Assalamualaikum...
Kisah Aku dan Dia...uhukkk....(1)
Alhamdulillah... Jumpa lagi kawan-kawan setelah agak lama aku kebuntuan idea hehe... Moga korang makin ceria dan sukses sokmo.. Korang tentu nak tau kan pasal tajuk kat atas tu. Mesti korang dah tak sabar nak tau Kisah Aku dan Dia tu hehehe... *Perasan jap.. haha...
Kisah ni berlaku waktu zaman kanak-kanak aku dulu. Dah lama dah berlalu tapi bila aku ingat-ingat balik peristiwa ni, badan aku tetiba je akan jadi seram sejuk, meremang gituu.. Ni kisah antara aku dengan kucing...
Wakakakakaka...., amek korang, nak tau sangat pasal aku... Korang ingat aku nak ke citer pasal boipren-boipren ni.... Takdenya haiiihhh hehe... Tapi citer ni lagi syahdu bagi aku laa...
Aku ni memang suka kucing. Ada satu malam tu, aku bawak la kucing ni tidur dengan aku. Masa peristiwa ni berlaku umur aku baru 9 tahun, dengan bodi yang agak comel gak la huahuahua. Mula-mula tu elok je kucing tu tidur kat sebelah aku. Sambil tu aku gosok-gosok kepala dia bagi dia makin lena. Aku tidur atas katil bujang dengan spring katil tu yang sudah melendut ke bawah. Maklum la, bukan aku sorang je yang lepak atas katil tu.. Ramai lagi yang gunakan katil tu.. Tambah pulak katil tu adalah katil abah aku masa dia dalam tentera dulu.
Esok paginya, dengan hati yang ceria aku bangun seperti biasa, apatah lagi hari tu hari cuti.. Tak payah sibuk-sibuk nak mandi pergi sekolah. Dalam pada tu, aku tercari-cari jugak mana kucing yang tidur dengan aku malam tadi.. Puas aku panggil..... meowww.... meowww... Tapi kucing tu tak datang jugak. Hmmm..... Mungkin kucing tu dah keluar kott....., aku fikir macam tu...
Akupun mula la mengemas katil tu.....
Tiba-tiba.................
Tiba-tiba.................
Huwaaaaaaaaaaaa.........!!!
Kucing yang tidur dengan aku malam tadi dah jadi lempeng... huhuhu.... Aku punya la terkejut bila tengok kucing tu dah keras leper dok kat bahagian paling melendut tu.... Aku jadi tak keruan.... Menangis dan terus menangis.... Entah masa bila aku tertindih kucing tu, akupun tak tau... Nampak sangat aku ni jenis tidur mati.. huhuhu... Dan aku tak ingat apa yang aku buat dengan bangkai kucing aku tu... Yang pasti, aku biarkan je bangkai tu kat atas katil tu.... Entah siapa yang buang, aku pun tak tau.... Terkejut punya pasal la ni...
Pesanan aku, jangan ikut perangai aku ni kerana sampai sekarang aku masih lagi rasa bersalah atas kematian kucing tu. Maafkan aku kucing, aku tak sengaja. Ampunkanlah dosa aku ni Ya Allah....
p/s: Tu la, siapa suruh tidur dengan aku.. Kan dah mati kena hempap... adehhh...