aku dah beli lima helai dari dua orang seller. 



Yang warna merah tu saiz L. Tapi saiz L lagi besar dari saiz XL. Camno tu? Aku order semua saiz L tapi aku dapat satu je saiz L tu.










p/s: Ada lagi dua barang yang belum sampai. Satu barang tu mungkin lambat sampainya sebab pos dari negara China sana. Harapnya barang ni tidak mengecewakan aku laa...

.

No comments:

Post a Comment

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^