Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 24, 2009

Kisah Aku dan Dia...uhukkk....(1)

Assalamualaikum...

Kisah Aku dan Dia...uhukkk....(1)

Alhamdulillah... Jumpa lagi kawan-kawan setelah agak lama aku kebuntuan idea hehe... Moga korang makin ceria dan sukses sokmo.. Korang tentu nak tau kan pasal tajuk kat atas tu. Mesti korang dah tak sabar nak tau Kisah Aku dan Dia tu hehehe... *Perasan jap.. haha...


Kisah ni berlaku waktu zaman kanak-kanak aku dulu. Dah lama dah berlalu tapi bila aku ingat-ingat balik peristiwa ni, badan aku tetiba je akan jadi seram sejuk, meremang gituu.. Ni kisah antara aku dengan kucing...


Wakakakakaka...., amek korang, nak tau sangat pasal aku... Korang ingat aku nak ke citer pasal boipren-boipren ni.... Takdenya haiiihhh hehe... Tapi citer ni lagi syahdu bagi aku laa...


Aku ni memang suka kucing. Ada satu malam tu, aku bawak la kucing ni tidur dengan aku. Masa peristiwa ni berlaku umur aku baru 9 tahun, dengan bodi yang agak comel gak la huahuahua. Mula-mula tu elok je kucing tu tidur kat sebelah aku. Sambil tu aku gosok-gosok kepala dia bagi dia makin lena. Aku tidur atas katil bujang dengan spring katil tu yang sudah melendut ke bawah. Maklum la, bukan aku sorang je yang lepak atas katil tu.. Ramai lagi yang gunakan katil tu.. Tambah pulak katil tu adalah katil abah aku masa dia dalam tentera dulu.


Esok paginya, dengan hati yang ceria aku bangun seperti biasa, apatah lagi hari tu hari cuti.. Tak payah sibuk-sibuk nak mandi pergi sekolah. Dalam pada tu, aku tercari-cari jugak mana kucing yang tidur dengan aku malam tadi.. Puas aku panggil..... meowww.... meowww... Tapi kucing tu tak datang jugak. Hmmm..... Mungkin kucing tu dah keluar kott....., aku fikir macam tu...

Akupun mula la mengemas katil tu.....

Tiba-tiba.................

Huwaaaaaaaaaaaa.........!!!


Kucing yang tidur dengan aku malam tadi dah jadi lempeng... huhuhu.... Aku punya la terkejut bila tengok kucing tu dah keras leper dok kat bahagian paling melendut tu.... Aku jadi tak keruan.... Menangis dan terus menangis.... Entah masa bila aku tertindih kucing tu, akupun tak tau... Nampak sangat aku ni jenis tidur mati.. huhuhu... Dan aku tak ingat apa yang aku buat dengan bangkai kucing aku tu... Yang pasti, aku biarkan je bangkai tu kat atas katil tu.... Entah siapa yang buang, aku pun tak tau.... Terkejut punya pasal la ni...


Pesanan aku, jangan ikut perangai aku ni kerana sampai sekarang aku masih lagi rasa bersalah atas kematian kucing tu. Maafkan aku kucing, aku tak sengaja. Ampunkanlah dosa aku ni Ya Allah....


p/s: Tu la, siapa suruh tidur dengan aku.. Kan dah mati kena hempap... adehhh...

Sunday, February 15, 2009

Jiran yang sengal...

Assalamualaikum....

Aku harap korang semua sihat seadanya. Aku ok je tapi rasa macam
tak selesa sebab mata belah kanan aku asyik terkenyit2 je sejak dari
pagi tadi... hmmmm...

Aku nak kongsi satu cerita yang pelik tapi benar. Kisah pelik yang menjengkelkan. Pasal jiran yang entah apa2. Ni bukan nak mengumpat ya, sebab aku tak sebutpun nama jiran tu hehe. Camni kisahnya... jeng... jeng.... jeng...

Dulu mak aku ada tanam 3 batang anak pokok kelapa kat belakang
rumah, bersempadan dengan rumah jiran aku tu. Masa tu mak aku
tinggal sorang kat rumah selepas arwah abah aku meninggal. Jadi,
untuk mengisi masa lapang, dia tanamlah apa2 yang patut. Belum
sampai seminggu umur pokok kelapa tu, jiran aku tu dengan senang
hatinya telah meracun kesemua 3 anak pokok kelapa tersebut.

Mak aku heran gak sebab pokok yang ditanam tu masih lagi dalam
kawasan tanah kitorang. Apsal lak jiran aku tu memandai je meracun
pokok tu? Giler ke haper..? Masa tu mak aku takde sesiapa untuk dia
mengadu. Jadi, diapun mengadulah kat ketua blok. Bila ketua blok tu
tanya jiran aku kenapa dia racun pokok kelapa mak aku tu, senang je
dia jawab..."besok kalau pokok tu dah besar nanti dahan dia masuk
kawasan rumah aku..". Logik ke jawab macam tu? Memang sengal..!!

Kalau ya pun apa salahnya bagitau elok2. Mak aku boleh alih pokok tu kat tempat lain. Ni tak, ambil keputusan macam orang tak guna akal je. Mungkin sebab jiran aku dah nyanyok kot. Entahlah, tapi bila mak citer hal ni kat aku, aku rasa macam nak bakar je semua pokok buah2an yang dia tanam kat sempadan rumah aku ni. Tapi mak aku cakap, biarlah orang buat kita asalkan kita jangan buat orang. Hmmm... sabar je la. Kerana dek sabar ni la jiran aku tu tak habis2 menyusahkan mak aku...

Bagi aku, hidup berjiran memerlukan sikap tolak ansur. Walau sehebat atau sekaya manapun kita, jiran perlulah diutamakan dahulu. Apa pendapat korang tentang jiran yang begini..?

Okaylah, dah nak Maghrib ni. Aku keluar dulu. Maaf ya jiran yang berkenaan. Peace...

Friday, February 13, 2009

Talak kilija punya olangg....Gilerrr...

Assalamualaikum...

Aku kembali lagi dengan membuka azam dan semangat baru. Tapi aku rasa macam nak gelakpun ada. Azam yang lamapun banyak lagi yang tak tercapai... huahuahua.. Mungkin kerana semangat aku yang mudah luntur, maka azam aku banyak yang tak menjadi. Hmmm, simpan je la azam tu buat pekasam.... hehehe...

Malam tadi aku tak boleh tidur. Mungkin kerana excited dah ada blog sendiri atau mungkin sebab ada gangguan telefon dari orang yang tidak aku kenali... jeng... jeng... jeng... Ampehh , sakit hati yang amat sangat sebab baru je aku nak terlena, tiba2 telefon rumah ni berbunyi. Style yang sama, buat2 mencari nama orang yang tidak wujud dengan harapan ada yang melayan. Peliss la, aku bukannya jenis manusia yang terdesak sangat sampai engkau yang tah siapa2 pun aku nak layan... Yuckkk.... go to hell man.... sorrry to say this....

Kadang2 aku terfikir, apa sebenarnya yang mereka ni mahu. Sanggup buang duit hanya kerana satu kepuasan. Namun, pada hakikatnya selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita tidak akan pernah merasa puas. Dan kepuasan yang dikecapi tidak bermakna jika kita tak bahagia. Kepuasan hanya seketika namun kebahagiaan biarlah selama2nya...

Macam mana pula dengan korang..? Puas..? Tepuk dada tanyalah
selera bak kata Nabil.... lu pikir la sendiri... muahahahaha....

Impian jadi kenyataan....Amin..




Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. Kupanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas segala rezeki yang Dia kurniakan. Amin...

Ini percubaan pertama aku menulis dengan menggunakan laptop Dell yang aku beli. Setelah sekian lama aku menyimpan duit iaitu sejak dari tahun 2006 lagi, akhirnya aku berjaya memiliki laptop idaman hati. Biarpun ianya kecil, tapi memadailah untuk aku meluahkan segala rahsia suka duka aku ni...

Berbanyak2 terima kasih aku ucapkan kepada keluarga terutama sekali kepada emak yang banyak membantah pada awalnya. Tapi mungkin emak berubah fikiran bila adik beradik, anak2 saudara menyokong niat aku ni... hehehe.. Macehh semua, sayang korang... muehehehehe..

Terima kasih juga kepada kawan2 siber aku yang kebanyakannya ter
diri dari peminat Faizal AF4 yang selalu memberi dorongan agar impian yang aku simpan selama ini menjadi kenyataan. Thanx Lin, Emma, Bard, Usop, Nisha, Ridz, Win dan Zack (nama mung last sebab huruf Z.... hehe... jangan marah....)

Sebenarnya banyak lagi impian yang aku pendam selama ini, tapi biarlah cerita ini sebagai permulaan. Kalau ada kelapangan nanti aku akan menulis lagi....

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)